Zina Depan Anak

2.9K 9 0
                                        

http://www.hmetro.com.my/articles/Zinadepananak/Article/


JITRA: Seorang janda muda dikatakan tergamak melakukan maksiat di depan tiga anaknya yang masih kecil setiap kali pasangannya datang ke rumah sewanya di Kampung Tunjang Kecil, di sini, sebelum mereka dicekup berkhalwat, kelmarin.

Perbuatan jijik pasangan itu akhirnya terbongkar apabila penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) membuat serbuan selepas menerima maklumat orang ramai, kira-kira jam 2.30 pagi.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 32 tahun itu turut membenarkan adik lelakinya melakukan maksiat bersama pasangannya yang baru berusia 16 tahun di rumah berkenaan.

Wanita itu yang baru berpisah dengan suaminya beberapa bulan lalu mempunyai tiga anak berusia antara tujuh bulan hingga lapan tahun dan ketika serbuan, ketiga-tiga anaknya dikatakan sudah tidur.

Difahamkan, wanita terbabit dipercayai menggunakan adik lelakinya sebagai 'umpan' untuk membawa teman lelakinya ke rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik wanita itu gagal apabila dia dan pasangannya dicekup selepas disyaki melakukan maksiat.

Ketika ditahan, seorang lelaki yang cuba bersembunyi di celah pakaian disidai di rumah berkenaan terkencing dalam seluar sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa PADKP.

Sumber berkata, lelaki berusia 33 tahun itu dikatakan sedang bertinggung ketika dicekup anggota penguat kuasa dan akibat terkejut melihat ramai anggota penguat kuasa berkenaan, lelaki itu dikatakan terkencing dalam seluar.

Beliau berkata, anggotanya yang membuat pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang lelaki berusia 20-an dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih belajar dalam tingkatan empat dalam sebuah bilik lain di rumah berkenaan.

"Lelaki itu mengaku adik kepada janda yang ditahan itu dan tinggal bersama kakaknya manakala remaja perempuan itu menetap di Kampung Padang Perahu, di sini.

"Hasil siasatan mendapati, semua mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri sah dan mengesyaki mereka melakukan maksiat," katanya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki ditahan itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di Muzium Padi, Alor Setar manakala janda itu pula tidak bekerja.

Katanya, semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Kisah BenarWhere stories live. Discover now