Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.myKAJANG: Seorang wanita berusia 53 tahun hampir seharian menjadi mangsa nafsu seorang lelaki yang menceroboh rumahnya dan merogolnya berkali-kali dan mencuri kain batiknya dalam kejadian di Batu 9, dekat sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa baru pulang dari tempat kerja dan sebaik menutup pintu rumahnya dia didatangi suspek dari arah belakang dan cuba menerkamnya. "Terkejut dengan kehadiran suspek, mangsa cuba melawan sebelum suspek menghentak mangsa menggunakan pasu bunga di belakang kepalanya. "Akibat hentakan kuat itu, mangsa cedera dan rebah sebelum suspek mengarahkan mangsa memakai kain batik yang diambil di penyidai lalu merogolnya," katanya.
Rashid berkata, sebaik selesai melampiaskan nafsu serakahnya, suspek melarikan beberapa helai kain batik yang masih di ampaian dan datang sekali lagi kira-kira sejam selepas kejadian untuk mengurung mangsa dan berkali-kali meliwat mangsa.
"Suspek dipercayai berusia 20-an berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada mangsa selain usaha menjejaki suspek giat dijalankan.
"Mangsa kini ditempatkan di Hospital Kajang sebelum polis mengambil keterangannya," katanya.
