Anak Sukar Nasihatkan Ibu

8.1K 16 0
                                        

http://www.hmetro.com.my/articles/Anaksukarnasihatkanibu/Article/

Ibu saya berusia 40-an dan perangainya sangat merisaukan saya. Ibu mewarnakan rambutnya serta gemar memakai skirt pendek.

Saya kerap menasihati ibu tapi tidak diendahkan. Ibu tinggal berasingan dengan ayah walaupun belum bercerai. Sebaliknya ibu mempunyai teman lelaki. Saya tidak bebas bergerak dalam rumah kerana kadangkala teman lelaki ibu tidur di rumah kami.

Ibu berniat meminta cerai daripada ayah tetapi belum kesampaian. Apakah status ibu menurut Islam dan bagaimana caranya untuk saya menasihati ibu tanpa melukainya?

SHAFIQAH

Kajang, Selangor

Seorang wanita bergelar isteri wajib memelihara kehormatan diri. Perbuatan ibu mewarnakan rambut dan mendedahkan aurat sudah berdosa, ditambah lagi dosa besar iaitu bersekedudukan dengan lelaki lain dalam rumah sedangkan dia masih isteri orang. Ayah saudari pula, selaku suami, tidak boleh bersikap dayus dengan membiarkan ibu terus hanyut.

Dia wajib mendidik isterinya jika mahu menyimpannya sebagai isteri atau lepaskan dengan baik supaya dia dapat mencari pasangan baru.

Ibu dihukum nusyuz jika berterusan dalam dosa seumpama ini. Bukan mudah bagi seseorang anak menasihati ibunya. Setiap kebenaran ada pahit dan sakitnya, dan memang sukar menegur silapnya tanpa melukai hatinya walau sebaik mana teguran itu. Jika saudari mahu menyatakan isi hati saudari kepada ibu, katakanlah dengan baik dan jujur. Serahkan selebihnya soal terluka dan sebagainya pada ibu sendiri menilai.

Ayah saudari juga wajib dinasihati. Ada baiknya jika ibu dan ayah saudari dirujuk kepada kaunselor rumah tangga yang lebih wajar menasihati mereka. Bagi seseorang anak, selalulah doakan kesejahteraan mereka berdua.

Kisah BenarWhere stories live. Discover now