Bab 7

16 7 0
                                    

"Dah kenapa ramai ramai ni?" Soal ku setiba di kantin. Liya dan Umar sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Di dalam kantin yang luas, duduk empat jejaka hot sekolah. Tidak lain dan tidak bukan, Beeboyz.

Mata Faiz tajam menangkap ku ditengah kerumunan. Tangannya segera diangkat melambai kearah aku yang masih berlawan dengan keadaan sesak.

"Mia!" Jerit Syafiq kuat membuatkan seluruh pelajar yang ada di sana terdiam dan memandang kearah ku. Aku blur.

"Mia Qalisha! Jom lah sini." Panggil Faiz sekali lagi membuatku blur. Beeboyz yang sedang berjalan menuju ke arahku kelihatan begitu tampan sehingga ada beberapa pelajar perempuan menutup muka mereka kerana malu.

Tapi aku dengan pantas berlari untuk menjauh. Kang tak pasal pasal aku kena serang dengan fans dorang. Lagi pun aku dah cukup meluat dengan mereka. Yang sorang gedik, sorang pulak nak melekat je kat aku, yang sorang lagi suka cari pasal dengan aku. Dahlah aku kena layan tatapan tajam Hani tiap masa. Entah apa salah aku kat dia. Mungkin sebab aku lebih tampan daripada Adrian kut.. hshshshs

"Kau nak lari pergi mana?" Soal Adrian tiba tiba dari arah depan aku. Tak mustahil la dia dapat kejar aku. Kaki mereka panjang kut berbanding kaki aku.

BUK!

Tepat dahi ku melanggar dada Adrian yang keras. Dahi yang mulus aku usap laju. Kepala mendongak keatas memandang Adrian yang sudah tersenyum lucu.

Bunyi kasut semakin menghampiri. Zafran berhenti di depan ku dengan dingin. Kaki ku cepat memasuki pintu tangga yang berada di tepi dengan harapan mereka tidak mengejar ku lagi namun hampa. Aku tetap terperangkap diantara mereka.

"Tadi kau cakap kau lapar kan? So Syafiq dah tempah kantin khas untuk kau hari ni." Kata Zafran dingin. Aku memandang sinis Syafiq yang berdiri di tepi ku.

Zafran diam. Tidak berani dia mengaku bahawa idea menempah kantin adalah ideanya. Mana nak letak muka oii?

"Sampai sanggup biarkan pelajar lain berlapar?" Soal ku tegas. Aku yang terhimpit dibucu  tangga mulai rimas dengan Beeboyz yang mulai mengeremuni ku.

"Apa salahnya?" Soal Faiz ingin berkepit denganku namun aku cepat lari menaiki dua tangga agar ketinggian kami sama.

"Ha'ah. Mereka tak kisah punya lah." Jawapan selamba Adrian membuatku naik angin.

"Mereka tak kisah sebab korang ni suka memaksa. Apa korang nak, mesti dapat. Lagi pun... siapalah nak membantah arahan Beeboyz yang merupakan JEJAKA HOT A.K.A ANAK ORANG KAYA yang berasal dari KELUARGA ELIT?" Kataku dengan nada menyindir sambil berpeluk tubuh.

"Hoi! Kitorang dah buat baik, nak bagi kau makan. Sekarang apa kitorang dapat? Kau memang tak reti bersyukur ke hah!?" Tengking Zafran. Ahli Beeboyz yang lain sudah terdiam tidak berani bersuara.

"Jangan sebab nak memenangkan ego kau, sifat berkeperimanusiaan kau hilang." Jawab ku tegas. Jari jelas ditunding kearah Zafran.

"Rezeki semua Allah dah tentukan. Kalau memang bukan rezeki aku dapat makan time rehat ni, aku tak boleh buat apa." Tambah ku lagi.

"Kau jangan sebut pasal Allah lah kat aku! Rezeki konon. Semua duit yang aku dapat selama ni hasil kerja keras aku tau tak!? Mana Dia time aku susah, mana Dia time aku perlukan?" Suara Zafran kian meninggi dan keras. Aku beristighfar panjang mendengar kata kata yang keluar dari mulutnya.

