Chapter 39

421 60 14
                                    


Boboiboy yang berada di dalam bilik yang disediakan oleh Haruto hanya diam membisu. Telinganya mendengar bunyi hujan yang turun membasahi bumi.

Hmm...

Balutan di matanya dibuka lalu kain tersebut digengam erat.

"Apa...tujuan aku hidup?",soal Boboiboy sendirian.

Dia penat nak hadap semuanya. Semangat dalam diri dia sudah hilang.

"Lagipun macam mana aku nak lawan Ares kalau diri sendiri tak dapat dilindungi....haa...aku cuma nak berehat...tapi aku tahu mereka semua perlukan aku."

Tangan diangkat memicit kepalanya yang mula berasa pening memikirkan hal tersebut.

Diri dia pun dijaga oleh orang lain macam mana dia nak jaga keselamatan penduduk di semua planet?

"Aku tahu kau kuat..."

Boboiboy mengangkat kepalanya tetapi dia dapat merasakan kehadiran seseorang.

"Tapi...aku bukan macam dulu lagi..",perlahan Boboiboy berkata.

"Jadi kau nak mengalah? Kau nak biarkan Ares musnahkan alam semesta nih?"

Kain yang digengamnya dicampak ketepi.

"Kau tak faham! Tiada siapa faham! Aku dah cukup menderita. Aku dah terseksa.",bentak Boboiboy melepaskan geram.

"Sebab tuh kau mengalah? Sebab mengalah tuh perkara mudah untuk kau lari dari semua masalah nih?"

"Jangan bergurau!! Mana mungkin mengalah itu perkara mudah! Menurut kau aku tak buat apa-apa selama nih?",nada suara Boboiboy semakin tinggi

Untuk seketika tiada jawapan dari suara tersebut.

"Haa...tinggalkan aku sendirian. Tolong Taufan..",rayu Boboiboy yang cuba menahan air matanya daripada jatuh.

"Hanya disebabkan Solar dah takde kau nak mengalah? Macam mana dengan Elemental yang lain? Mana usaha kau yang selama nih untuk jadi superhero paling kuat di seluruh alam semesta!!! Kau sanggup jadi villains untuk membalas dendam dahulu jadi sekarang?"

Boboiboy mengetap bibir menahan marah yang teramat.

"Aku dah tak percaya yang aku mampu kalahkan Ares...sebab aku tahu se-

Kata-kata Boboiboy terus dipotong keras oleh Taufan.

"Jadi kau tak percayakan dia?!"

Suasana bilik menjadi sunyi sepi seketika. Air mata mengalir laju di pipinya.

"D-dia..."

"Kami dan dia mampu kalahkan Ares.....walaupun yang lain masih dalam keadaan lemah kerana kesan dari kehilangan salah satu elemental...kau masih boleh berlatih untuk kawal kuasa kau"

Hisk...hisk...

Tanganya menutup muka. Tangisan Boboiboy semakin kuat.

Taufan hanya mampu melihat Boboiboy dalam keadaan sebegitu.

"Solar dah takde...aku takkan boleh guna kuasa tuh..."

"Jadi cari kuasa cahaya semula. Dari mana datangnya sumber kuasa tersebut...carinya semula Boboiboy."

Tangisan Boboiboy terus terhenti selepas mendengar kata-kata Taufan.

"Aku yakin kau boleh cari dia semula.."

"A-aku boleh?"

Sekelip mata suara Taufan sudah tidak kedengaran lagi.

Dengan tergesa-gesa Boboiboy turun dari katilnya lalu berusaha untuk pergi ke pintu bilik.

Tanpa sedar dia sudah tertempis gelas kaca yang berada di atas meja.

Bunyi kaca pecah membuatkan Ali terkejut lalu dia berlari naik ke atas dan menuju ke bilik Boboiboy.

Pintu bilik dibuka kasar dari luar.

"Kau ok??"

"Bawa aku jumpa yang lain...ada benda aku nak bincangkan..",pinta Boboiboy.

Tanpa banyak soal Ali terus memimpin Boboiboy keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu di mana rakannya yang lain berada.

Di ruang tamu...

Semua memandang Boboiboy sambil menunggu dia membuka mulut.

Erm...

"Aku nak korang bawa aku ke planet Light...",pinta Boboiboy.

Yang lain terus memandang Kaizo.

"Buat apa?",soal Kaizo inginkan jawapan yang munasabah untuk dia menggunakan kapal angkasa.

"....untuk cari kuasa cahaya...planet Light sumber kuasa tersebut wujud...jadi aku nak pergi sana.",jawab Boboiboy dengan yakin.

"Baiklah kalau itu kehendak kau...aku akan tunaikan.",ujar Kaizo lalu bangun dari duduknya.

"T-terima kasih abang Kaizo..",ucap Boboiboy dengan senyuman yang sudah lama hilang.

Kaizo hanya tersenyum kecil lalu keluar dari rumah untuk pergi ke kapal angkasanya.

"Esok kita pergi ok?",tanya Fang inginkan kepastian.

"Ok!"

Dengar sahaja jawapan Boboiboy yang bersemangat terus membuatkan yang lain gembira.

Sudah lama mereka tidak dapat melihat senyuman tersebut.

Senyuman yang sentiasa menghiasi wajah Boboiboy dahulu.

"Terima kasih Taufan sebab sedarkan aku...",bisik Boboiboy lalu tersenyum.

"Sama-sama master.."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Be The Villains/Hero Again[Complete]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora