Isteri Sesat Jalan Mahu Kembali

23.5K 50 4
                                    

http://www.hmetro.com.my/articles/Isterisesatjalanmahukembali/Article


SAYA hanya ingin berkongsi kisah hidup dan tidak minta dikasihani cuma tiada tempat untuk me ngadu. Saya isteri yang curang terhadap suami. Mungkin kerana melangsungkan perkahwinan pada usia muda, saya tidak puas menikmati hidup bujang.

Suami selalu memaki saya dengan perkataan pelacur kerana pernah ditangkap curang. Tidak habis-habis perkataan itu keluar dari mulutnya apabila kami bergaduh. Akhirnya saya kini memang seperti pelacur, bertukar ganti lelaki kononnya mencintai saya sepenuh hati tapi mereka cuma inginkan tubuh saya. Saya inginkan cinta, kasih sayang dan perhatian. Memang lelaki yang mendekati saya pada mulanya seperti sanggup mati untuk mempertahankan cinta. Bagaimanapun, apabila bosan saya ditinggalkan sendirian dan ketika nafsu mereka mengi nginkan saya barulah nampak cinta dan sayang.
Setiap kali sesuatu hubungan berakhir saya bertekad berhenti dan cuba setia, tetapi hidup jadi sepi, sedih, rasa keseorangan terutama tiada sesiapa yang menemani, saya jadi tidak tentu arah. Hendak dikatakan bodoh, saya mempunyai ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang pengajian. Hendak dikatakan tidak berduit, saya berjawatan tinggi. Hendak dikata sunyi, saya ada suami dan dua anak.

Saya juga kini menyambung pengajian di peringkat sarjana tapi hairan mengapa tetap sunyi walaupun sentiasa menyibukkan diri hingga wujud ruang orang luar mendampingi saya.

Saya baru sebulan menggugurkan kandungan hasil keterlanjuran dengan orang lain. Lelaki itu pergi meninggalkan saya kerana takut dan kini ada orang lain yang menanti kerana inginkan tubuhkan saya.

Dia seorang artis, tetapi saya yakin hubungan ini juga tidak lama kerana saya tidak mahu ada hubungan dengan golongan artis. Saya juga pernah berjumpa bomoh tapi bukan minta pemanis atau susuk. Saya hanya ingin setia dan mencintai suami sepenuh hati dan tidak memandang lelaki lain.

Saya pernah berasakan tidak mampu berubah dan mati saja jalan penyelesaian selain berjumpa pakar sakit jiwa. Mungkin Allah tidak menerima saya.

Saya cuba bersembahyang, namun kesibukan kerja membuatkan saya lupa untuk solat dan akhirnya hanyut lagi. Saya memerlukan tapi semuanya hanya ada ketika saya senang.

Bantulah saya.

ISTERI CURANG,
Kuala Lumpur.


EMOSI seperti rasa sepi, bosan, kesunyian dan ketagihan kasih sayang adalah emosi setiap insan. Ia bersifat kompleks dan unik. Setiap insan berbeza tahap pengalaman emosi mereka. Maksud nya, ada insan yang lebih mengalami emosi ini daripada insan lain. Tidak hairanlah, walaupun adik mempunyai suami dan dua anak, masih rasa kesemua emosi ini dan masih tercari-cari makna kehidupan.

Seperti adik, insan yang kesunyian seringkali ingin membuat hubungan dengan orang lain. Ini menerangkan sikap adik yang bertukar ganti teman lelaki walaupun sudah bersuami. Tahap tidak percaya suami yang tinggi kepada kesetiaan adik terhadapnya membuatkan adik hilang arah tuju hidup.

Pakar psikologi menyatakan bukannya kuantiti interaksi sosial menentukan kesunyian, tetapi kualiti. Kesunyian tidak semestinya hidup seorang diri.

Orang yang dikelilingi ramai orang juga boleh berasa sunyi. Walaupun, secara kuantitinya, adik dikelilingi ramai orang (suami, anak, teman lelaki) yang boleh membuatkan adik tidak sunyi, natijahnya adik tetap kesunyian.

