12

347 33 3
                                    

ramai tetamu atasan dijemput menghadiri majlis di dalam dewan disyarikat seungcheol, termasuk isterinya woorin.

"dah sedia nak keluar?" seungcheol memandangnya, woorin hanya mengangguk.

huluran tangan seungcheol disambut dan mereka mula menuruni tangga, para jemputan menepuk tangan mereka memeriahkan majlis.

"cantiknya isteri ceo choi, patutlah kahwin senyap-senyap. taknak pekerja pengsan." kata pekerja seungcheol, soonyoung.

bahu soonyoung ditampar oleh seorang, kawannya joshua. lelaki tu membisik kepada soonyoung.

"kau jangan melebih, ni majlis orang." soonyoung mencebik manja.

"alaa, hyung. jangan marah soonyoung." joshua menjelingnya bergurau, wajah mamat tu memang menunjukkan yang dia menyampah.

sejam kemudian.

woorin mengetuk pintu pejabat seungcheol, suaminya sedang membuat kerja. seungcheol senyum tanpa memandang wajah isterinya.

"tak pandang pun, tapi tahu saya yang datang." seungcheol menjenguk ke arahnya sekejap, cermin mata dibuang dan diletakkan di atas meja.

"siapa je tak kenal isteri sendiri? tak tengok pun boleh rasalah aura awak." woorin tersenyum mendengar jawapannya. mengarut.

"ye lah, sayang. saya tak faham pun awak cakap apa." woorin membalas kemudian menuju kebelakang kerusi seungcheol, bahunya diurut.

"majlis tak habis lagi awak dah masuk pejabat eh, kenapa rajin sangat sayang saya ni buat kerja? baru je nak ajak balik dan rehat."

"saya terpaksa, sayang. projek ni diperlukan segera, saya tak boleh buat apa. sebelum ni tak sempat buat." woorin mengangguk, tangannya terus menggatal melilit leher seungcheol.

"mesti awak penatkan? tak apa, biar saya bagi awak tenaga." seungcheol berpaling memandangnya dengan wajah tak faham.

"hadiah awak." woorin terus mengucup bibir seungcheol sekali kemudian berlari menuju ke sofa. suaminya tersenyum sendirian akibat terkejut + blushing.

"sayang ni... eheh, sengaja je kan?" seungcheol menyentuh bibirnya. seungcheol bangun dari duduk dan terus mendekati woorin.

"saya mengantuk, nak tidur." kata seungcheol dengan perangai mengada. woorin menepuk pahanya perlahan, menyuruh lelaki tu meletakkan kepalanya dan melelapkan mata.

"elele, kenapa baik sangat ni?" seungcheol baring disofa dan kepalanya berada di atas paha woorin.

"lah, bukan ke saya memang baik eh?"

...

"choi seungcheol... hah, aku dah agak." pintu diketuk dan dimasuki kawan sekerja seungcheol yang paling rapat, jeonghan. lelaki tu terdiam apabila ternampak kawannya sedang tidur.

lagi-lagi apabila bersama dengan woorin. seungcheol terlelap dipaha woorin dan woorin tersandar disofa.

"menyesal aku masuk." ye, yoon jeonghan single. dia terus berdehem dan keluar daripada pejabat seungcheol, dia memang betul-betul menyesal.

seungcheol terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi pintu ditutup. sebaik sahaja dia membuka mata, dia tersenyum melihat wajah isterinya sedang tidur.

"cantik... walaupun tengah tidur." rambut woorin digosok perlahan tidak ingin mengacaunya tidur.

"tapi, siapa yang masuk tadi?" lamunannya terhenti apabila terdengar telefonnya berdering.

"mak, kenapa telefon?" senyuman diwajah seungcheol mati apabila dapat tahu yang ibunya kemalangan.

-----

🎉 You've finished reading 𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹 🎉
𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now