Bab 8

14 6 0
                                    

"Astaghfirullahalazim!" Kataku kuat dengan nada terkejut.

Pemandangan di depan mata ku membuatku terkejut dan takut sehingga aku memalingkan pandangan ke tempat lain.

"Mia!" Jerit Adrian terburu buru membetulkan pakaiannya yang sudah terbuka tiga butang atas.

"Apa korang buat ni Adrian! Hani!" Hani yang sedang membetulkan pakaian aku pandang lama dengan tajam.

"Bukannya kitorang berzina pun." Kata Hani yakin setelah menyedari renungan tajam ku.

"Tak berzina kau kata!? Tempat tertutup macam ni, korang bertiga je kat dalam. Cuba kau jelaskan apa korang buat tadi kalau bukan berzina." Kataku marah.

"Bertiga? Maksud kau..." Soal Adrian pelan. Bulu romanya sudah meremang.

"Ye! Kau, kau dan syaitan." Mereka berdua aku tunding satu per satu. Hani mendengus kasar.

"Halah kau ni! Tak payah nak jadi ustazah la kat sini! Baik kau balik, betulkan agama kau tu. Cakap tak pandai nak elok." Bidas Hani. Aku menggenggam penumbuk.

"Tak guna nak cakap elok elok sebab korang takkan dengar punya. Kalau pejabat agama yang tangkap korang ni, conferm dah kahwin. Baguslah! Takdelah korang TAMBAH DOSA lagi lepas ni." Adrian sudah cuak mendengar kata kata ku. Khawin muda? Tentulah tak!

"Aku kecewa dengan kau Hani. Jangan disebabkan perangai kau, pakaian kau pulak nanti jadi ukuran."

"Tak payah kisah la! Semua orang kat sekolah ni dah tau kitorang bercinta hampir dua tahun. Kau datang je, terus nak jadi ustazah nasihatkan aku itu ini. Nak berlagak alim konon." Hani masih tidak mau mengalah. Aku tersenyum sinis.

Ceteknya pemikiran kau, Hani...

"Selama ni korang rasa percintaan korang semuanya berjalan lancar tapi ketahuilah Allah dah tak peduli ngan kau dua orang. Allah berfirman. Tinggal lah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku." Ucap ku dengan lantang.

Adrian sudah tertunduk malu. Terasa dengan kata kata Mia. Hatinya resah dalam masa yang sama lega. Mungkin inilah jawapan yang selama ini dia cari.

Beeboyz yang dari tadi berdiri di belakang Mia tidak berani bersuara mahupun sepatah.

"Heh! Kamus debat mana kau pakai ni!?" Marah Hani memuncak mendengar ayat yang keluar dari mulut aku.

"Surah Al Mu' minun ayat 108. Dari Al Quran iaitu panduan hidup kita!"

Kini barulah Hani terdiam. Sudah tiada apa untuk dia katakan. Lidahnya kelu. Buntu.

"Korang pandai pandai la bincang sebelum aku lapor korang kat pejabat agama. Dekat sini cukup empat orang saksi. " Kata ku memandang sekilas ke kiri.

Beeboyz diam tak berkutik. Tidak sanggup mencelah. Tak pasal pasal mereka sekali terlibat. Lagi pun, inilah masanya untuk menegur pasang kekasih tersebut walaupun dengan cara kasar.

Sudah lama mereka ingin menegur tapi Hani selangkah didepan mereka. Kalau takde tugas, mesti je melekat kat Adrian. Syukurlah ada Mia Qalisha sebagai wakil.

"Jap. Bincang pasal apa?" Soal Hani bingung. Mia yang sudah jauh masuk ke kelas ingin dikejar namun Adrian cepat menahan.

"Pasal perpisahan kita. Aku rasa, dah tiba masa kita break. Semua ni dari awal lagi tak betul." Lancar terucap di bibir Adrian tanpa rasa berat. Inilah yang dia cari selama ini.

"Bie... janganlah macam nii..." Rayu Hani tapi semuanya sudah tiada guna.

Adrian keluar dari stor menyertai Beeboyz untuk pulang bersama sama. Tiada lagi kongkongan dari Hani melainkan kebebasan sekarang ini.

