Chapter 10

1K 115 46
                                    


Di akademik M.A.T.A...

Semua ejen sudah berkumpul di bilik mesyuarat.

"Ok harini saya akan pilih beberapa orang untuk sertai misi...",Geetha mengeluarkan fail dari dalam begnya lalu diberikan kepada Ejen Leon.

Fail tersebut dibuka lalu beberapa nama disebut.

"Rudy... Alicia dan Ali akan sertai misi ini..",kata Leon.

Rudy berdesis kasar apabila mendengar nama Ali. Boboiboy hanya duduk di tempatnya dan mendengar apa yang disampaikan oleh Leon.

Mukanya kelihatan risau. Mungkin semua nih dari kejadian malam semalam.

Malam semalam di rumah Boboiboy...

Boboiboy sedang sibuk menonton tv sambil makan makanan ringan.

Telifonnya berbunyi lalu panggilan diangkat.

B: hello Fang ada apa call aku?

F: weh aku nak bagitahu sejak dua hari nih pulau rintis diserang penjahat dari luar angkasa.

B: eh!? Jadi korang ok tak?

F: kami ok aku dan abang aku dah kalahkan semua penjahat tuh...tapi diorang ada sebut nama kau masa kami berlawan.

B: maksud kau?

F: aku nak kau berhati-hati...macam ada sesuatu yang Rey cuba lakukan.

B: b-baik...kau pun kena berhati-hati...kalau perlukan bantuan call je aku terus.

F: baik! Aku kena pergi...bye Boboiboy.

B: ok bye.

Panggilan dimatikan. Boboiboy mula tidak sedap hati kerana suara Fang kedengaran pelik baginya.

Rasa seperti nada suara orang merayu meminta tolong.

Tapi kenapa? Kenapa dia rasa begitu? Adakah sesuatu yang terjadi?

Boboiboy membuang semua fikiran negatifnya. Dia cuba berfikiran positif.

"Fuh..positif Boboiboy.."

Kembali ke masa sekarang...

Fokus Boboiboy mula hilang. Dia terlihat tidak selesa di dalam bilik mesyuarat.

Selepas sejam barulah mesyuarat habis.

Ali berjalan kearah Boboiboy dengan muka cemberut.

"Ha asal nih?", Boboiboy mengangkat keningnya memandang Ali.

"Aku kena buat misi dengan Rudy...aku takut kalau ada buat salah dalam misi nanti...",kata Ali dengan nada perlahan.

"Aku yakin kau boleh buat yang terbaik! Jadi bersemangat ok tunjukkan dekat diorang kau boleh jadi ejen terbaik!",balas Boboiboy dengan senyuman manis terukir di wajahnya.

Ali mengangguk laju lalu dia berlari kearah Alicia untuk pergi misi.

Boboiboy terus meninggalkan bilik mesyuarat dan dia terus pulang ke rumahnya.

Hatinya tidak tenang. Dia mahukan masa bersendirian.

....

Di misi Ali...

Rudy langsung tidak memberi kerjasama dengan Ali. Hanya Alicia yang membantu Ali.

"Kau abaikan je si Rudy tuh...",Alicia memasang muka datar.

Ali hanya tersenyum paksa.

Tiba-tiba tempat yang diduduki mereka bergegar kuat dan muncul bekas ejen iaitu Rizwan yang dikatakan pembelot M.A.T.A.

"Apa kau buat dekat sini dasar pembelot!!",tengking Rudy menahan marah.

"Heh. Serang!"

Muncul Dos dan Trez yang mula menyerang mereka berdua.

Ali berhadapan dengan Rizwan.

"Apa kau buat disini..",Ali langsung tidak senyum. Mukanya terlihat dingin.

"Serahkan fail yang kau pegang tuh.",arah Rizwan.

Tanpa jawapan Ali terus menyerang Rizwan. Fail yang dipegangnya tadi di simpan di dalam bajunya.

Sedang leka mereka berlawan tiba-tiba atap bangunan tersebut runtuh.

Ali!!

Dengan pantas Rizwan menolak Ali ketepi lalu atap tersebut jatuh diatas kakinya.

"K-kenapa.."

"Kau masih muda..",Rizwan tersenyum kearah Ali.

Ali terus bangun dari duduknya lalu cuba menolong Rizwan keluar dari runtuhan tersebut.

"Kau patut pergi! Kau tak patut selamatkan pembelot seperti aku!",marah Rizwan terkejut dengan tindakan Ali.

"Jadi kau pun tak patut selamatkan aku orang yang cuba musnahkan kau!",bentak Ali.

H-hiyagh!!

Akhirnya Rizwan berjaya keluar dari runtuhan tersebut.

Ali menghembus nafas lega. Dia terduduk kepenatan.

"Apa kau buat Ali! Apahal kau selamatkan pembelot seperti dia!",jerkah Rudy lalu membuka langkah kearah Ali.

Belum sempat Ali menjawab Rizwan lebih cepat merampas fail tersebut dari Ali.

"Ali...kau tak layak dilayan seperti nih...kau patut tinggalkan M.A.T.A...sebab kau akan menyesal suatu hari nanti.",bisik Rizwan di telinga Ali lalu dia terus melarikan diri dengan Dos dan Trez.

Ali terkaku di tempatnya.

"K-kau!! Hancurkan misi! Kau pembelot!",Rudy terus menumbuk Ali.

"Rudy hentikan!!!",jerit Alicia lalu menolak Rudy ketepi.

"Kau nampak apa yang dia dah buat!"

Alicia memandang Ali yang masih diam ditempatnya.

"K-kau...kenapa kau tolong Rizwan? Kenapa?"

Ali memandang Alicia dengan pandangan dingin.

Dia sudah tidak mampu berfikir sekarang. Apa yang dia telah lakukan? Dan apa maksud ejen Rizwan?

"A-aku...

Bersambung..
Vote dan coment 😘

Be The Villains/Hero Again[Complete]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang