02

418 53 97
                                    

woorin duduk disofa dalam pejabat milik seungcheol, lelaki tu berada di hadapannya sekarang.

"tapi... saya taknak. saya masih lagi muda dan tiada apa-apa. takkanlah saya nak kahwini encik, encik kan terkenal dan ramai lagi orang—"

"kahwin je, bukan buat anak."

"hah?" woorin bengang. mamat tua ni dah kenapa, tiba-tiba cakap pasal anak.

"ke awak nak? kalau awak nak, saya okey je."

"heh? s-saya tak cakap pon nak buat anak, encik dah kenapa?"

"dahtu? kahwin je lah." seungcheol memandangnya atas bawah. dijelingnya dengan wajahnya yang tampan.

"encik ingat senang ke?"

"bagi saya senang je, sign contract and then duduk rumah sekali. tu je. takdelah orang syak.

"bagi encik memang senang, semua benda ni akan diurus oleh pembantu encik. tapi saya hanya ada abang." woorin mencebik.

"biar saya uruskan. encik kim akan buat apa saja, dia pembantu 24 jam saya."

"tak boleh ke kita cari jalan lain selain kahwin? saya tak bersedia lagi."

"ada saja cara lain. bertunang dengan saya." jawab seungcheol dengan wajah mendatar.

dia memang nampak sombong, tapi dia tak. lelaki ni tak pernah senyum atau ketawa dengan mesra di hadapan pekerjanya, lagi-lagi perempuan.

boleh dikatakan dia tak suka berkawan dengan perempuan.

kiranya untunglah woorin boleh berjumpa dan diajak berkahwin dengan lelaki ni.

"haih, taknaklah saya bincang pasal ni. encik lupakan semua yang terjadi semalam dan hari ni, saya nak balik."

woorin bangun daripada sofa dan menuju ke pintu. encik kim menyekat pintu daripada dibuka oleh woorin.

"saya tak suka bincang separuh jalan, jadi duduk."

"encik yang tak suka, bukan saya. so, see you next time." encik kim ditolak, lelaki tu terkejut. terasa seperti baru lepas melayang.

"eherm, sayang kenapa ni? gaduh sangat nak pergi mana?" senyuman sinis ditujukan. dia sengaja cakap kuat-kuat supaya pekerja lain dengar.

woorin menoleh kebelakang dengan wajah yang marah. seungcheol menghampirinya, gadis tu terpaksa melangkah kebelakang.

sehinggalah badannya bertemu dengan pintu, lelaki tu berhenti. kedua tangannya menyekat woorin daripada keluar dengan meletakkan tangannya di sisi woorin.

"encik buat apa ni? tepilah, saya nak balik."

"a'aa, sayang nak balik buat apa?"

seungcheol merapatkan badan dan wajahnya. saja hendak mengusik gadis tu.

"encik dah gila ke? perlahankanlah suara encik tu!" woorin memarahinya dalam membisik. risau betul timbul isu lain.

"tak selagi awak duduk balik di sofa."

"taknak-"

"baby~ cheol rindu..." selepas saja woorin mendengarnya, terus pipi lelaki tu dicubit dengan kuat. encik kim pula woorin menendangnya hingga jatuh tergolek.

"a-aduh, sakitlah! lepaslah sayang, merah pipi abang nanti kang."

woorin mencubitnya makin kuat, encik kim ingin menarik woorin tetapi dihalang oleh seungcheol.

"sayang, lepaslah. sakit tau~"

seungcheol senyum nakal lalu mengangkat woorin dengan tangannya yang gagah tu.

woorin menjerit kecil akibat terkejut, tangannya yang mencubit pipi seungcheol terlepas.

"encik memang dah gila, lepaskan saya lah." woorin memukul dada bidang seungcheol. tak sakit pun, woorin lembik. tapi kalau bab menendang dia lain.

encik kim hanya tersenyum melihat mereka berdua bergurau senda. dia tahu yang pekerja lain tak dapat mendengarnya, akibat pejabat seungcheol ni kalis bunyi.

tapi hanya satu yang dia risau, choi seungcheol.

setelah beberapa tahun mereka bergaduh, memukul dan menendang, seungcheol menurunkan woorin ke bawah kembali. wajahnya juga berubah sekelip mata.

"encik jangan jumpa dengan saya lagi." itulah kata-kata terakhir woorin sebelum dia menutup pintu dan keluar.

"bos okey?" encik kim bersuara.

"ya, encik kim jangan risau." seungcheol menepuk bahu encik kim beberapa kali.

di rumah anak-anak jeon.

"weyh won, hanatlah mamat tu. boleh pulak dia bergurau dengan aku. siap angkat aku. gila betul, dahla suruh aku kahwin dengan dia. taknak aku."

"yang kau gila pergi cubit pipi dia tu dah kenapa?"

"tu sebab aku geram! ermm, tapi kan... pipi dia gebu."

"sah kau gila."

"tapi aku taknak kahwin dengan dia! aku nak enjoy life aku sebagai budak muda! kita baru 21 tahun kot! dia tu dah 27!"

"dahtu kau ingat aku nakla ada abang ipar macam dia? entah-entah aku femes nanti sebabkan dia, taknaklah aku."

"kau tu uruslah hidup kau sendiri, ni aku ni... dahla tadi aku tertinggal mask."

"haih, aku malaslah nak layan kau. kau terima je lah, kahwin dengan dia lepastu tipu netizen luar sana."

"taknak~"

"aku tak kesah, kalau kau nak enjoy kau punya life baik kau tipu netizen tu semua. fake marriage and then kau pun happy."

"lepastu dah takda orang nak mengumpat pasal kau dengan dia lagi dah. kalau kau kahwin dengan dia pun senang, takdelah kau kena kerja penat-penat."

kata wonwoo lalu pergi membawa dirinya kebilik, dia baru balik kerja jadi dia penat.

"hmm, apalah nasib hidup aku." woorin ligat menendang udara.

"duduk diamlah rin! bergegor bilik aku!" jerit wonwoo daripada biliknya.

𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now