Chapter 34

551 69 84
                                    


"Kita dah sampai di bumi.."

Ali terus memandang planet bumi yang sudah ditinggalkan selama 3 tahun.

"Misi kita bermula sekarang."

Mereka berdua mengangguk faham. Kapal angkasa mula mendarat di hutan yang jauh dari bandar.

Nasib kapal angkasa tuh boleh menjadi halimunan jadi takkan ada yang terjumpa kapal mereka bertiga.

"Boleh jumpa ke si Haruto tuh?",soal Fang sambil menggaru lengannya yang digigit nyamuk.

"Aku yakin kita mesti dapat jumpa dia!",dengan semangat Ali menjawab.

"Bagus...berfikiran positif.",Kaizo mengangguk sahaja.

Mereka bertiga pun memulakan perjalanan ke bandar. Jangan risau berita pasal diorang jadi penjahat tuh dah lapuk jadi tiada siapa yang kenal mereka.

Jalan punya jalan akhirnya bandar yang aman damai terserlah di depan mata mereka bertiga.

"Bumi dah banyak berubah...baguslah..",bisik Ali perlahan.

Fang hanya mengeluh kecil.

"Cepatlah kita kena cari dia secepat mungkin supaya Boboiboy se-

Kata-kata Fang terhenti apabila seorang jejaka lelaki tiba-tiba muncul di depannya.

"Boboiboy? Kau sebut nama Boboiboy ke tadi!?",soalnya lalu badan Fang digoncang berkali-kali. Hampir pening dia dibuatnya.

"Si-siapa kau!?"

*****

Ares melihat seluruh bandar tersebut dengan pandangan dingin.

"Mana kau menghilangkan diri? Mana kau Boboiboy.",soalnya sendirian.

Dia makin serabut kerana sudah tahu yang Boboiboy mempunyai kuasa elemental. Ares hampir tidak boleh menerima kenyataan.

Baginya Boboiboy tidak layak dan masih budak mentah.

Krekk...

Pintu bilik dibuka perlahan dari luar. Kelihatan seorang maid membawa sedulang makanan kepadanya.

"Maaf menganggu...saya sudah tanya beberapa orang penduduk adakah diorang tahu di mana Boboiboy berada tetapi mereka juga tidak tahu..",jelas gadis tersebut.

"Ok."

Dulang yang berisi makanan diletakkan di atas meja lalu dia pergi dari situ.

Matanya tekun melihat patung batu yang diukir menjadi Boboiboy.

"Aku tahu kau dah boleh bergabung...kelemahan aku ada pada kau jadi aku akan pastikan kau mati sebelum kau tahu perkara tersebut.",bisik Ares perlahan lalu dia berlalu ke meja yang terhidang makanan.

Kalau kelemahan dia terbongkar memang dia akan mati.

Walaupun dia ialah kelahiran pemusnah alam semesta tapi ada satu kuasa yang mampu hancurkan dia.

"Aku kena cari jalan untuk kalahkan dia sebelum kuasa tuh digunakan."

Tiada siapa tahu satu rahsia yang mampu kalahkan semua elemental.

Kuasa yang takkan dijangka oleh sesiapa pun.

Jikalau Boboiboy melawannya pasti Ares akan menang dengan kemenangan mutlak.

Tapi kalau Boboiboy pandai dia akan mampu ubah 1% kemenangan kepada 100%.

Dan pada saat itu terjadi semuanya akan berakhir.

.....

Di Lake Of Heroes...

Kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk di tepi tasik sambil bercakap sendirian atau lebih tepat alam lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Dah dua hari saya tengok abang selalu pakai baju tuh...abang tak mandi ke?",soalnya dengan muka pelik.

Hampir sahaja budak tuh kena humban dalam tasik.

"Baju nih bergaya apa...lagipun aku nih hantu bukannya boleh mandi..",jawabnya malas.

Budak tersebut tergelak kecil.

"Muka abang kan sebijik macam raja kami kalau tak pakai penutup mata tuh.",katanya sambil menggangguk kepala.

"Pfff... HAHAHAHAH penutup mata pun boleh lahh",tawanya sampai terkeluar air mata.

Terus cemberut muka budak tuh.

"Lupa nak tanya...nama kau apa?",tanyanya lalu memandang budak tersebut.

"Panggil saya Reki!",dengan teruja dia menjawab.

Jejaka tersebut tersenyum melihat telatah Reki.

Akhirnya dia bangun dari duduknya lalu berjalan ke dalam tasik tersebut.

"Abang nak kemana?"

Reki terus bangun dari duduknya.

"Kembali ke tempat abanglah.."

"Nama!...nama abang apa!?"

"Panggil je..abang. HAHAHAHA"

Sekelip mata kelibatnya hilang dari penglihatan.

Reki hanya tersenyum sebelum lengannya tiba-tiba ditarik kasar oleh seorang pengawal.

Argh!

"Bukan ke tuan Ares dah larang semua penduduk untuk bersiar di luar istana?!",tengkingnya sehingga Reki menangis kerana terkejut.

Huwargh!!!

"S-saya cuma melawat tasik nih je hisk...hisk...hisk...",kata Reki cuba menahan sakit pada lengannya.

"Jangan melawan!"

Belum sempat pipi Reki ditampar tiba-tiba tangan pengawal tersebut putus.

Darah terpancut keluar seperti air pancut.

Argh!! Argh!!

Reki memandang tasik lalu dia tersenyum dan terus lari dari situ meninggalkan pengawal yang sedang menahan sakit.

Jejaka yang berada di tasik tersebut tersenyum setan.

"Jangan sampai aku bunuh semua..."

Bersambung...
Vote dan coment😘

Be The Villains/Hero Again[Complete]Where stories live. Discover now