Perasaan ingin dipercayai dan dihargai suami penting bagi setiap isteri termasuk adik. Apabila adik tidak memperoleh kepercayaan dan penghargaan suami kerana seringkali mengungkit kecurangan adik setiap kali kalian bergaduh, adik mencari alternatif lain untuk memenuhi kekosongan diri.

Isteri yang dipandang hina oleh suami akan berasa satu pukulan hebat. Berasa tidak berguna dan tiada tempat di sisi suami.

Dr lihat ada kesedaran pada adik untuk lakukan perubahan mengisi kekoso ngan hidup melalui kaedah yang positif. Adik melakukannya. Tahniah. Contoh nya, dengan bersembahyang dan mende ngar zikir. Cuma, ada kalanya adik tersekat dan tidak tahu apa perlu dilakukan seterusnya.

Memberi ruang kepada lelaki yang adik sendiri anggap hanya mengambil kesempatan atas tubuh badan adik adalah perkara yang perlu dihindari.

Belajar untuk hanya memberi ruang kepada mereka yang bermakna dalam hidup. Ruang tidak diberi kepada semua orang apatah lagi yang hanya ingin mengambil kesempatan daripada diri adik. Ini termasuk menolak hubungan dengan lelaki yang penuh muslihat.

Menjadi artis adalah satu bentuk pekerjaan. Baik buruk sesuatu tingkah laku bergantung kepada individu, bukannya pekerjaan. Justeru, seperti mana-mana pekerjaan lain, individu yang adik kenal itu yang penuh tipu muslihat, bukan golongan artis.

Jika adik ingin mencintai suami sepenuh hati dan setia kepadanya, adik tidak perlu berjumpa bomoh kerana perbuatan itu salah.

Perasaan cinta terhadap suami datang apabila adik ikhlas dalam perhubungan. Jelaskan kepada suami adik memang ingin menjadi isteri setia kepadanya. Beritahu suami betapa ia melukakan hati adik setiap kali beliau (suami) memanggil adik pelacur.

Setiap manusia biasa melakukan kesalahan. Minta suami beri peluang kepada adik untuk menjadi isteri yang baik dan setia kepadanya. Segala keazaman ingin menjadi isteri yang setia ini perlu adik buktikan dengan tidak menjalin perhubungan dengan lelaki lain.

Dr tahu, bukan mudah untuk suami mengembalikan kepercayaannya, namun jika benar-benar serius adik perlu kuat dan sabar.

Apa yang adik perlu lakukan, iaitu menyedari kesan kesu nyian ke atas kehidupan sama ada secara fizikal atau mental adalah antara langkah awal kepada pemulihan dan perubahan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mengisi ruang yang kosong dalam kehidupan adik.

Memandangkan adik seorang yang bijak, berjawatan tinggi dan cantik, Dr rasakan adik berpeluang tinggi untuk membaiki kesilapan diri.

Fokus kepada membentuk perhubungan berkualiti de ngan individu yang adik sayangi. Suami dan anak adalah pihak yang boleh memberi makna kehidupan jika berusaha meningkatkan perhubungan.

Berkongsi sikap, minat dan nilai dengan mereka. Daripada memberi fokus kepada pemikiran negatif, tukar pemikiran itu kepada pemikiran positif.

Adik akui melalui sembahyang hati memang tenang, tetapi kesibukan kerja membuatkan lupa untuk solat dan akhirnya hanyut.

Adik menemui terapi ketenangan cuma perlu konsisten dalam melakukan sembahyang. Apatah lagi sembahyang fardu lima waktu adalah wajib bagi umat Islam.

Faedah solat amat besar. Firman Allah yang bermaksud: 'Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir kecuali orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap me ngerjakan solatnya...' - surah Al-Makrij:19-23.

Melalui sembahyang, ia mencegah perbuatan mungkar seperti firman-Nya yang bermaksud '..sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar..." - Surah Al-Ankabut: 45.

Amalan lain seperti berzikir, sembahyang sunat, membaca al -Quran juga membantu me ngurangkan tekanan. Dr doakan yang terbaik untuk adik, moga dapat mencari ketenangan diri dan bahagia dalam rumah tangga.

Kisah BenarWhere stories live. Discover now