09

253 29 12
                                    

sebaik sahaja seungcheol sampai dirumah, dia terus membuka pintu dan menuju ke bilik woorin. dia tahu yang isterinya akan mengelak dan menyorok darinya.

tanpa mengetuk pintu, seungcheol terus merempuh masuk ke dalam bilik.

"seungcheol." wajah dingin seungcheol ditayang kepada isterinya. lelaki tu menarik tangan isterinya kasar kedalam pelukannya.

woorin dipeluk erat oleh lelaki yang tersayang. dia hanya boleh mengalirkan air matanya, walaupun dia tak faham dengan situasi sekarang.

"kita balik, jangan jadi lemah sangat sampai nak lari rumah. dia bukannya boleh buat apa-apa dekat awak."

"apa awak cakap? dia tak boleh buat apa-apa? habistu yang saya gugur haritu, bukan apa-apa lah?"

"bukan tu maksud saya."

"lepaskan saya."

"awak nak ke ayah awak tengok awak macam ni? suka buat dia sedih lagi?"

"seungcheol, jangan guna nama ayah lagi untuk pujuk saya. saya tak suka."

"tapi awak setuju dengan saya kan?" lama woorin berdiam diri, lalu mengangguk.

"jom balik. jangan biarkan maruah awak dipandang rendah macam sebelum ni."

"hm? faham tak apa saya cakap?" lelaki tu bertanya dengan wajah dinginnya lagi. woorin mengangguk, lalu melepaskan pelukan.

...

woorin dan seungcheol memasuki rumah mereka. seorang perempuan tua menerjah menegur mereka. seungcheol memegang erat tangan woorin.

"wah wah wah, dah balik ke perempuan murahan?"

"jaga mulut mak, seungcheol tak suka peragai mak macam ni. kalau ayah ada lagi sekarang ni pasti dah lama mak kena hantar dirumah warga emas."

"lah seungcheol, selalunya kamu biarkan je isteri murahan kamu kena dengan mak. ni nak marah dah kenapa? kamu berlakon je kan?"

"seungcheol tahu yang mak tolak dia waktu mengandungkan? tak sangka mak macam ni."

"k-kamu tahu? seungcheol, b-bukan mak yang tolak dia. dia yang jatuh sendiri dan salahkan mak."

"jangan tipulah mak! buktinya ada dalam ni." telefonnya diangkat dan ditunjukkan kepada ibunya.

"sekarang, seungcheol nak mak pergi balik rumah dan jangan datang lagi. duduk diam-diam kalau taknak meringkuk dalam penjara warga emas."

"seungcheol, tak baikla." woorin menarik baju suaminya yang dingin tu. lelaki tu tengah marah, tapi dia tak patut cakap macam tu pada ibunya sendiri.

"awak pergi naik, rehatkan diri." woorin membantah.

"taknak, saya bukannya sakit." seungcheol memandangnya dengan mata yang tajam.

"pergi naik." tegas lelaki tu, woorin hanya mengeluh dan menurut apa yang disuruhnya.

"mak pergi balik. seungcheol taknak tengok mak kacau woorin lagi, pandang pun jangan." ibunya merengus kasar lalu berjalan keluar daripada rumah.

seungcheol menarik tali lehernya supaya longgar dan membuang kot hitamnya. dia menaiki tangga dan masuk kedalam bilik.

"seungcheol, awak okey?" woorin mengambil kot dan tali leher seungcheol. lelaki tu hanya berdiri dihadapan memandangnya.

"mak macam mana? awak tak patut biarkan dia balik sendirian. dan tolong jangan biadap dengan dia."

"dia mak awak, lain kali cakap baik-baik sikit." seungcheol menarik dagu woorin kasar.

"awak lupa apa yang dia buat dekat awak? dia gugurkan anak kita! macam mana saya nak layan dia macam mak sendiri?"

"seungcheol, awak patut maafkan dia. dia mak awak, dan dia yang lahirkan awak."

"tolong jangan nak merepek." seungcheol membalas. dia menolak woorin kasar sehingga jatuh diatas katil. tuala yang disangkut diambil dan pintu tandas dibuka.

"panas baran betul dia ni, patut mak tak sayang dia."

"saya dengar, jeon woorin."

"memang nak suruh dengar."

-----

"kau tak layaklah masuk jadi keluarga aku! berambus, jangan sibuk datang hadap muka aku, aku takkan restu hubungan kau dengan anak aku."

"saya ingin berkahwin dengan anak puan hanya kerana kehendak suami puan, tuan choi. itu apa yang dia nak saya lakukan sebelum dia meninggal dunia."

"aku takkan restu."

"saya hanya ingin memenuhi kehendak tuan choi, saya takkan buat benda lain selain tinggal serumah."

"seungcheol setuju, kami akan berkahwin walaupun mak tak restu. kami boleh kahwin sendiri, tak perlu ada mak."

"kamu jangan biadap seungcheol."

"kalau taknak seungcheol biadap, restukan hubungan kami berdua."

...

"saya buat semua ni, hanya kerana kehendak ayah. awak pun tahukan? jangan nak ambil kesempatan." woorin menjelingnya.

"tahulah, ingat saya bodoh ke?"

"memang awak bodoh, sanggup korbankan diri untuk berkahwin dengan lelaki yang awak tak sayang dan kenal hanya kerana kehendak seseorang? cehh, pastu kata diri sendiri tak bodoh."

"eh mamat ni, suka pula mengata orang. dia pun sama, sanggup biadap dengan ibu sendiri hanya sebab nak dapat restu dengan perkahwinan yang tak dijangka ni."

...

"saya mengandung, anak awak."

"apa? macam mana? kita tidur pun tak sekalilah."

"mungkin sebab suka bergaduh. tersampai pula dekat saya, kita tak tahu apa nak jadi."

"jangan merepek jeon woorin. jaga anak kita elok-elok, mungkin ini boleh membuatkan mak restu hubungan kita. kalau dia restu, kita hidup tenang."

"saya takut."

"takkan ada apa yang terjadi kalau awak jaga diri awak, semuanya akan okey." lelaki tu menarik gadis tu ke dalam pelukannya, walaupun tanpa rasa sayang.

' akan ku tetap berdingin dengan mu, walaupun ku sayang pada mu. '

...

"kau mengandungkan anak lelaki lain kan? kau ingat aku tak tahu?"

"mak, apa yang mak cakapkan ni?"

"oh seungcheol, kamu pun mesti kena tipukan? perempuan ni, mengandungkan anak orang lain. anak tu bukan anak kamu pun."

"seungcheol, jangan tertipu. ni memang anak kita, saya takkan pernah keluar dengan lelaki lain."

"seungcheol tak pernah tengok woorin keluar rumah. mak tak perlu tuduh bukan-bukan."

seungcheol menarik woorin memasuki bilik, ibunya ditinggalkan dibelakang.

"betul ni? awak tak tipu saya kan, woorin?" seungcheol kelihatan marah, tetapi dia tahan kemarahannya.

"saya tak kesah apa orang nak kata, tapi saya kenal diri saya sendiri. saya takkan pernah berniat pun nak curang. takkan sesekali."

seungcheol mengangguk.

"baguslah, saya harap awak betul."

𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now