Chapter 25

987 109 150
                                    


Taufan memandang ketua teras yang sudah melutut di depannya.

Seperti seorang hamba memohon simpati dari seorang raja.

"Ahh...maaf. tapi aku tiada sifat simpati sejak hari tu.",senyuman manis tidak lekang dari wajahnya.

Pemilik kuasa angin yang mempunyai sifat riang dan sangat menjaga hati orang lain. Tapi di depan mereka bertiga sekarang hanya ada seorang jejaka yang tidak ikhlas dengan senyumannya bukan seperti dulu.

Gerudi Taufan.

Akar yang melilit ketua teras diketatkan dan mula timbul duri pada akar tersebut.

"Kalau sakit jangan bagitahu sebab takde sapa nak layan.",dengan riang Thorn berkata.

"T-tolong lepaskan kami...kami minta maaf!!",rayu mereka lagi dan lagi.

Gerudi Taufan yang tajam tersebut terus menusuk ke dalam perut mereka bertiga satu persatu.

Blaze duduk di depan mereka bertiga yang sudah tidak bermaya.

"Lain kali...kau patut buatkan Boboiboy berubah jadi Ice. Takdelah korang mati sekejam nih...",kata Blaze lalu muncul api di tangannya.

Ergh...

"Biar aku seksa sikit sebelum aku campak korang bertiga dalam kubur.",katanya lagi.

Bebola api!

TTM hanya melihat tubuh ketua teras terbakar. Bunyi jeritan kesakitan dapat didengari jelas.

Siapa sangka ketua teras langsung tidak dapat menyentuh TTM walaupun sedikit semasa berlawan.

Akar pengikat.

Kaki ketua teras yang sudah rentung tersebut diikat dengan akar menjalar dan diheret oleh Thorn pergi kearah Fang yang baru selesai menggali kubur.

Badan jijik itu dicampak ke dalam kubur.

"Tanam. Nanti mayat diorang busuk.",arah Taufan.

Fang hanya mengangguk lalu membuat kerjanya.

Blaze mengalih pandangan kearah Ali yang sedang melawan ejen muda.

"Nak tolong?"

"Tak perlu...biar dia uruskan."

TTM terus berubah menjadi Boboiboy.

Fuh...

Situasi Ali...

Serangan ejen muda makin bertambah baik.

Agak sukar bagi Ali untuk melawan mereka semua serentak.

Serangan dari atas kiri kanan diberi bertalu-talu.

"Ini je ke kebolehan kau? Lemah!",perli Jet.

"Kau dah lupa? Aku yang selamatkan M.A.T.A sebelum nih.",senyuman sinis terukir.

Sut yang dipakai oleh Ali mula mengeluarkan cahaya berwarna biru.

Semua robot yang menyerangnya tadi terus menyerang ejen muda.

Override mode.

Override mode

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Be The Villains/Hero Again[Complete]Where stories live. Discover now