Bab 12

11 6 0
                                    

PRANG!!!

Bunyi pasu pecah kuat kedengaran. Kanak kanak yang lain mulai ketakutan namun tiada siapa yang berani menitiskan air mata.

"Allah.. Usup tak apa apa ke?" Mia mendekati Yusuf yang sedang dilanda ketakutan. Tangannya menggigil dengan hebat.

"Usup tak sengaja..." Rintih Yusuf terketar ketir. Mia memeluk erat Yusuf sambil mengusap kepalanya.

"Apa benda yang pecah tu!!!!?" Jerit seseorang dari dalam rumah yang didiami mereka sebagai Rumah Anak Yatim Seri Cahaya.

"Cepat pergi kat penjuru tu." Arah Mia. Yusuf dengan segera berlari kearah kawan kawannya yang berada di penjuru rumah.

"Ya ampunnn!!!!!!!!" Kata seorang penjaga yang digelar Cik Fah. Nadanya jelas kedengaran kesal.

"Kau buat apa ni hah!? Kau buat apa ni!? Kau tak tak pasu tu mahal!? Kau tau tak!!!?" Telinga kecil Mia segera dipulas. Tiada masa lagi untuk bertanya kerja siapa sebaliknya siapa yang paling hampir dengan tempat kejadian akan menjadi mangsa.

"Aduh sakit Cik Fah.. Mia tak sengaja." Jerit kecilnya. Tidak berani hendak melawan. Cebisan pasu yang tebal dan tajam diambil dari atas tanah lalu ditoreh ke bahu kecil Mia. Baju yang menutupi kulit segera koyak.

Kanak kanak lain menjadi saksi penderitaan tersebut. Tiada hari dimana diri mereka tidak dilanda ketakutan. Pasti ada saja yang tidak kena dipandang oleh Cik Fah dan seringkali Mia menjadi mangsa.

"Ipah!" Jerit Cik Wanie dari dalam rumah. Dia yang terjaga dari tidur disebabkan tangisan Mia segera keluar. Luka di bahu diperiksa.

"Dalam sangat kau kasi ni Ipah! Kalau budak ni mati apa kau nak jawab kat polis? Apa kau nak jawab kat puan?" Marah Cik Wanie lalu membawa Mia yang berusia enam tahun masuk ke biliknya.

Cik Wanie yang berpengalaman dalam perubatan tanpa lengah menjahit luka tersebut. Tiga jahitan di bahu Mia tanpa bius terasa perit tak tertahan.

"Yang lain, pergi tidur!" Arah Cik Fah kepada 12 anak yatim yang lain.

"Mia..." Tangis Yusuf perlahan.

Umar di samping menenangkan nya. Dia faham apa yang dirasakan Yusuf bila tidak dapat melindungi kawan sendiri. Bila menjadi tak berguna di masa yang Mia betul betul perlukan.

"Ayyan!!!"

"Ish! Ayyan belum pekak la." Marah Adrian. Adiknya sudah ketawa mengekek melihat abangnya marah. Telinga yang merah ditiup lembut.

"Sakit lagi tak?" Adrian masih monyok tapi dalam diam dia menahan tawa. Terlintas idea jahat untuk mengenakan adiknya.

"Abang Ayyan taknak kawan dengan adik dah." Adrian berpeluk tubuh sambil membelakangi adiknya.

"Aaaaaaa..." Rengeknya panjang.

"Adik minta maaf."

Masih sama.

"Aaaaaa.. adik pun taknak kawan ngan Abang Ayyan." Tubuhnya dipalingkan dari Adrian sambil berpeluk tubuh. Hampir seminit mereka begitu.

"Tengok ada lembu atas pokok la." Kata Adrian. Dengan pantas adiknya membalikkan badan ingin melihat.

"Tertipu." Olok Adrian mula menjauh. Tahu apa akan terjadi selepas ini jika masih disana.

"Eeiiiii!" Geram adik dibuatnya. Habis satu rumah dikelilingi semata mata ingin mengenakan kembali abangnya.

Adrian terjaga dari tidur. Seluruh tubuhnya lecun dibasahi peluh. Bahkan penghawa dingin yang terpasang pun seolah tak berfungsi.

Mimpi yang sama lagi....

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now