08

273 30 13
                                    

wonwoo menarik lengan woorin, supaya duduk disebelahnya dengan rapat.

"kau kenapa? tiba-tiba je ni?" woorin memandang wajah abangnya pelik.

"kau dah jadi isteri orang, aku susah dah nak jumpa kau. jadi, dengar cakap suami. jadi isteri yang matang terhadap suami."

"apa ni? kau ni, kau boleh je datang selalu rumah aku."

"hah, percayalah. kalau aku datang rumah kau tiap-tiap hari mesti kau muak. taknaklah, aku taknak menyibuk dekat rumah tangga orang. kau dah berkeluarga."

"aku melawat kau setiap hari pun bolehlah. kau jangan buat muka nak nangis macam ni."

"takdelah, aku bagitahu macam ni sebab aku sayang kau. aku nak kau jadi isteri yang baik dan adik yang baik."

wonwoo menarik woorin kedalam pelukannya. woorin hanya menurut dan berdiam diri. sesi meluah hampir tamat jadi, wonwoo menyerabutkan rambut woorin.

nak cover malu ke tu bang?

"aishh, kau ni tak habis-habis berdengki dengan rambut aku. punya susah aku rapikan."

"eleh, tak cantik pun." woorin menarik rambutnya lembut, lalu menjerit perlahan.

"dasar setan."

"eh jaga mulut kau." lelaki tu melepaskan tangan adiknya daripada menarik rambutnya.

"lah, dia takpe pula haritu?"

"bye." wonwoo terus masuk kedalam biliknya. sudah tiba masanya woorin balik, seungcheol dah tunggu dalam kereta.

"bye bang, sayang kau! jaga diri, kita jumpa lagi nanti!" woorin menjerit dari luar. hati si abang terasa sangat berat ingin membiarkan adiknya pergi.

"aku sayang kau juga, rin." walaupun lelaki tu hanya sebut dengan nada yang biasa, woorin mendengarnya dengan jelas.

"haish, dia ni... saja nak buat aku nangis. padahal esok boleh je jumpa lagi. manja betul."

-----

"wonwoo taknak jumpa saya?" seungcheol bertanya kepada woorin, memandang wajah isterinya yang sedih.

"dia... entah, lain kalilah jumpa dia."

seungcheol hanya mengangguk. dia faham perasaan woorin, memang tak sanggup tinggalkan abangnya berseorangan. mereka rapat dari kecil, dan sudah kenal perangai masing-masing.

"oh ye sayang, awak taknak anak ke? bagilah saya satu, kalau awak nak saya nak dua."

"apa awak ni? awal sangatlah sayang."

"apa yang awalnya? kitakan dah kahwin? saya nak lelaki, kalau boleh kembar macam awak dan wonwoo. takdelah sunyi anak kita."

"awak taknak gerak ke? dah seminit kita duduk depan rumah ni. bila nak balik sayang?"

"ye lah, kita balik." seungcheol terus membetulkan gear dan menekan enjin.

"awak marah ke, sayang?" woorin menjenguk memandang wajah suaminya.

"sayang~ janganlah marah saya." maaf ye, pasangan suami isteri ni memang fruity.

"awak~" tangan gatal woorin mendarat di dada seungcheol. butang kemeja atas dibuka satu persatu.

"saya bawa keretalah sayang. alihkan tangan awak."

"saya tahu, sebab tu saya buat macam tu. yang awak nak marah saya ni kenapa? saya bukannya kata yang saya taknak anak."

"bila masa saya marah awak?"

"hishh, macamlah orang tak tahu."

telefon seungcheol berdering, woorin menghulurkannya. call dijawab sambil memandu menuju ke rumah.

"ya saya, kenapa encik kim?"

"bagitahu jelah diorang, kami memang dah berkahwin dah. tak apa, saya ada jadi dia akan okey."

"apa tu? pasal wartawan ke?"

"ye, diorang tertanya-tanya pasal perkahwinan kita berdua. tak apakan kita bagitahu terus?" woorin mengangguk.

sweet husband.
...

woorin tiba-tiba merasa dirinya ingin keluar daripada badannya sendiri. pening bagai nak mati.

"kenapa ni? aku bermimpi ke?"

"rin?" seorang lelaki terlihat dihadapannya, bayang badan yang sememangnya dia kenal.

"won, kau buat apa kat sini?"

"apa? aku memang kat sini dari tadi, kau okey tak? nampak pucat je."

"aku okey je, cuma pening sikit. erm, mana seungcheol? kenapa aku tak balik rumah lagi?"

"apa kau cakap ni senah? rumah la ni, kau yang datang sini. rumah sendiri ada." woorin memandang sekelilingnya, memang benar kata wonwoo.

"jap, kau kata seungcheol eh? choi seungcheol?"

"ye lah, suami aku."

"heh, baru nak mengaku suami ke dik oi? dia datang nanti, katanya syarikat ada masalah jadi dia lewat sikit. kau tunggu je lah."

"dia tak bagitahu aku pun?"

"kau ni nyanyuk ke bodoh? kau yang block dia kan? datang sini dengan perasaan sedih lepastu menangis teresak-esak depan mata aku. rimas tahu?"

"bila? kau kenapa?"

"hmm, penatlah layan kau rin."

"apa kau merepek ni? aku elok je semalam dengan dia, kenapa nak datang sini sambil menangis?"

"hm, sekarang ni. aku nak kau balik, selesaikan sendiri masalah kau dengan suami kau. kau jangan nak datang sini dalam keadaan menangis lagi."

"buat apa aku nak menangis?"

"tanya aku kenapa? mana aku tahu kau nak menangis sebab apa. dia yang manja tanya kita pula."

cold husband.
...

' am i dreaming? '

𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now