Chapter 24

890 104 201
                                    


Gempa melihat kearah musuh yang berada di depannya bersama Ali disebelahnya.

"Jadi itulah kuasa elemental...hebat.",Leon menepuk tangan dengan muka datar.

Heh.

Gempa terus berubah menjadi Boboiboy.

Ali mengeluarkan iris lalu dipakainya. Pistol dikeluarkan lalu peluru diisi.

"Akhirnya korang buat keputusan untuk datang berjumpa kami...wau baguslah ketua teras semua dah ringan punggung untuk kesini...aku hargainya.",perli Boboiboy sambil tersenyum manis.

Situasi Fang dan Kaizo....

Mereka berdua berada di belakang rumah di tempat tanah lapang.

"Fuh. Penat juga gali kubur nih..",keluh Fang penat.

"Gali jelah...aku yang satu tangan nih pun tak merungut.",kata Kaizo.

Fang hanya tersengih kekok. Dia terus menyambung gali.

"Baik juga Boboiboy siap sediakan kubur free lagi...untung ejen-ejen tuh..",Fang tergelak kecil.

"Aku harap diorang setelkan cepat...aku nak rehat."

Mereka pun menyambung gali kubur dengan cepat takut pertarungan tamat cepat ke...kan susah nanti.

Berbalik kepada situasi Boboiboy dan Ali.

Serangan diberi bertubi-tubi tapi semuanya dihalang dengan mudah oleh Boboiboy.

"Bertukar ah!! Tunjuk kuasa kau!! Jangan pandang rendah dengan aku lawan dengan kuasa penuh kau!!",marah Leon.

Kelihatan Boboiboy diserang oleh Leon dan Karya serentak.

Senyuman sinis terukir.

"Buat apa nak guna kuasa aku...kalau tak guna kuasa pun korang masih tak dapat lawan aku...heh...lemah.",dengan sekali tumbukan Leon tercampak jauh dan Karya sudah terduduk menahan sakit di perutnya.

"Bangun. Jangan buang masa aku dengan serangan lemah kau.", Boboiboy berdiri megah di depan Karya yang masih melutut menahan sakit.

Pandangan jijik diberi.

Tch.

Pedang yang dipegang oleh Karya diambil lalu dengan sekali libas darah terus terpancut seperti air terjun.

"Lain kali...jangan buat benda bodoh. Kan dah mati sia-sia. Diri tuh jangan jadi bodoh.",kata Boboiboy lalu membuka langkah kearah Leon yang sudah terbaring di atas tanah.

Karya terbaring sambil menahan darah yang tidak berhenti mengalir dari lehernya. Matanya melihat Boboiboy dari belakang.

"Kami dah kejutkan orang yang tidak sepatutnya...",bisiknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Karya!!!

Air mata mengalir laju di pipi. Geetha memandang Ali yang berada di depannya.

"Korang pembunuh!!!",jeritnya kuat.

"Siapa yang jadikan kami macam nih? Siapa yang membunuh dulu? Bukan ke semua tuh bermula dari korang semua.",dingin Ali berkata.

Ejen muda mula mengelilingi Ali selepas diarahkan oleh Geetha.

"Kami akan balas dendam atas kematian Bakar dan Karya!!!",Geetha menjerit sekuat hati melepaskan geramnya.

Tiba-tiba Boboiboy menjerit kuat dari tempatnya membuatkan semua melihat kearahnya.

"Oi!!! Balas dendam atas kematian pakcik tua nih juga...tak padan dengan tua ada hati nak lawan aku. Sampah.",jerit Boboiboy sambil tangannya memegang kepala Leon lalu disepak seperti bola sepak dan kepala tersebut terus masuk ke dalam kubur yang digali oleh Fang dan Kaizo.

"Nice shoot Boboiboy!!!",Fang menunjuk tanda terbaik kearah Boboiboy.

Heh.

Makin berapi lah ketua teras yang melihat perbuatan keji tersebut.

"Perbuatan kau memang keji!",kata salah seorang ketua teras.

"Keji? Jadi perbuatan korang atas kematian bapak kami tak keji? Ha? Jawablah kalau kau yakin sangat tangan tuh masih suci.",balas Boboiboy.

Ali hanya melihat Boboiboy yang berhadapan dengan tiga orang ketua teras.

Dia takleh nak bantu Boboiboy sebab dia pun kena selesaikan ejen muda nih.

Alicia membuka langkah kearah Ali. Dia mula bersuara.

"Kenapa kau lakukan semua nih? Sebab apa? Dendam? Lupakannya Ali...kau takkan dapat apa-apa pun dengan perbuatan kau sekarang.",terang Alicia cuba untuk mengubah keputusan Ali.

"Heh. Korang yang mulakan. Jadi aku akan tamatkan. Dendam? Ye memang semua nih untuk dendam tapi...cara korang selama nih pun salah...jadi biar kami dua bina cara yang baru.",jelas Ali. Tanpa menunggu balasan Alicia,satu tembakan dikenakan tepat pada dahinya.

Ali hanya melihat tubuh Alicia jatuh ke tanah dengan muka datar.

"Lupa nak bagitahu...janganlah berangan nak jadi ejen terbaik sebab kau takkan dapat jadi pun.",bisik Ali sambil tersenyum kearah mayat Alicia.

"Kau m-

Bang!

Ali menggosok-ngosok telinganya lalu berkata....

"Telinga aku sakit dengar suara kau."

Mayat Rudy dilihat sekilas.

Sebenarnya Ali tak puas hati dengan cara Rudy mati tapi sebabkan suara dia annoying terpaksalah dibunuh awal.

"Siapa seterusnya?"

Ejen muda mula mengundur kebelakang apabila Ali memandang mereka dengan senyuman manis.

Boboiboy pula sudah berpecah kepada tiga iaitu elemental TTM.

Mereka bertiga tersenyum riang pada mulanya tetapi senyuman mereka terus berubah jadi senyuman setan.

"Mari mulakan parti berdarah."

Bersambung..
Vote dan coment 😎

Be The Villains/Hero Again[Complete]Where stories live. Discover now