05

330 40 11
                                    

"awak kenapa ni, bangunlah seungcheol." seungcheol jatuh ke dalam pelukan woorin.

woorin menepuk bahunya beberapa kali tetapi dia tetap tak sedarkan diri. lelaki tu berat jadi dia sandarkannya di dinding.

"tak, tak boleh macam ni. kita kena pergi hospital." woorin baru sahaja bangun tetapi tangannya ditarik.

"seungcheol?"

"t-tak perlu ke hospital... dan jangan call ncik kim." gadis tu mendegil.

woorin menyelak sedikit baju yang menutupi poket seluar seungcheol, telefon diambil dan nombor encik kim di dail.

"en-encik kim! seungcheol—" telefon dirampas, seungcheol tutup telefonnya.

"woorin, saya dah kata jangan." woorin memukul dada seungcheol.

"ah, sakit."

"awak jangan degil. macam mana kalau ada apa-apa yang terjadi dekat awak? bagi balik telefon awak."

"tak perlu, awak hanya perlu ambilkan ubat untuk saya. saya akan okey selepas makan ubat tu."

"d-dekat mana?" cemas woorin. seungcheol menunjukkan arah ubatnya. tanpa membuang masa, woorin terus pergi mengambilnya.

"berapa biji?"

"satu je sayang."

"nak air?" tanya woorin lagi. seungcheol menggelengkan kepalanya.

"tak perlu, saya boleh telan macam tu je."

"jangan tercekik."

"ye sayang." senyuman manis ditujukan kepada woorin. seungcheol suka bila woorin layan dia macam suami macam ni.

-----

woorin membelakangi pintu bilik seungcheol. telefonnya diambil dan menghubungi abangnya. dia tahu yang abangnya pasti risau.

"won, tengah tidur?"

"kau ke mana ha senah! asal tak balik lagi? kau tahu tak aku risau?"

"ala, sorry won. aku dekat rumah seungcheol, dia sakit. hehe, esok aku balik."

"seungcheol? choi seungcheol? macam mana kau ke sana?"

"tadi dah lewat sangat, dia kata dia penat nak hantar aku balik jadi dia suruh aku stay rumah dia malam ni. pastu tiba-tiba pula dia sakit."

"lain kali bagitahu awal-awal tau. aku sebat kau nanti..."

"ye lah won. adik kau ni busy, kena jaga bakal suami jadi bye. jumpa esok won, sayang kau."

"b-bakal suami?! weh, rin!"

talian ditutup, dia saja je gelar seungcheol sebagai bakal suami. dah lama tak dengar suara abangnya apabila gelabah.

"buat apa tu? bakal suami awak ni tengah sakit tau?"

"awak! s-sejak bila awak ada belakang saya ni?"

"sejak tadi." seungcheol memandang mata woorin lama, senyumannya tak hilang dibibir.

"awak... dah okey?"

"hm, belum. dada saya sakit lagi. tangan awak kuat sangat tahu tak?" woorin mengangguk.

"memang tangan saya kuat pun, yang awak degil dah kenapa? padan muka." bahu seungcheol dia tepuk beberapa kali.

"nak pergi mana?" seungcheol memandang woorin berjalan naik ke tingkat atas.

"tidur." gadis tu berhenti melihatnya.

"dengan sayalah."

"okey."

"wait. betul ni?"

"ya, sebab awak sakit jadi saya kena jaga awak. saya tidur kat sofa, kalau awak nak apa-apa bagitahu saya. saya boleh ambilkan untuk awak."

"apalah dia ni, baik betul." woorin menjelingnya.

"dah tu? awak nak saya jadi jahat? meh sini nak pukul lagi. biar lebam banyak-banyak."

woorin mendekati seungcheol, acah-acah nak pukul. tiba-tiba saja woorin tersadung lalu terpeluk seungcheol.

"lain kali hati-hati ye sayang?"

"taknak."

seungcheol memeluknya kembali dengan erat, pelukannya memang sangat erat. woorin diangkat oleh seungcheol dan dia dibawa ke katil.

"awak tidur sini, biar saya tidur kat sofa."

"hm? tapi kenapa? awak sakitlah choi seungcheol."

"saya lagi sakit bila awak tidur kat sofa tau. saya tak sampai hati tengok buah hati saya tidur kat sofa."

"tak perlulah sampai macam tu. awak tidur je lah atas katil. biar saya tidur kat sofa."

"hmm, arasseo." woorin senyum lalu mendekati seungcheol. dia menolak seungcheol supaya baring di katil.

selesai saja seungcheol baring, woorin pula ditariknya supaya jatuh dan dipeluknya. mereka berdua berada di atas katil yang sama. posisi mereka bersebelahan.

"hai sayang." tangan seungcheol melilit pinggang woorin.

"choi seungcheol..."

"awak yang degil, jadi jangan salahkan saya."

hujan kembali turun dengan lebat. guruh berbunyi sekali lagi, woorin turut memeluk seungcheol. kepalanya hilang dengan sekelip mata, dia sembunyikan wajahnya di dada seungcheol.

"awak... tak tahan guruh dan kilat kan?"

"hmm." jawab woorin cemas.

"tak apa, saya ada. jadikan saya orang yang pertama boleh tenangkan awak. awak boleh buat apa saja dengan badan saya sama ada peluk atau apa-apa saja."

"seungcheol..."

"awak kan sakit? saya akan selalu ada dengan awak. tapi kalau saya takde dan awak sakit, tolong hubungi saya."

"awak tengah melamar saya ke ni, seungcheol?"

seungcheol hanya membiarkan pertanyaan woorin dengan senyuman dibibir. dia memeluk erat woorin dan memejamkan matanya.

tak lupa juga yang dia menutupi telinga woorin supaya tak terkejut dengan guruh dan kilat. woorin hanya mengekalkan posisinya sama macam tadi.

"goodnight, sayang."

"ye, awak pun."

...

wonwoo mencebik lalu beredar daripada pejabat kawannya, kim mingyu. mingyu menghalaunya keluar akibat dia suka mengacaunya membuat kerja.

"mamat kerek, kacau sikit pun dah halau. sanggup betul dia halau aku yang lagi tua dari dia."

"hyung!"

"yow, kim mingyu. kau nak apa lagi? kalau rasa bersalah baik tak payah, pergi buat kerja. laporan tu aku nak esok."

"bukan pasal kerjalah! pertama, hyung tertinggal telefon hyung. kedua, tengok ni. ni bukan ke woorin nuna, kembar hyung?"

"hmm, senah ni mesti masuk berita lagi."

"hyung tak kesah? kembar sendiri ada dating scandal dengan ceo?"

"bukan tak kesah, tapi diorang dah bertunang. dahla, blah. aku nak masuk pejabat." mingyu menutup mulutnya, terkejut.

"hyung, betul ke!?"

"tak pasti."

"wahh, tapikan. woorin nuna dengan mamat tu memang secocok. sesuai gila kalau ditengokkan."

"aku tahu."

𝗺𝘆 𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 & 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 , 𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴𝗰𝗵𝗲𝗼𝗹Where stories live. Discover now