Ya Allah... Aku minta maaf.. aku menasihati tapi diri sendiri lalai.

Ucap ku didalam hati berkali kali. Besar sebenarnya tanggungjawab seseorang yang berdakwah apatah lagi sampai melibatkan firman Allah. Takut.. takut diri menasihati tapi diri sendiri lalai.

BUK!

Habis bertabur peralatan ku yang tidak sempat dikemas. Tulah lain kali kemas tu sampai akhir. Dahlah kelam kabut keluar kelas gara gara taknak bertembung ngan Beeboyz. Haihh...

"Bruh! U boleh tak kalau jalan tu pakai mata?" Sindir seseorang. Aku yang masih blur dengan pantas memungut semua barang sehingga penuh tangan dibuatnya.

Tiga buah buku teks didakap ke dada menggunakan tangan kiri manakala botol air diletakkan di tangan kanan. Belum termasuk bekas pencil yang sudah terhambur semua isi perut. Nak tak nak setiap inci jari dipenuhi oleh peralatan menulis.

"Ish!! Tengok apa dah jadi dengan baju i ni! Habis basah." Rengek si dia sambil menghentak hentak kaki.

"Maaf aku tak perasan tadi." Bajunya yang basah akibat tempias dari botol air yang tidak ditutup ketat aku cuba bersihkan. Sekali lagi barang barang berjatuhan. Mia.. asal kau bengap sangat hari ni????

"Jangan sentuh la! Nanti baju i berkedut." Marahnya. Memandangkan kebanyakkan pelajar dah pulang, kini tinggal aku dan perempuan gedik ni je kat koridor loker. Suaranya bergema di setiap sudut.

"Maa..maaf." Kata ku polos. Tangannku yang ditepis kasar jelas terasa sakit. Dia dengan sombong sempat menjeling aku sebelum pergi dengan terburu buru.

"Kenapa tu Dewi?" Soal Nadia yang baru ingin ke sana dek terdengar jelas jeritan Dewi.

"Budak entah mana datang langgar i. Habis basah baju seragam i yang bersih ni." Rengek Dewi mengadu ke dua temannya. Linda dan Nadia tersenyum sinis didalam hati melihat baju yang hampir tidak terlihat basahnya di bahagian perut.

Didalam hati mereka sudah tertawa mengejek Dewi yang bak sang puteri raja. Sikit sikit itu, sikit sikit ini...

"Tak guna betul budak tu. Habis basah baju u yang mahal ni." Kata Linda cuba menyenangkan Dewi.

"Ala takpe Dewi. U kan kaya, cantik, manis. Sedikit basah takkan menjejaskan kejelitaan u la." Nadia mengampu. Dewi yang lurus langsung tidak menyedari topeng yang dikenakan mereka walaupun sudah lima tahun bersahabat.

"U berdua ni ada ada je la. Jomlah, kita kan nak shopping. Nanti lewat pulak sampai saloon yang i nak kenalkan kat korang." Kata Dewi dengan semangat. Wajah Linda tiba tiba berubah.

"Sorry Dewi tapi kad i dah kena beku la.. u pun tau kan daddy i tu tak suka bila i shopping. Membazir konon. Next time i join okey?" Linda berkata dengan nada sedih.

"Takpe. Harini i belanja. Tak best la kalau takde u..." Pujuk Dewi. Sekali lagi Linda dan Nadia ketawa di dalam hati dengan kebodohan Dewi. Sedikit lakonan sudah cukup untuk mendapat habuan yang besar.

Bodohnya kau Dewi. Jelita tapi tolol. Kadang aku malu gak ada kawan lembab macam kau ni tapi takpe la asalkan barang branded tiap bulan masuk.

___

Geram tau author dengan Linda ni. Jahat mengalahkan mak nenek. Sepadan sangat dengan Nadia yang kaki ampu. Dewi walaupun sombong tapi bila bab kawan selalu tak berkira. Tak sangka dia dah kena game hampir lima tahun dengan dua manusia bertopeng tu. Ish geramnya!!!

BTW korang.. sedikit teguran dan nasihat dalam citer ni adalah teguran buat author jugak tau. Hashtag, kita jaga kita.

Thanks for vite and comment yahh!!!

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now