Bab 15

17 5 0
                                    

"Macamana? Dah buat keputusan ke nak join bola sepak?" Soal Sir Henry sambil berpeluk tubuh memandang empat orang pelajar kebanggaan sekolah.

"Sampai bila bila pun aku tak nak masuk." Tegas Faiz sudah memeluk Syafiq. Syafiq mengangguk laju.

"Betul tu. Aku pun taknak. Dahlah kena berpanas kat bawah matahari. Nanti kulit aku yang putih mulus ni jadi hitam pulak." Kata Syafiq membalas pelukkan Faiz. Adrian menggeleng melihat kelakuan dua orang sahabatnya yang manja.

"Walaupun ada banyak gadis penyokong?" Soal Adrian inginkan kepastian dari seorang jejaka playboy tersebut.

"........ yakin seratus persen." Jawab Syafiq sempat ragu ragu.

"Adrian, Zafran? Korang mesti nak kan?" Pujuk Sir Henry. Matanya bulat bersinar cuba memujuk dua orang pemain harapan di depannya tika itu.

"Ingat aku ni apa? Kalau terbakar nanti macam mana? Malu la mummy ngan daddy aku. Naver ever ever!" Marah Adrian tidak setuju.

"Ha'ah. Zafran pula model. Macamana dia nak hadap kamera dengan rupa yang...." Kata kata Syafiq terhenti apabila pintu restroom mereka diketuk.

"Rasanya coach sementara korang dah sampai." Sir Henry tersengih berjalan menuju pintu untuk dibuka. Sekeras apa mereka membantah, dia tetap akan paksa.

"Tak nak la!" Jerit Faiz kuat.

"Tak nak apa?" Terkejut Beeboyz melihat kelibat Mia Qalisha yang baru masuk.

"Dorang takanak main bola sepak sebab takut hitam." Gurau Sir Henry menjawab soalan Mia.

"Mia!? Kau buat apa kat sini?" Jerit mereka serentak masih tidak percaya. Takkan gadis kecil ni yang nak mengajar?

Zafran terpaksa mengeserkan sedikit kerusinya akibat jeritan tadi. Mahu pecah gegendang telinga kalau macam ni.

"Perkenal kan, ni coach korang. Sir dah selidik pasal Team Eagles and Mia ni antara orang yang banyak berusaha untuk mereka. Ada tertulis dalam artikel tapi tak sangka pula Mia dah pindah sini." Jelas Sir Henry sambil tersengih. Kiranya dia mengambil kesempatan la.

"Siapa yang tak nak join tadi tu bolehlah keluar. Aku boleh cari pelajar lain yang boleh gantikkan korang." Kata ku tegas. Serentak itu Syafiq, Faiz dan Adrian segera menggeleng laju.

"Aku... aku tak cakap apa apa." Kata Faiz tergagap gagap.

"Gila ke? Siapa je yang tak suka bola sepak? Berjemur bawah matahari sampai hangus pun aku tak kisah." Kata Syafiq yang mula gelabah namun dikawal juga suaranya. Kalau Mia jadi coach, apa apa pun tak kisah dah.

"Ikutkan memang nak join dari dulu lagi tapi sekolah kita tak pernah ambik bahagian dalam bola sepak. Memandangkan tahun ni kitorang terpilih, aku paling setuju la. Mak ayah aku pun suka bila aku ambil bahagian." Tipu Adrian. Aku memandang dengan curiga.

"Jadi siapa yang aku dengar tadi taknak join?" Kami semua memandang kearah Zafran yang dari tadi duduk berdiam diri.

"Jangan nak memandai. Aku takde cakap apa apa pun tadi." Bidas Zafran sudah agak apa yang mereka fikirkan.

"Okey baiklah! Kalau macam tu, should we start now?" Soal ku inginkan kepastian. Sir Henry mengangguk. Begitu juga dengan mereka.

"Kita nak kena cari tujuh ahli lagi untuk cukupkan LA Cheetah." Kata ku yang sedang meninjau keadaan padang. Di belakangku berdiri keempat empat ahli Beeboyz.

"LA Cheetah?" Soal Syafiq. Aku mengangguk.

"Nama team kita, LA Cheetah. Ada sebarang bantahan?" Soal ku tegas. Mereka menggeleng laju.

"Maaf. Kat sini ke nak daftar ahli sebagai team bola sepak?" Soal seseorang teragak agak.

"Yups. Awak nak join ke?" Soal ku. dia mengangguk.

