Bab 16

13 7 2
                                    

"Qalisha, ibu tahu dah cukup terlambat untuk ibu jujur." Kata Puan Lyna memulakan percakapan. Setelah sebulan bertarung dengan diri sendiri akhirnya dia memilih untuk membongkar kembali tragedi itu.

Biarlah mungkin selepas ini Qalisha akan membencinya tapi jika berterusan, mungkin Qalisha akan menanggung nya sendiri. Tiba tiba menangis dan terkadang tersasul menyebut nama Ayyan.

Aku memandang wajah ibu sambil menunggu. Pelik. Kenapa nadanya tiba tiba berubah serius.

"Enam tahun lalu, ibu dan ayah jumpa sorang budak.. budak tu comel sangat jadi kami ambil dia sebagai anak angkat. Ibu tak tahu apa yang dialaminya tapi tiap malam, dia akan meracau. Rasanya dia rindu dengan keluarga kandung dia tapi disebabkan kemalangan, budak tu amnesia. Tiap kali ditanya, dia tak ingat." Puan Lyna terhenti seketika. Aku masih diam menunggu sambil menggubah bunga mawar putih di tangan.

"Day by day, budak tu membesar jadi anak yang baik. Dia lupa pasal keluarga dia. Bila malam dah tak meracau tapi.."

"Siapa budak tu? Tak tau pula Qalisha ada adik lagi sorang." Gurau ku lalu tertawa. Puan Lyna memandang sayu wajah Qalisha yang dulunya hanya seorang budak enam tahun dan kini sudah pun membesar menjadi gadis yang matang.

"Ibu...?" Soal Qalisha sedikit gugup. Entah mengapa dia tiba tiba merasa gelisah. Bunga mawar putih di tangan sudah tidak disentuh. Batangnya hanya dipegang dengan sisa tenaga yang ada. Tangan terasa tak bermaya tika itu.

"Kebelakangan ni dia asyik muram.. kadang nangis tiba tiba. Ibu takut, dia berubah disebabkan ibu."

"Ibuu...." Suaraku mulai keras. Takut... takut 'dia' yang dimaksudkan oleh ibu adalah,Mia Qalisha.

"Selama ni, ibu yang salah. Mungkin sebab kemalangan masa tu, Mia lupa siapa keluarga Mia.. lupa yang ibu dan ayah cuma..." Puan Lyna terhenti. Sukar untuk dia memberitahu bahawa, mereka bukan sahaja keluarga angkat bahkan orang yang sanggup menculik dan hampir membunuh Mia pada masa itu.

"Apa pun ibu.. siapa pun ibu pada masa tu.. Mia tak peduli. Mia tetap sayang ibu sampai ke akhir hayat." Ucapan jujur dari mulut Mia membuat Puan Lyna tak terkata kata. Air matanya gugur.

"Walaupun ibu..." Aku segera memeluk ibu. Aku tak sanggup dan tak nak dengar apa pun lagi. Apa apa yang keluar dari mulut ibu, aku taknak dengar sebab pada akhirnya, aku hanya ada ibu untuk bersandar.

...adalah orang yang sanggup menculik Mia dan jadikan anak angkat pada masa tu? Monolog Puan Lyna menyambung kata katanya tadi.

Salam diberi dari luar pagar rumah. Liya dan Umar berpandangan apabila masih tiada sahutan dari dalam.

"Betul ke Mia suruh kita datang rumah dia??" Soal Liya sedikit tidak percaya dengan Umar. Mia sendiri yang meminta untuk tidak diganggu tapi Umar pulak berkata sebaliknya.

"Waalaikumussalam!" Sahutan dari dalam rumah menarik perhatian kembar tersebut. Pintu pagar dibuka dan kelihatan seorang wanita berusia. Senyuman dilemparkan selepas melihat kearah mereka. Wajahnya yang kemerahan akibat menangis tidak dihiraukan.

"Ouh, Liya ngan Umar rupanya.. masuklah.." Pelawa Puan Lyna tanpa segan silu sedikit mengejutkan mereka.

"Macamana makcik tu boleh tahu nama kita? Sebelum ni tak pernah pun nampak dia." Soal Umar dengan nada berbisik kearah Liya sambil mengekori Puan Lyna dari belakang.

"Ish kau ni! Manalah aku tau!." Marah Liya lalu menyiku lengan Umar.

"Mia banyak bercerita pasal korang. Katanya Liya dan Umar ni kawan baik dia." Jawab Puan Lyna tanpa dipinta. Walaupun dalam keadaan berbisik, dia masih boleh mendengar dengan jelas perbualan mereka di belakang.

Tapi sebenarnya, Mia tak pernah bercerita pasal mereka. Hanya sahaja Puan Lyna yang memerhati mereka sepanjang masa dari kecil sehingga besar. Satu satunya kawan yang mencari Mia ketika di hospital dahulu.

Mia yang duduk di beranda belakang rumah melambai kearah mereka dari jauh. Senyumannya tampak ceria tanpa sedikit pun air mata di pipi.

"Mia. Ni semua salah Umar. Dia yang bawa aku gi rumah kau." Jelas Liya sebaik sahaja Puan Lyna masuk ke dalam rumah.

"Takpe.. memang aku suruh pun. Rehat tadi masa kau gi tandas, Umar cakap ngan aku dia nak minta teman cari bunga sebagai hadiah hari lahir papa."

"Ha'ah. Pastu Mia cakap, petang nanti datang la rumah aku. Aku tau kat mana ada jual bunga." Jelas Umar mencelah sambil meniru suara Mia.

"Pastu aku pun, tak nak lah yang mahal.. aku mana ada duit nak bayar mahal mahal." Sambung Umar melakonkan balik perbualan dia dan Mia rehat tadi.

"And Mia like, it's okey.. gubahan dia cantik, bunga berkualiti but tak mahal pun sebenarnya." Aku tertawa sedikit melihat gelagat Umar yang cuba sedaya upaya menjelaskan kepada Liya agar dirinya tidak dimarahi.

"Aku pun setuju la!" Umar segera menarik nafas panjang. Apa tak semput bila bercerita panjang lebar dengan hanya satu nafas.

____
Hallo! Its been a long time since the last update. Hehe. Please enjoy this new chapter  :-)

Vote and comment yahh!! ^~^

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now