10

244 30 8
                                    

"jadi selama ni, aku hanya bermimpi?" woorin mengeluh lalu merenung keluar tingkap menikmati permandangan.

"hm." woorin tersenyum seorang diri.

dia nakkan seungcheol yang berada didalam mimpinya, seungcheol yang sekarang agak dingin dengannya dari dulu lagi.

"kalaulah betul aku ada suami macam dia kan bagus, perut penuh dengan rama-rama je setiap hari."

"apa awak merepek ni?" seungcheol mendekatinya kemudian duduk di katil sebelahnya.

"takde apa, hanya berangan nak hidup bahagia." seungcheol memandangnya dengan wajah yang tiada perasaan. mungkin lelaki tu faham dan tidak faham.

"semalam mimpi apa? asyik panggil nama saya je?" woorin terus memandang si suami.

"saya? mimpi apa? takdelah—" woorin diam tidak bergerak. lelaki tu betul-betul berada dihadapannya rapat. seungcheol mengucupnya dibibir lama.

woorin menolak seungcheol kebelakang. ciumannya dihentikan, seungcheol memandangnya marah. lelaki tu terlepas peluangnya.

"a-apa awak buat ni?" woorin menyentuh bibirnya terkejut dengan kelakuan seungcheol.

"bukan ke ni yang awak nak?" kata seungcheol sebelum keluar daripada bilik. woorin masih lagi tidak bergerak, terfikirkan kata-kata terakhir suaminya.

"pelik."

heh, rama-rama nak terbang ke tu kak.

-----

"mak! tolong, anak woorin." puan choi menggelabah, dia tidak sengaja menolak menantunya sehingga jatuh bergolek ditangga rumah.

"woorin." itu pertama kali puan choi menyebut nama menantunya. selalunya hanya disebut 'perempuan murahan' dan 'perempuan tak guna'.

"perut woorin sakit mak." adu woorin kepada puan choi, wanita tua tu langsung tak menolongnya dan hanya berlalu pergi.

woorin hanya boleh mengesot dan menyandar di dinding, banyak darah yang keluar. woorin tak boleh buat apa selain menunggu seungcheol balik rumah.

...

"awak dah sedar?" woorin hanya mengangguk, matanya bergerak mencari anaknya.

"saya dah bagitahu kan supaya jaga diri elok-elok? haihh, tak perlu cari. awak gugur." woorin hanya diam menitiskan air matanya.

"mak mana?"

"dia ada dekat rumah. kenapa?"

"takdelah, cuma tertanya-tanya jika dia datang atau tak. awak faham-fahamlah, sayakan gugur."

"tak perlu risau, pasti dia menyesal layan awak sebelum ni. awak patut rehat, jangan banyak fikirkan benda lain selain diri sendiri."

"ye, awak baliklah. mesti awak penatkan?"

suaminya baru saja balik dari kerja dan terlihat isterinya tersandar didinding dengan darah yang mengalir. tidak sempat untuk berehat.

"tak apa, saya boleh stay sini."

"esok awak kerja—"

"diam, saya taknak ulang." seungcheol bangun daripada duduk diatas katil disisi woorin dan membuang kotnya.

woorin menyentuh tangan suaminya dan menarik rapat supaya dia mendekat. butang baju dipergelangan tangan seungcheol dibuka dan dilipat.

"saya boleh buat sendiri."

"biarlah, saya isteri awak. takkan nak tengok je." seungcheol mengangguk dengan wajah mendatar.

"hm." si suami menghulurkan kedua belah tangannya kepada si isteri.

...

"hei perempuan, sanggup kau jatuhkan diri sendiri depan aku saja nak memfitnah aku? nak anak aku benci dengan aku? wah, sunggup menakjubkan."

"mak, apa yang mak cakapkan ni?" woorin mendekati ibu mertuanya. sanggup dia menipu didepan anaknya.

woorin memandang seungcheol yang dari tadi merenungnya tajam apabila mendengar perbualan mereka. woorin menggeleng ke arah seungcheol.

"bukan macam tu seungcheol..."

seungcheol hanya diam tidak membalas lalu berjalan memasuki bilik. woorin mengejarnya daripada berterusan dengan salah faham.

"seungcheol, bukan macam tu." sebelum suaminya memasuki bilik, dia sempat memaut lengannya tetapi dia ditepis dan terundur kebelakang.

pintu dikunci.

"baguslah, tidur kau kat luar." puan choi tersenyum sebelum menuju ke biliknya.

"kenapa semua ni terjadi dekat aku? mungkin salah aku sebab sanggup kahwini dia hanya kerana kehendak seseorang yang aku sangat terhutang budi."

"tapi kenapa perlu bernasib malang? dan tidak bernasib baik?" woorin berjalan menuju ke sofa diruang tamu. dia terpaksa tidur disofa malam ni.

...

seungcheol keluar dari bilik, ingin ke dapur hilangkan dahaga. dia ternampak yang woorin terbaring di sofa, si suami mendekati si isteri.

"woorin, bangun tidur dalam bilik." seungcheol menepuk pipi gadis tu beberapa kali dengan perlahan. sudah memadai untuk mengejutkannya.

"woorin, bangunlah." lembut saja suaranya apabila mengejutkan woorin, dia malas nak berkasar. rasa kesian didahului.

"hm, seungcheol?" woorin bangun menyandar disofa. seungcheol mengangguk, lalu duduk disebelah woorin.

"maafkan saya, jom masuk bilik." seungcheol memaut bahu woorin, woorin mengeraskan badannya dan tidak bergerak.

"kenapa?" woorin memandang wajah suaminya lama. woorin menyeluk tangannya masuk ke sisi lengan seungcheol. seungcheol memandangnya pelik.

dia sudah lama nak memeluk seungcheol dengan usahanya sendiri, taknak lelaki tu yang memulakannya. seungcheol hanya membiarkan woorin memeluknya.

"woorin, saya dahaga." woorin tetap tidak bergerak ataupun melepaskan pelukannya, walaupun seungcheol menolaknya.

"saya nak pergi dapurlah awak. awak tidur ke?"

seungcheol ketawa kecil apabila tahu yang isterinya sudah terlelap.

' kali pertama ku dengar mu ketawa. walaupun sekejap, ianya bermakna bagi ku. '

𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now