"Saya Qalisha sebagai jurulatih sementara." Kata ku memperkenalkan diri dengan ramah.

"Jangan la ramah sangat.. nanti aku cemburu tau tak?" Rengek Syafiq ingin memeluk ku namun segera aku pukul lengannya. Faiz yang ingin berbuat benda yang sama terhenti. Pukulan jurulatih jangan dibuat main.

"Aku Yusuf." Kata Yusuf memperkenalkan diri. Senyumannya melebar hingga ke telinga. Lama tak jumpa. Kau... makin comel.

Tak sampai sejam, pendaftaran telahpun penuh. Hebat betul pengaruh Beeboyz. Yang tak logiknya, ada jugak pelajar perempuan try untuk mendaftar.

"Ibu!" Jerit ku sebaik tiba di rumah. Tidak sabar untuk memberitahu mengenai pelantikkan aku sebagai jurulatih sepak bola walaupun hanya sementara.

Tiba tiba pandangan ku mulai kabur. Kepala rasa sakit yang teramat sangat.

BUK!

Sekujur tubuh kecil jatuh ditengah ruang tamu.

"ABANG AYYAN!!!!!" Jerit seorang budak perempuan. Pandangan ku yang masih samar aku abaikan. Kanak kanak tersebut aku hampiri.

"Adik, kenapa nangis ni? Ibu ayah mana?" Soal ku prihatin. Kanak kanak tersebut tidak menghiraukan ku malah tangisannya semakin menjadi jadi.

Jantung ku berdegup kencang. Badan mulai dibanjiri peluh. Kanak kanak di depannya kala ini mirip dengan dirinya enam tahun lalu.

"Ayyan.." Kata tu lemah apabila melihat ibu yang sedang tertidur di pangkuan ku sebaik saja aku membuka mata.

"Qalisha sayang..." Kata ibu risau. Pipi ku disentuh lembut.

"Mana Abang Ayyan?" Soal ku meliar mencari seseorang namun hanya ada kamu berdua didalam ruangan tersebut.

"A... abang Ayyan??" Soal Puan Lyna kembali. Perasaannya bercampur baur antara gembira kerana Qalisha sudah sedar ataupun takut ketika mendengar nama terdebut.

"Si.. siapa Ayyan?" Soal ibu. Aku terkaku seketika. Kenapa... kenapa dengan aku?

"Siapa Ayyan?" Soal ku kembali. Aku seolah baru sedar dengan apa yang terjadi.

"Sayang rehat ye.. ibu panggil doktor kejap untuk periksa keadaan anak ibu ni." Puan Lyna dengan terburu buru keluar dari bilik tersebut.

Aku masih blur. Tanpa disedari, air mata mengalir di pipi. Semakin lama semakin deras. Seolah ada rasa rindu yang tak tertahan didalam diri.

Ya Allah.. kenapa dengan aku ni?

"Ayyan! Ayyan!" Jerit Qalisha. Puan Lyna yang terjaga segera menghidupkan lampu.

"Kenapa ni? Meracau lagi ke?" Soal Encik Hanif sambil mengusap matanya untuk menghilangkan rasa ngantuk.

"Sayang risau la bang.. dah seminggu sebut nama yang sama tapi bila ditanya, dia tak ingat." Kata Puan Lyna.

"Macamana nak ingat? Lepas kejadian haritu, dia amnesia. Sampaikan kita yang takde pertalian darah dengan dia pun dianggap ibu ayahnya." Kata Encik Hanif sebelum keluar dari bilik. Dia masuk semula sambil membawa segelas air putih. Jelas kelihatan kasihnya kepada Qalisha ketika itu.

"Tak perlu la ungkit balik bang.. sayang akan sentiasa rasa bersalah dengan dia nanti.. Lagi pula, kita dah urus benda ni dan dia pun dah jadi anak angkat kita." Kata Puan Lyna sekadar menyedapkan hatinya saja. Tak tertahan air mata jika diingat kesilapannya terhadap Qalisha dulu.

"Sayang hairan la. Ibu bapa apa yang sanggup buat anak kandung mereka macam ni. Dibuang tanpa sedar." Kata Puan Lyna menyalahkan ibu kandung Qalisha.

"Kita pula manusia jenis apa yang sanggup buat seorang budak enam tahun alami trauma ni?" Kata Encik Hanif kembali dengan sayu. Mereka masing masing terdiam.

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now