04

367 41 32
                                    

woorin duduk disofa ruang tamu seungcheol. hatinya sekarang sedang berbunga. malu dan takut pun ada.

"haih, kenapalah saya tak balik je dari tadi. penat nak hadap muka awak."

"kenapa? bukan ke awak suka tengok saya? yang hensem lagika-"

"dah! saya taknak dengar!- eherm, mana bilik yang awak nak saya tidur? atas sana? sini?"

seungcheol tersenyum, dia mengangguk. tangannya menunjukkan arah bilik tersebut.

"sana, atas sana."

"tapi... macam gelap je nak pergi kat atas sana, sa-saya takut."

"ah, saya teman. jom sayang."

"ha ye, teruskanlah panggil saya sayang. macamlah awak berani, nanti ada jugak calon lain." perli woorin.

"eh eh, greenlight redlight. takpelah, saya teruskan. jom naik sayang, saya penat harini."

"gedik betul."

"dengan awak je, sayang."

"encik! saya dengan encik tak ada apa-apa pun, jadi jaga batas eh. saya layan encik pun hanya sebab saya tengah fikirkan tentang perjanjian tu."

"encik eh? sekali lagi awak panggil encik, siap awak." woorin menjeling daripada tepi, ada hati nak arah orang.

"siap apa encik? hmm?" woorin mendekatkan wajahnya dengan seungcheol. saja nak hilangkan kesabaran lelaki tu.

"i'm warning you, jeon woorin." seungcheol mendekatinya, semakin lama semakin dekat. woorin menyesal, dia hanya membuat muka terkejut.

"garangnya muka awak." woorin memulakan perbualan. dia dah taknak panggil seungcheol, 'encik' lagi dah. dia betul-betul menyesal.

"mesti, dengan awak je." jari seungcheol tangkas mengangkat dagu woorin. kedudukan mereka berdua memang rapat sangat.

"erm, seungcheol... saya ada terfikirkan tentang perjanjian tu. jawapan saya-"

"biar saya dengar lepasni." seungcheol kiss woorin dengan tiba-tiba. woorin nampak terkejut, seungcheol tersenyum.

"awak dah curi first kiss saya, kali ni saya pula yang curi awak punya. seri, kan?"

"saya nak balik." tangan woorin terus ditarik, gadis tu terpusing menghadap seungcheol.

"habiskan apa yang awak nak cakapkan tadi. i need the answer now."

woorin menyeluk masuk tangannya disisi pinggang seungcheol. dia memeluk lelaki tu, belakang badan lelaki tu ditepuk beberapa kali.

"ni mesti sebab dah lama single kan? sampai jadi macam ni. takpelah pakcik, tunjukkan saya bilik sekarang kalau taknak saya balik." woorin sambung menepuk belakang seungcheol.

"budak tak guna, kenapa kau comel sangat." seungcheol menunduk sedikit lalu mengangkat woorin dengan gaya bridal.

"ala, kenapa nak kena angkat? saya ada kakilah."

"sebab saya sayang awak. dah, duduk diam-diam."

sejak dua menjak seungcheol bersama dengan woorin, dia asyik tersenyum. langsung tak marah-marah, dan asyik berada di mood yang baik.

"rumah ni, ada dua bilik je. kat atas tu bilik kosong jadi awak boleh tidur sana. kat bawah bilik saya, kalau awak takut ke apa boleh ketuk pintu."

"kenapa awak tak tidur atas?"

"erm? awak nak saya tidur dengan awak ke?"

"eh bukan! tu bukan maksud saya. kenapa awak tak duduk dekat atas? selalunya kan lelaki suka duduk tingkat atas daripada tingkat bawah."

"ah~ senang untuk saya ambil ubat."

"ubat? awak sakit ke?"

"lebih kuranglah. tapi dulu tak setiap hari, sekarang je selalu jadi." woorin mengangguk walaupun dia tak berapa faham.

"buka kan pintu." seungcheol mengarahnya akibat tangannya sedang sibuk menampung gadis tu.

"dah sampai, awak boleh panggil saya kalau nak apa-apa. kalau nak tidur sekali pun boleh, saya datang."

bahu seungcheol dipukul, woorin terus turun daripada lengan seungcheol.

"ah, ganasnya."

"choi seungcheol ssi, tolong jangan gatal eh."

"ala, mana tahukan jadi betul-betul." woorin menendang seungcheol supaya keluar. dengan cara yang agak sopan ye anak-anak. bukan macam elsa darkweb.

"bye! jumpa tahun depan." pintu ditutup rapat di batang hidung seungcheol.

-----

woorin terjatuh daripada katil apabila terkejut dengar bunyi kilat yang terlalu kuat. dia trauma, sejak hari dia kehilangan ayahnya.

"aduhh, kaki aku."

woorin mengeluh, kakinya sakit dan dia ada trauma dengan hujan dan kilat.

"mana mamat ni? takkan tak dengar aku jatuh? ceh, selalu caring je dengan aku."

woorin bangun perlahan-lahan lalu menuju ke pintu, pintu dibuka lalu menuruni tangga. dia agak tak selesa, dengan baju yang agak ketat.

dia jumpa baju ni dalam almari bilik tu jadi dia pakai sementara tunggu esok pagi.

"seungcheol ssi."

"ya? woorin, kenapa ni? okey tak?"

dengar sahaja sahutan daripada seungcheol, terus dia menitiskan air mata.

"kenapa menangis ni, sayang? ada apa-apa jadi ke? ke ada hantu dalam bilik atas tu?"

guruh berbunyi lagi, badan seungcheol menjadi tempat dia berpaut dan redakan ketakutan. lelaki tu terkaku, agak terkejut dengan tindakan gadis kecil tu.

"ayah... woorin m-minta maaf. semua salah woorin... biarkan ayah pergi macam tu saja."

"woorin ssi." seungcheol risau, dan dia hanya membiarkan woorin memeluknya. woorin dipeluk kembali dan kepalanya diusap lembut.

"takpa, nangislah. saya ada kat sini."

"seungcheol ssi?"

"ya sayang?"

"ah, m-maafkan saya. saya tak sedar saya peluk awak. nasib awaklah jadi mangsa macam abang saya." dia malu, tapi dia cover.

"mangsa kena peluk? untung abang awak, mesti dia dapat butterfly."

"ihh, melebih pula."

"ye la, yang dia peluk kita tadi tak melebih pulak."

"eh, t-tadi kan saya dah bagitahu yang saya tak sengaja! awak dah kenapa?!"

"ye sayang, saya dengar. janganlah menjerit, nanti saya sakit awak juga yang susah."

seungcheol senyap-senyap menutup lehernya dengan bajunya. lehernya sudah kemerah-merahan, urat darah juga mudah dilihat.

"seungcheol, awak okey?"

"tak, saya tak okey." seungcheol tak menipu, dia memang tak okey sekarang.

𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now