01

749 64 65
                                    

"choi seungcheol, ceo bujang yang terkenal dengan wajahnya yang tampan. syarikatnya juga telah berjaya dengan usahanya sendiri—" siaran ditutup.

remote tv dibaling.

"tampan apanya, aku lagi tampan. menawan pun aku punya. heh, perasan pulak kita."

woorin menggigit lengan abang kembarnya, dia tak pasti yang dia masih lagi boleh hidup atau tak selepas kejadian di jamuan semalam.

"kau dah kenapa siak? takleh duduk diam eh?" wonwoo menarik lengannya daripada digigit woorin.

"weyh won, aku rasa aku dah gila lah."

"memang kau dah gila. yang kau kiss laki tu semalam dah kenapa? bodohla adik aku ni."

woorin dah tak tentu arah, wajah blurnya wonwoo tenung. kepalanya digeleng dan kembarnya dipeluk.

"tu lah kau, sape suruh mabuk. kan aku dah kata jangan minum banyak sangat dekat jamuan tu semalam." woorin membuat muka nak nangis.

"kan dah ada isu, video tu dah tersebar seluruh negara kau tahu tak? malu aku ada adik macam ni."

"aku mabuk nyah! mana lah aku boleh kawal badan aku, aku tak sedar pon nyah."

woorin memeluk lengan wonwoo. maklumlah dia memang manja.

"dah jangan nangis, kita selesaikan semua benda ni. kau pergi bersiap, aku nak bawa kau pergi satu tempat."

"nak pergi mana?"

"jumpa lelaki yang bernama choi seungcheol." kata wonwoo lalu membawa dirinya ke dapur.

"apa?! kau gila ke? taknaklah aku!" wonwoo mengendahkannya.

"weyh... aku taknak~ takut..." dia mengekori kembarnya.

wonwoo tiba-tiba saja berhenti dan menoleh kebelakang, woorin terlanggar dada bidangnya dan dia cepat-cepat menarik woorin supaya tak jatuh.

"kau dah kenapa ikut aku?"

"jeon wonwoo, aku taknak jumpa dia." mengadu woorin, dia rasa macam taknak keluar rumah setahun.

"kau dengar sini, kau dan aku je yang tahu apa yang terjadi."

"netizen diluar sana tak tahu apa yang betul dan tak, jadi aku nak kau jumpa dia dan selesaikan semua ni."

"tapi..."

"apa? kau nak suruh semua orang pandang kau jijik? kau tahu kan semua perempuan kat luar sana tu minat gila-gila dengan mamat tu."

"haih, aku tak tahula nyah. mesti appa marahkan aku kalau dia ada lagi sekarang."

"memang dia akan marah, dan dia akan setuju dengan rancangan aku." woorin mencebik.

"baik kau bersiap cepat, aku dah takda masa lepas ni. aku dah nak pergi kerja nanti."

"haih, aku pun nak kerja tapi takut orang pandang."

"kau tak payah kerja lagi buat masa ni, selesaikan semua ni dulu."

woorin memeluk wonwoo erat, dia berterima kasih sebab sudi bantu dia.

"kau ni, baik sangat dengan aku. thanks weyh!"

"ye ye dah, lepas. pergi bersiap, aku tunggu dalam kereta. jangan lupa pakai topi dengan mask, aku taknak orang cam muka kau."

"ye lah, bang. rin faham."

-----

"weyh rin, bangunlah. dah sampai dah."

"alaaa malasnya, malu pun ada nak jumpa dia." woorin dah jadi lembik macam cacing.

"geli la bangang, keluar. aku nak pergi kerja." woorin mencebik. dahla mamat tu taknak teman dia, kalau teman nanti takdelah sunyi.

padahal kau malu kan, rin?

"pergilah, kalau tak boleh masuk sana kau cakap je nama kau. pakgad bagi punya sebab aku dah uruskan."

"oh ye eh? mesti kau suruh soonyoung kan?"

"tahu takpe, shuhh. nyah kau dari sini." kata wonwoo lalu menghalau woorin seperti menghalau lalat.

"ok bye, sayang kau bang."

"aku pun."

"e'eh rin! kau tertinggal- mask kau..." tak sempat, woorin dah menutup pintu dahulu.

"lantak kau lah." dia dah lewat untuk ke tempat kerja jadi dia biarkan.

...

woorin membuka pintu lobi dan menuju ke arah sofa, dia nak hilangkan rasa gugup jadi dia duduk sekejap.

"haih, aku takut lah won. kalaulah kau teman aku."

"tu bukan ke perempuan tu?"

"yang masuk berita pasal bos tu ke? eh, ye lah."

"hmm? o.m.g, aku tak pakai mask!" woorin bangun dan senyum sekilas kepada mereka berdua dan terus menuju ke tandas.

"macam mana aku boleh tak perasan? aduhai- eh eh! encik-" tangannya tiba-tiba ditarik oleh seorang lelaki yang berpakaian sut hitam.

"shhh, diam." mulutnya ditutup dengan jari lelaki tu. lelaki tadi terus menariknya dan menuju ke arah lift berdekatan.

di dalam lift.

"pakai mask ni." lelaki tu menghulurkan mask kepada woorin. woorin senyum dan mengambilnya.

dia tak nampak muka lelaki tu, mask dengan kaca mata hitam lengkap dimukanya.

"t-terima kasih."

"hmm, kenapa datang sini?"

"ye? ah, s-saya datang sini nak jumpa dengan ceo disyarikat ni."

lelaki tadi mengangguk. dia terus membuka masknya dan kaca mata hitamnya. woorin dipandang tajam. gadis tu tak memandangnya.

"ada apa nak jumpa saya?"

woorin menoleh.

"erhm?- eo, encik choi seungcheol!?" tangannya menekup mulutnya, dia tak percaya lelaki tu berada dihadapannya.

"ye saya?" mata seungcheol berkelip beberapa kali memandang woorin.

𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now