Janji Maksiat

887 7 0
                                    

http://www.hmetro.com.my/articles/Janjimaksiat/Article/

LANGKAWI: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak dewasa dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki warga Iraq di sebuah hotel di Kuah, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50-an dan pasangannya berusia 46 tahun itu yang mengenali antara satu sama lain menerusi laman sembang sosial, Facebook ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) jam 11.50 malam.

Malah, pemeriksaan dilakukan di bilik hotel berkenaan turut menemui dua kondom yang sudah digunakan yang mengukuhkan bukti mereka melakukan maksiat.

Sumber Padal berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan pasangan itu sebelum bertindak melakukan pemeriksaan. Beliau berkata, pihaknya mengetuk pintu dan memberi salam sebelum seorang lelaki warga Iraq yang berpakaian lengkap membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa agama.

"Lelaki asing itu membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasil siasatan menemui seorang wanita yang turut berpakaian lengkap dalam bilik hotel itu dalam keadaan panik dan takut.

"Selepas disoal siasat, mereka mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri sah dan mengesyaki mereka melakukan maksiat," katanya.

Sumber itu berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita berasal dari Selangor itu mengaku masih bersuami manakala pasangannya mendakwa belum berkahwin dan menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Langkawi.

"Wanita itu memberi alasan datang ke Langkawi untuk bercuti selain mencari peluang perniagaan baru di pulau itu.

"Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di Kuah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

Kisah BenarWhere stories live. Discover now