3 <3

50 5 1
                                    

"Angkat aje lah call tu , Za'ym." Kata Farrel menahan sabar .

"Tak nak ." Balas Za'ym selamba.

Pap

Farrel memukul meja lalu berkata , "Kau patut hargai abang kau lepas apa yang dah jadi dekat Zharfan . Nanti bila Zafri dah tak ada baru kau nak menyesal ? Baru kau nak menyesal macam apa yang jadi dekat Zharfan dulu?." Kata Farrel garang . Tangannya digenggam erat . Cuba menahan diri supaya tidak melenting.

Suasana meja kini menjadi sunyi . Otak sedang memproses semua kata kata yang dilontar oleh Farrel tadi .

Ada betulnya juga apa yang Farrel kata .

"Satu aje aku nak pesan . Hargai abang kau sebelum kau menyesal ." Kata Farrel lalu melangkah pergi daripada ruangan dapur .

Lidah Za'ym terkelu . Dia tak mahu apa yang jadi dekat Zharfan terjadi lagi sekali pada Zafri . Dia sayangkan kedua abangnya itu tetapi egonya yang setinggi gunung menghalang semua perbuatannya .

"Kau fikir fikirkan lah apa yang Farrel cakap tadi ." Kata Darrel tanpa riak . Mereka bangun duduk diruang tamu .

"Aku tahu kau sedih sebab lepas aje Zharfan pergi , Zafri pula pergi hilangkan diri tapi jangan layankan sangat sedih dan ego kau tu . Nanti takut makan diri sendiri ." Pesan Darrel lembut . Cuba memujuk hati Za'ym supaya menerima abangnya semula.

Za'ym meraup mukanya dengan tapak tangan . Kepalanya serabut . Perasaannya bercampur baur . Marah ada , sedih ada .

"Aku dan Farrel hanya nasihatkan kau . Maafkan Farrel ye sebab tinggikan suara dengan kau tadi ." Sambung Darrel lagi . Tangan naik mengusap rambut Za'ym lembut.

Za'ym mengangkat wajah memandang Darrel yang berada disebelahnya .

"Patut ke aku call dia balik?" Darrel mengangguk perlahan . Bibirnya mengukir senyuman kecil .

Za'ym mencapai telefonnya nombor Zafri di dail . Tidak sampai beberapa saat . Zafri mengangkat panggilan.

"Hello. Assalamualaikum." Ucap Zafri yang berada didalam talian .

"Waalaikumsalam . Kenapa kau call aku ." Kata Za'ym perlahan .

"Aku ... Aku sebenarnya .. erm . "

"Kau sebenarnya apa?" Soal Za'ym masih dengan nada perlahan .

"Kan haritu Darrel ada ajak aku tidur rumah diakan . Aku nak tanya kau boleh ke aku pergi . Aku cuma takut kau tak selesa bila aku ada dekat sana ." Kata Zafri lancar . Za'ym memandang Darrel disebelah sebelum memandang telefonnya semula .

"Datang lah ." Kata Za'ym tanpa riak . Jujur dia rindu abangnya tapi bukan senang mahu merendahkan egonya tapi dia akan cuba sebaik mungkin untuk rendahkan egonya yang ibarat gunung .

"Serius ni kau bagi?" Kata Zafri gembira . Lama dia tidak lepak bersama . Last lepak sama sama pun masa umur 12 tahun ketika itu Zharfan masih ada.

"Ye lahh . Datang cepat ." Kata Za'ym dengan nada biasa . Bibirnya mengukur senyuman kecil .

"Thanks bro ." Ujar Zafri dihujung talian .

"Kenapa?" Soal Za'ym pelik. Apa yang dia buat sampai abangnya ucap terima kasih kepadanya.

"Sebab bagi aku pergi sana ."

"Kau tak perlu minta kebenaran aku . Kau boleh ke pergi sini terus ."

"Aku takut kau tak selesa ." Balas Zafri sedikit sayu .

"Kau abang aku mestilah aku selesa dengan kau . Jangan asyik nak fikir bukan bukan ." Marah Za'ym . Eleh marah marah pun tetap sayang juga.

"Dah pergi kemas barang datang sini cepat ." Sambung Za'ym lagi sebelum mematikan panggilan .

"Good job bro . Aku bangga dengan kau . Kau dapat rendahkan ego kau demi abang kau ." Kata Darrel sambil tersenyum bangga . Za'ym disebelah hanya menggelengkan kepala . Bibirnya telah tersengih seperti kerang busuk . Gedik.

_______________________________

_______________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arya Amanda 2 ✓ Where stories live. Discover now