12 <3

24 2 0
                                    

   Perlahan lahan Darrel membuka matanya.

   "Darrel awak dah sedar? Ya Allah, Alhamdulillah." Ucap Arya yang sedang duduk diatas kerusi bersebelahan dengan katil Darrel.

   "Ai..airr." Pinta Darrel lemah. Arya mencapai gelas dan menuangkan air ke dalamnya. Gelas itu dihulurkan kepada Darrel.

   Perlahan lahan Darrel meneguk air itu. Dengan selamba Za'ym melangkah masuk ke dalam bilik wad itu.

   "Arya aku ada bawa maka.." Mata Za'ym membulat melihat Darrel yang dah sedar.

   "Darrel dah sedar. Za'ym pergi panggil doktor cepat." Ucap Arya kuat . Za'ym masih kaku ditengah tengah bilik itu. Arya menepuk dahinya.

   "Baik aku panggil sendiri." Laju Arya melangkah keluar memanggil doktor. Sempat Za'ym berpesan supaya berhati hati. Lah.

   "Puan dan Tuan sila tunggu di luar sebentar ye." Kata doktor itu lembut. Doktor itu masuk diiringi dengan pembantu pembantunya.

   Arya dan Za'ym melangkah keluar . Pintu wad itu ditutup .

   "Kenapa ni?" Soal Farrel cemas.

   "Darrel dah sedar." Ucap Arya lembut. Za'ym pula masih speechless . Dia hanya berdiri kaku disitu seperti patung.

    "Alhamdulillah ." Ucap Farrel , Alya dan Zafri serentak. Farrel menuju ke arah Za'ym yang masih kaku itu. Jari telunjuknya dicucuk cucuk ke pada pinggang Za'ym.

   "Kau kenapa ni Za'ym?" Soal Farrel bingung . Kepala Za'ym ditunjal tunjalnya perlahan.

   "Kau apahal ni?" Marah Za'ym selepas lama mendiamkan diri. Tak lama selepas itu pintu wad itu dibuka dari dalam . Perhatian mereka beralih kearah pintu wad itu.

   "Doktor macam mana dengan suami saya?" Soal Arya laju.

   "Puan di minta untuk bertenang . Suami puan baik baik sahaja . Tapi.."

   "Tapi apa?" Farrel dan Za'ym mencelah. Tergelak kecil doktor tu.

   Alya menepuk dahinya. Bagilah  doktor tu habis cakap dulu.

   "Suami puan menghidap penyakit amnesia. Amnesia tu adala..."

   "Amnesia tu apa?" Sampuk Farrel dan Za'ym lagi.

   "Sabar lah dulu bagi doktor cakap dulu." Kata Zafri geram. Semua yang berada disitu memandang mereka tajam.

   "Amnesia adalah istilah yang digunakan untuk kondisi saat seseorang mengalami hilang ingatan. Penyakit ini menyebabkan pengidapnya mengalami gangguan dalam hal mengingat informasi, pengalaman, atau kejadian tertentu." Terang doktor itu. Mereka semua mengangguk kecil.

   "Darrel boleh sembuh dari penyakit ni ke doktor?" Soal Zafri tenang. Doktor itu mengangguk.

   "insyaAllah dengan izin Allah kawan encik boleh sembuh." Balas doktor itu. Doktor itu meminta diri untuk melihat pesakit lain pula. Kami melangkah masuk ke dalam wad itu.

   Berdebar debar jantung Arya. Adakah Darrel masih ingat dia?

   "Darrel." Sapa Za'ym selamba. Dahi Darrel berkerut.

   "Korang semua ni siapa?" Soal Darrel kebingungan.

   "Nama aku Za'ym . Kawan kau. " Balas Za'ym tenang lalu melabuhkan punggungnya keatas katil tersebut.

   "Yang ni isteri aku. Alya." Sambungnya lagi sambil jari telunjuknya dihalakan ke Alya.

   "Yang ini pula Zafri . Kawan kau juga."

   "Ha yang ni Farrel kembar kau."

   "Yang last sekali ni isteri kau. Dalam perut dia ni ada anak kau." Terang Za'ym tenang . Makin berkerut dahi Darrel dibuatnya.

   "Aku ... Aku dah kahwin?" Soalnya sambil menggaru kepala.

   "Ye ." Jawab Farrel , Zafri ,Alya dan Za'ym serentak. Terkejut Darrel dibuatnya nasib tak ada heart attack je.

   Darrel memandang Arya dari atas ke bawah berulang ulang.

   "Isteri aku?" Soalnya lagi . Inginkan kepastian.

   "Ye." Jerit Alya , Zafri ,Farrel dan Za'ym serentak lagi. Mata Darrel dihalakan kearah Alya pula.

   "Ni siapa?" Soalnya lagi sekali. Hobi kau ni memang suka menyoal je ke.

   " Ni isteri aku . Isteri aku ni adik kau." Tenang Za'ym dengan sabar. Zafri mengusap lembut badan adiknya.

   "Tenang." Ucap Zafri perlahan tapi dapat didengari oleh Za'ym.

   "Betul ke budak dalam perut kau ni anak aku?" Soal Darrel . Soalannya kalini membuatkan semua orang memandang tajam kearahnya.

   "Apa yang kau cakap ni Darrel? Dah tentu anak dalam perut ni anak kau". Balas Farrel tenang dan sabar. Farrel masih mengingati pesan ibunya supaya sabar selalu.

   "Betul ke kau ni kawan aku tah tah korabg ni penyamun." Kata Darrel lagi. Za'ym mula bangun dari duduk berura ura mahu keluar dari bilik itu.

   "Dah lah aku dah fed up dengan mamat ni. Lantak kau lah nak percaya ke tak nak." Kata Za'ym lalu melangkah keluar . Macam betul betul fed up je tu.

   Mereka semua melangkah keluar dari bilik itu kecuali Arya . Sengaja mereka mahu meninggalkan pasangan suami isteri itu berdua duaan.

   "Betul ke ni anak aku?" Tanya Darrel tenang. Arya menganggukkan kepala.

   "Sini dekat sikit."Arya melangkah kearah Darrel. Darrel mengusap perut Arya yang sudah mempunyai bonjol sedikit. Lembut sahaja usapannya. Membuatkan Arya tenang.

   "Baring sini ." Ucap Darrel sambil menepuk nepuk bantalnya. Arya akur. Arya membaringkan dirinya keatas katil itu.

   Pinggangnya dipeluk Darrel. Darrel mengusap rambut Arya lembut.

   "Tidur." Kata Darrel sepatah sambil mengusap rambut Arya lagi. Beberapa minit kemudian akhirnya Arya dapat melelapkan mata dalam dakapan suaminya .

  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  

  

Arya Amanda 2 ✓ Where stories live. Discover now