Chapter 42

438 56 24
                                    


Tangan Boboiboy dipegang erat oleh Riku menuju ke tempat dimana kuasa cahaya berada atau lebih tepat dimana Solar berada.

Ali dan Haruto mengikuti mereka berdua dari belakang manakala Kaizo dan Fang ada kerja yang perlu dilakukan.

Sampai sahaja di tempat tersebut mereka berdua tergamam kecuali Boboiboy selepas melihat satu glob yang terdapat seorang budak di dalam glob tersebut.

Sampai sahaja di tempat tersebut mereka berdua tergamam kecuali Boboiboy selepas melihat satu glob yang terdapat seorang budak di dalam glob tersebut

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

"Itu adalah pemilik kuasa cahaya yang terakhir iaitu...Solar.",Riku menarik lembut tangan Boboiboy lalu diletakkan pada kaca glob tersebut.

"A-apa yang dah jadi?",tanya Ali inginkan jawapan.

"Disebabkan tenaga dia sudah hilang dengan banyak sehingga dia tidak mampu untuk berada di dalam badan dewasa.",jelas Riku lalu dia pergi ke sebuah meja dan mengambil satu buku.

"S-solar..."

Dengan perlahan Boboiboy mengusap glob tersebut.

"Tapi ada satu cara yang korang boleh buat untuk selamatkan Solar."

"Perlu guna kuasa saya kan..."

Ali terus memandang Haruto pelik.

Riku mengangguk lalu membuka buku yang diambilnya tadi.

Apa yang ditulis di dalam buku tersebut dibaca.

"Dua dimensi menjadi tempat kekuatan cahaya dijaga....empat manusia yang memiliki soul cahaya akan diberi kepada pemilik asal iaitu The god of light. Siapa yang ingkar akan menerima akibatnya....suatu hari kuasanya akan kembali semula kepada pemilik asal dan dimensi tersebut akan dilenyapkan buat selamanya.",terang Riku panjang lebar.

"Jadi dimensi apa yang dimaksudkan?",soal Ali masih tidak faham apa yang berlaku ketika itu.

"Satu adalah pasangan yang mempunyai kuasa cahaya iaitu dimensi Element Powers dan kedua dimensi Time Repeat..",jawab Riku lalu menutup bukunya semula.

Dia mula membuka langkah kearah glob tersebut.

"Boboiboy...kau akan menjadi badan tumpangan soul tersebut jadi aku nak kau pergi ke dua dimensi ini dengan Ali dan Haruto...",katanya lalu memandang kearah Boboiboy.

"Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kembalikan Solar...",balas Boboiboy bersemangat.

Walaupun dilarang dia akan tetap pergi juga.

Satu lohong berwarna putih mula kelihatan.

"Semakin cepat kamu dapatkan soul mereka semakin cepat Solar akan pulih."

Anggukan faham diberi.

Tanpa sempat mereka mengemas barang untuk dijadikan bekalan ke sana terus Riku menolak mereka bertiga ke dalam lohong tersebut.

Mereka tidak boleh membazir masa lagi. Semua ini akan tentukan masa depan Solar.

"Woah!!! Sangat tidak ramah!!!",jerit Ali terkejut dengan tindakan Riku.

"Korang ada masa 3 hari!! Selepas selesai satu dimensi korang akan terus dihantar ke dimensi seterusnya!!!",jerit Riku sebelum lohong tersebut hilang ditiup angin.

Keluhan berat dilepaskan. Pandangan mata melihat kearah glob tersebut.

"Bertahan...percayakan kawan-kawan kau dan master kau.."

Cahaya pada glob tersebut semakin pudar.

******

Di dimensi Element Powers...

Wargh!!!

Ali sempat melilit yoyonya pada pokok lalu memegang kaki kanan Haruto manakala tangan kiri Boboiboy dipegang erat oleh Haruto.

"Weh!! Tinggi sangat nih!! Aku gayat!!!!",jerit Haruto yang mula gelabah.

"Woi!! Rilek setan nanti jatuh!!!"

Huru hara dengan pergaduhan mereka berdua. Tapi lain bagi Boboiboy yang hanya redho dengan keadaannya sekarang.

Mereka bertiga hanya tergantung di atas pokok sebab takut nak terjun lagipun pokok yang diorang tergantung tuh adalah pokok durian.

Dalam masa bergaduh tuh mereka juga dilema dengan bau durian yang harum dari pokok tersebut.

"Dah lama tak makan durian..",Ali menghirup bau durian tersebut dengan nikmatnya.

"Aku pening...seperti beralun je tanah dekat bawah nih...",kata Haruto yang mula loya dengan ketinggian.

"Eh mangkuk kau jangan nak muntah erk aku sepak kang berterabur gigi..",ugut Boboiboy yang mula tidak sedap hati.

Huhuhu...

Hampir 20 minit mereka tergantung di atas pokok.

"Tangan aku dah lenguh nih.."

Haihh...

"Woi!! Apa korang bertiga buat dekat atas tuh!?"

Dengar sahaja jeritan tersebut mereka berdua terus memandang ke bawah dan terlihat seorang lelaki berkaca mata sedang mendongak memandang mereka bertiga.

"M-muka dia macam S-

Belum sempat ayat Ali habis, Boboiboy terus melepaskan tangannya dari memegang tangan Haruto.

Boboiboy!!!

Sap!

"Uish kau nasib aku sempat tangkap!",katanya sambil memandang Boboiboy yang dipegang gaya bridal style.

Makin pelik dia selepas melihat Boboiboy memakai cermin mata sama sepertinya. Muka pun sama.

"Solar? Siapa diorang?",soal seorang gadis yang baru sahaja tiba.

"Entahlah...kejap aku tolong lagi dua tuh.."

Selesai menolong Ali dan Haruto turun dari pokok mereka berdua terus memandang kearah tiga orang jejaka yang terlihat asing bagi mereka.

"Jadi korang nih siapa?"

Boboiboy membuka langkah ke depan lalu membongkok sedikit di depan Solar.

"Aku...dari dimensi berbeza.."

Ha!?

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Be The Villains/Hero Again[Complete]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz