07

310 34 12
                                    

"rin, bakal suami kau panggil." wonwoo menunjukkan arah seungcheol berada lalu beredar dari pameran.

"jadi macam mana, sayang? suka tak?" woorin senyum, seungcheol dipeluk erat.

"suka sangat, terima kasih." seungcheol membalas pelukan hangat woorin.

memandangkan woorin suka akan lukisan, seungcheol membawanya ke pameran. pameran tu juga milik seungcheol yang telah diberikan kepada woorin.

"kalau suka, bila kita nak kahwin?" seungcheol tersenyum manja, mengusik si woorin dihadapannya.

"entah, tanya wonwoo." woorin berlari meninggalkannya dibelakang. leka berlari dia terlanggar seorang lelaki berimej pelawat.

"maafkan saya, tak sengaja."

"oh, tak apa. saya yang cuai."

seungcheol datang berdiri disebelah woorin, walaupun dia tahu lelaki tu pelawat dia tetap perlu berjaga-jaga.

"sayang, okey ke?"

"saya okey je."

"maafkan saya, dia berlari tadi disebabkan saya." seungcheol menunduk meminta maaf.

"takdelah, saya pun tak perasan dia datang."

...

"memandangkan kedua-dua pengantin kita sudah berada dipentas, apa kata kita teruskan dengan sesi seterusnya?"

"pengantin lelaki boleh kiss pengantin perempuan." dasar wonwoo, memang nak sangat adiknya kahwin. katanya malas jaga.

"dasar abang tak guna." bisik woorin.

"aip, apa ni marah-marah? kita baru je kahwin." seungcheol mengangkat dagu woorin, kemudian bibir mereka bercantum.

"berikan tepukan!" wonwoo ni lebih-lebih betul. tetamu menepuk tangan dan bersorak kepada mereka berdua.

"sayang awak." sempat seungcheol berkata sambil memegang tangan woorin. gadis tu hanya senyap.

"tak sayang saya ke?" seungcheol mencebik.

"ya, sayang awak juga." woorin tersenyum malu. lelaki tu tak pernah nak serius.

...

"sayang, awak taknak bagitahu penyakit awak dekat saya? takkan taknak saya tahu."

"penyakit kulit je, saya alah dengan baju berbulu. saya rasa lemas tak boleh bernafas dan mungkin akan pengsan. entahla kenapa boleh seteruk tu."

"walaupun tu penyakit kulit."

"tapi baju semua berbulu, takde pun yang diperbuat daripada besi."

"awak ni kan sayang, saya cakap benda betul tau. sesetengah baju je, jangan lembab sangat."

"ha, mengata kita."

"dah, pergi tidur." seungcheol menolak woorin lembut ke katil. woorin berpusing menghadapnya.

"taknak, tak mengantuk." woorin terus memeluk seungcheol, dia nak luangkan masa bersama suaminya.

"habistu nak buat apa sayang?"

"baring."

"lah, sama je. baring lama-lama nanti tertidur juga. jomlah, sayang. saya penat." seungcheol menarik woorin supaya baring dikatil.

tangan lelaki tu melingkari pinggang ramping isterinya, sambil baring menghadap kipas.

"susahlah nak beli baju untuk awak nanti. alahan pula pada bulu, saya manalah pandai beza."

"tak apa, jangan fikirkan tentang tu. sayang boleh beli benda lain kan?" woorin mengangguk.

"esok awak kerja ke?"

"tak, saya kerja dari rumah je. takkan first day kita kahwin dah nak kerja."

"mana tahu awak sibuk."

"memang saya sibuk, tapi dengan awak saya tak kesah. boleh je buat apa-apa."

-----

"good morning, sayang." seungcheol menglilit tangannya dipinggang woorin yang sedang memasak didapur.

"morning too, sayang. dah gosok gigi belum? dah basuh muka?"

"udah, saya bukan budak kecil pun."

"tapi awak kecil bagi saya. manja." seungcheol senyum, tangannya tak berganjak.

bende kau, choi seungcheol tu besar macam gajah kau kata kecil? manja? lah, pelik.

"pergilah mandi dulu, saya nak siapkan sarapan. susah kalau awak ada dekat sini, rasa terganggu."

"lah, macam tu pun boleh?"

"hahah, taklah. saya gurau je. pergilah mandi, lepas tu turun makan."

"okey, sayang. nak morning kiss?" seungcheol memejamkan matanya disebelah woorin.

"mengada." bibirnya dikucup sekali, dan dipipi sekali. kemudian woorin menendangnya supaya ke bilik air.

takdelah gurau je.

...

"sayang, buat apa?" woorin masuk ke dalam bilik dan terlihat seungcheol terlelap di meja kerjanya. suaminya penat menguruskan syarikat.

"seungcheol ssi. kenapa tidur sini, badan sakit nanti macam mana? bangunlah, tidur atas katil." woorin mendekati seungcheol.

lelaki tu sedang bersandar pada kerusi.

"awak." seungcheol memang sudah tidur.

woorin melangkah di bahagian kaki seungcheol kemudian duduk di atas paha seungcheol.

"awak, saya lapar perhatian ni. janganlah tidur atas kerusi, badan awak sakit nanti."

pinggang suaminya dililit, seungcheol tersedar daripada tidur dan terus melilit pinggang woorin kembali.

senyuman manis ditujukan kepada woorin.

"buat apa?"

"usik awak. kenapa tidur atas kerusi?"

"tertidur masa buat kerja tadi. awak dah siap masak?" seungcheol bermain dengan rambut woorin.

"ya, dah siap. kalau awak nak sambung tidur, saya simpan dulu makanan."

"ah, saya lapar. jom makan."

"hmm, jom. awak turun dulu saya nak ke tandas kejap." woorin bangun daripada duduk dipaha seungcheol dan terus ke tandas.

𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now