"Kalau kau tak pernah nampak akal kau sendiri, kenapa kau nak mempertikaikan Dia yang tak bisa kita lihat? Kau tengok la sekeliling kau. Tengok yang kau ada. Tak ke semua tu milik Allah? Ingat Zafran. Kita ni hanya meminjam." Kata ku tegas.

Zafran tertunduk kecewa dengan kata katanya tadi. Tak sangka ayat kejam tersebut keluar dari mulutnya. Disandarkan tubuhnya ke dinding. Mereka yang lain terdiam. Faiz sudah memeluk Syafiq dengan mata berkaca kaca. Entah mengapa ayat yang diucap Mia membuatkan hatinya kecut.

"Jadi kenapa Dia tak pernah ada time aku susah?" Soal Zafran menahan sebak.

"Terkadang aku tertanya tanya. Allah sebenarnya ada ke tidak? Wujud atau hanya sekadar ingin menakut nakutkan? Kenapa doa doa aku selama ni tak pernah Dia jawab?" Tanya Syafiq yang dari tadi berdiam.

"Jangan berperasangka buruk pada Allah, hanya kerana terbatasnya pengetahuan kita tentang Nya." Kataku dengan sesak memenuhi dada. Takut dengan nasihat sendiri kerana diri ini juga merupakan seorang pendosa yang hebat. Pandanganku dibuang ke pintu yang berada tepat di belakang.

"Thanks sebab ada niat nak belanja aku tapi aku dah tak lapar." Kata ku seraya keluar dari tangga lalu menuju ke lift. Buat apa aku lama lama kat tingkat dua ni? Kelas aku kat tingkat empat kut.

Sepanjang pembelajaran selepas rehat, aku tidak banyak bercakap. Begitu juga dengan Beeboyz. Mereka banyak berdiam. Hani yang melihat situasi ini sudah tersenyum senang.

"Bie... kenapa u diam je? U dah bosan ke dengan i?" Soal Hani manja sambil mengusap tangan Adrian lembut. Adrian hanya membiarkan. Sentuhan antara mereka memang sudah biasa dilakukan tapi entah mengapa kali ini hatinya terasa tidak sedap. Jantungnya berdegup kencang lagi tanpa sebab.

"Baiklah semua. Class tamat di sini. Jangan lupa siapakan kerja untuk dihantar esok." Kata Cikgu Suraya menamatkan matapelajaran sejarah yang merupakan pelajaran akhir. Sekelip mata kelas beransur sepi.

"Meja kat belakang tu siapa punya? Kenapa dah patah?" Soal Cikgu Suraya sebelum keluar.

"Nazim yang buat, cikgu. Dia yang patahkan meja tu time rehat tadi." Kata seorang pelajar.

"Mana Nazim?"

"Awal awal lagi dia dah keluar."

"Bab pulang laju je. Selalu sangat masuk bilik disiplin." Omel Cikgu Suraya. Matanya tertancap kearah Mia yang duduk paling belakang sambil mengemas beg.

"Mia, awak simpan kayu kayu meja tu ke stor hujung ni." Arah Cikgu Suraya sambil menunding ke hujung koridor yang jauh dari lift.

Aku mengangguk. Kayu kayu meja yang patah aku bawa sekali gus ke hujung koridor. Biar awal siap, cepat pulang.

"Apehal la gelap sangat tempat ni" Lampu mentol LED yang samar samar di sudut stor tidak cukup terang untuk aku yang masih baru jadi aku segera menyalakan lampu utama stor.

"Fiq, Adrian mana?" Soal Zafran yang sudah siap untuk pulang.

"Entah la. Pulang je, aku terus tak nampak batang hidung dia. Hani pun sama." Jawab Syafiq tidak tahu. Meja Adrian yang sedikit bersepah dikemas.

"Macam biasa la dorang tu.. dating." Kata Faiz selamba. Mereka diam beberapa saat sebelum saling berpandangan.

Suara teriakkan dari arah stor mengejutkan mereka.

___
Jeng jeng jeng!!!!!!

Alhamdulillah finally siap pun bab 7 ni. Hope korang enjoy la dengan sedikit quotes yang diselit.

Thanks for vote and comment yahh!!!

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now