Bab 10

10 6 0
                                    

"This annoying little monkey sleep behind me with her silly face and the bunga tahi ayam." Wajah Dewi berkerut seribu melihat seorang gadis yang sedang tertidur dengan bunga terselit ditudung nya.

Serta merta dia duduk. Staf yang sedang merawat rambutnya juga turut terkejut.

"What!?" Linda dan Miya tersentak dari pembaringan.

"Kenapa." Tanya Linda terkejut.

"Tengok. Tengok ig post Zafran. Tengokkkk....." Kata Dewi masih terkejut. Membuntang matanya.

"O.M.G!" Jerit Miya.

"Wow! Siapa girl ni? Ad ke?" Teka Linda taksub.

"Adrian pakai tudung?? H*ll no! U tengok la caption Zafran. Monkey?" Kata Miya sedikit menjerit.

"Girlsss tu semua tak penting. Yang LAGI penting, siapa betina ni!? Hubby i sendiri tak pernah post gambar i. But why this girl... BRUH!" Marah Dewi bercampur geram.

"Yeah. Selama ni dia tak pernah post apa apa. Dalam kata lain, ini posting pertama dia." Kata Linda terkejut. Apa dah jadi dengan Zafran sebenarnya? Lelaki hati beku yang semua orang kenal, mana dia?

"Apa maksud u dengan dia? Dia yang u maksudkan tu hubby i lah." Tegur Dewi dengan marah. Pantang bila lelaki idamannya direndahkan.

"Yeahh.. i mean, YOUR HUBBY." Jawab Linda geram sedikit memperlekeh Dewi yang shok sendiri.

"Girl ni macam familiar la." Kata Dewi dengan nada serius sambil cuma memikirkan sesuatu.

Aku berjalan sambil menunduk ke jalan tar yang tidak seberapa indah rupanya. Kadang batu kecil yang ada diatas tar aku sepak. Terasa malas ingin ke sekolah harini. Dengan kejadian kelmarin yang masih segar diingatan, mesti keadaan akan jadi canggung.

Beg sandang aku tarik erat merapat ke belakang badan. 10 minit sebelum pagar ditutup sedikit pun tidak dihiraukan.

"Allahumma inni as-alukal huda was sadaad. Ya Allah, aku meminta kepadamu petunjuk dan kebenaran." Doa terucap lembut di bibir. Kebelakangan ini terasa banyak benda yang salah.

Adrian... tiap kali jumpa mesti terasa dekat. Seolah rindu yang tak perpenghujung. Seolah olah... ada sesuatu yang hilang.

"Bismillahirrahmanirrahim." Kataku sebelum kaki melangkahi garis pagar.

"Mia Mia Mia!" Jerit Liya dan Umar yang sudah lama menunggu di depan sekolah. Aku memandang pelik mereka yang berlari laju kearahku.

"Apa yang kecoh sangat ni?" Soal ku sebaik mereka di sisi.

"Mia, kau... kau famous." Kata Liya tercungap cungap.

"Hah? Maksud kau apa? Cuba bawa bertenang dulu, cerita pelan pelan." Ujar ku.

"Satu sekolah, eh tak. Satu kota dah kenal kau sekarang." Jelas Umar.

"Hah!? Aku tak faham la." Kataku sedikit terjerit akibat terkejut. Mana tak terkejutnya, baru berapa hari tiba di kota dah famous.

Beberapa orang pelajar yang melewati sudah memandang pelik. Sesetengah merek sempat bergosip membuatku hairan.

"Look at this." Phone dikeluarkan dari poket baju. Screen handphone Umar aku tatap. Membulat mata ku dibuatnya.

Bila masa dia post gambar aku? Tak! Bila masa dia ambik gambar aku? Tak boleh jadi ni!

"Mia!" Jerit Faiz yang baru keluar dari pintu bangunan sekolah. Geng Beeboyz yang lain turut serta. Syafiq melambai tinggi kearah ku dengan ceria diikuti Adrian yang tersenyum lebar ketika melihat kelibat gadis pendek dari kejauhan.

"Ish! Apa dorang nak tu!?" Marah ku tanpa sengaja memukul lengan Umar.

"Ouch!" Kata Umar spontan.

"Ya Allah, sorry Umar. Mia tak sengaja." Kata ku terburu buru mengusap.

"Aku okey." Kata Umar sedikit dingin. Seketika memori memori lama kembali. Aku rindu kau Mia! Tapi kenapa kau tak ingatkan aku! Kenapa kau lupa!? Apa dah jadi sebenarnya?? Monolog Umar tertanya tanya.

"Mia sayanggg!!" Jerit Syafiq yang hanya 20 langkah dari ku.

Lupa pulak aku kat beruk tiga ekor tu. Mesti sebab ketua beruk tak jaga.

Kutuk ku didalam hati.

"Pe kau nak?" Tanya ku kasar. Membulat mata Liya melihat perilaku ku. Mamat hansem depan mata kot. Takkan tak layan?

"Kenapa lambat?" Soal Adrian. Aku cuba melangkah namun jalanku awal awal lagi dihadang.

"Kau ada tengok..."

"Ye, aku tau. Aku ada tengok. Liya baru je bagitau aku. Sekarang puas? Eii.. kenapa lah suka sangat ganggu aku? Elok je aku diam, tiba tiba nak viralkan. Hish!" Kata ku memotong kata kata Syafiq. Aku merengus kasar lalu menolak kuat tubuh sasa Adrian yang menghalang laluan.

Kaki dihentak hentak kuat disetiap langkah.

"Mia!" Jerit seseorang.

"Aku tak dengar, aku tak dengar apa apa... la la la la la.." Kataku sambil menutup telinga cuba untuk tidak menoleh. Suara serak basah, siapa lagi kalau bukan Zafran si ketua beruk. Liya dan Umar yang masih terpinga pinga laju mengejar ku.

"Weh Zafran. Apa jadi dengan rambut kau?" Hampir tersedak air liur Faiz dibuatnya melihat sosok Zafran yang 'baru'.  Beberapa pelajar yang melewati mereka sudah tersenyum senyum melihat Zafran yang semakin hansem dengan rambut hitam. Sempat lagi gambar diambil.

"Rambut putih kau dah takde..." Rengek Syafiq acah acah menangis.

"Aku ubah warna rambut je. Bukannya botakkan kepala." Jawab Zafran lalu menolak belakang kepala Syafiq yang over reaksi.

"Walaupun aku tak tau kenapa, tapi aku rasa kau nampak macho dengan gaya baru." Puji Adrian sebelum memasuki kelas. Spontan matanya melirik kearah Mia yang sedang duduk didepan kelas iaitu meja Liya dan Umar.

Zafran sedikit senang mendengar pujian tersebut tapi bukan pujian dari Adrian sebenarnya dia nak.

"Aku dah bosan dengan warna tu."

"Selama bertahun kau tak pernah bosan pun." Faiz masih ingin menyoal. Zafran, sekali dia buat takkan ubah. Tapi kali ni kenapa tiba tiba? Siapa yang buat Zafran si hati batu berubah?

"Tiba tiba bosan."

"Kau ni biarkanlah dia. Zafran pun nak cuba gaya baru." Kata Syafiq membela Zafran.

"Lagi pula, aku pun bosan gak." Sambung Syafiq lalu ketawa.

____
Alhamdulillah. Finally done bab 10. Thanks sudi baca sampai bab ni. Walaupun takde la sehebat story orang lain tapi korang still stay sampai sini. Thanks again for your support.

Vote and comment yahh!!!

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now