7 <3

43 6 7
                                    

   "1"

   "2"

   "3"

   Arya dan Darrel mula mencari cengkerang di pasir pantai itu. Mereka hanya mempunyai 5 minit sahaja untuk mencari cengkerang. Siapa yang dapat cari cengkerang paling banyak dia dapat hadiah.

   5 minit berlalu. Deringan loceng yang di set sudah berbunyi. Arya dan Darrel meletakkan cengkerang mereka di pasir dan mula mengira.

   "31"

   "32"

   "33. Yeyy abang menang." Kata Darrel ceria. Arya disebelah sudah mencebik.

   "Jom lah main lagi sekali. 5 minit sekejap sangat." Ucap Arya tidak puas hati . Tak aci la macam ni.

   "Tak aci la awak. Jom main lagi sekali . Please." Mata dikedip berkali kali meminta simpati.

   "Tak nak . Welk." Kata Darrel lalu menjelirkan lidah. