Nenek 11 Cucu Dicekup

596 4 0
                                        

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nenek11cucudicekup/Article/
Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
2010/06/17

ALOR SETAR: Seorang nenek sebelas cucu dicekup Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana berkhalwat dengan pasangannya, warga Pakistan di sebuah hotel bajet di Jalan Seberang Perak, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Operasi JAIK, Salehudin Saudi, berkata nenek berusia 49 tahun itu berasal dari Medan, Indonesia, dicekup bersama pasangannya yang juga kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kira-kira jam 1.10 pagi.
Beliau berkata, pihaknya menahan pasangan itu selepas membuat serbuan di hotel bajet itu yang terletak bersebelahan Masjid Zahir, di sini, sebelum mendapati pintu sebuah bilik di tingkat bawah hotel itu berkunci daripada dalam.

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita membuka pintu bilik itu dan membenarkan anggota kami masuk membuat pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan kami temui seorang lelaki warga Pakistan berada dalam bilik itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan selepas mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

"Pada masa sama, wanita itu memakai baju terbalik serta seluar jeans yang dipakainya tidak berzip menyebabkan timbul syak," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Salehudin berkata, lelaki berusia 55 tahun itu ketika ditemui hanya memakai seluar panjang tanpa baju dan terkejut melihat kehadiran anggotanya membuat pemeriksaan.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita berkenaan mengaku sanggup datang ke negara ini semata-mata ingin bertemu 'kekasihnya'.

"Wanita itu memberi alasan datang ke negara ini untuk berbincang mengenai hal perkahwinan dengan lelaki Pakistan itu yang sudah mempunyai isteri dan empat anak yang ditinggalkan di Pakistan selepas lima tahun berkhidmat di KTMB.

"Wanita itu memberi alasan dia kesunyian dan sanggup datang ke sini kerana rindu pada kekasih yang dikenalinya sejak setahun lalu," katanya.

Beliau berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak pada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kisah BenarHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin