ES1

772 76 182
                                    


Kehidupan penduduk di planet tersebut bertambah bahagia apabila tiada langsung musuh yang menyerang planet tersebut.

Kemesraan penduduk dengan raja mereka juga sangat baik.

Di bilik mesyuarat...

Kelihatan mereka berempat sedang membincangkan sesuatu.

"Jadi kau tahu tentang tuh? Revers?",tanya Fang inginkan kepastian.

"Ye tahu...pernah muncul sekali...tapi aku rasa dah di seal dengan ayah...",jawab Revers sambil menghirup secawan kopi.

"Ada tanda-tanda akan kembali?"

Revers memandang Kaizo sambil meletakkan tangan di dagunya gaya berfikir.

"Yang pasti tiada...",dengan yakin Revers menjawab.

"Baguslah kalau takde...risau aku..", Ali menghembus nafas lega.

Cawan kopi tersebut diletakkan di atas meja lalu Revers bangun dari duduknya dan berdiri di depan tingkap melihat penduduknya sedang bercucuk tanam di taman bunga mereka.

"Tapi ada satu benda yang korang perlu lakukan...ini demi masa yang akan datang..",suara Revers bertukar serius.

Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain.

"Aku dah minta izin untuk ambik alih badan Boboiboy lama sikit hari ni..ada benda yang korang perlu tahu..perkara Boboiboy sendiri yang tak pernah tahu...",jelas Revers.

"Apa yang kau rahsiakan?"

Hmmm..

"Haruto...."

5 years ago...

Kelihatan Boboiboy sedang duduk di sofa sambil menonton tv.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi tapi dia masih berjaga. Ochobot sedang dicas waktu itu.

"Kau nak keluar? Aku bosan...",bisik Boboiboy perlahan lalu senyuman sinis terukir di wajahnya.

Pintu rumah dibuka perlahan lalu dia keluar dari rumah tanpa pengetahuan yang lain.

"Akhirnya dapat hirup udara segar...tidur dengan lena Boboiboy...",Revers tersenyum penuh makna.

Bandar yang sunyi sepi itu kelihatan seram di waktu malam. Tapi bukan bagi Revers. Dia lagi suka suasana macam tuh.

Tiba-tiba bunyi bising kedengaran di lorong sebelah hotel.

"Sial mana ganggu malam aku nih.",desis Revers lalu dia pergi kearah bunyi tersebut.

Kelihatan seorang budak lelaki dipukul oleh sekumpulan lelaki dewasa.

Argh!! Argh!!

"Ma-maafkan saya...takde niat pun nak melawan arahan tuan...tapi...saya masih ada maruah diri.",rayunya sambil melutut di depan mereka berlima.

"Aku bagi gaji kan! Kau cuma perlu bagi apa yang diorang nak!",jerkah salah seorang lelaki tersebut.

"Ta-tapi...kalau minta badan saya...i-tu salah tuan...saya lelaki dia pun lelaki..."

"Ke kau nak aku jadikan adik kau sebagai tukaran sebab abang dia nih taknak buat apa aku suruh.",ugut lelaki berjanggut itu.

Revers yang mendengar mula mengetap gigi menahan geram.

Belum sempat dia ingin pergi kearah mereka langkahnya terhenti.

Argh!!!!!!

Budak lelaki tersebut memandang mereka berlima dengan pandangan dingin. Di tangannya mempunyai tali bercahaya berwarna keemasan.

Be The Villains/Hero Again[Complete]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang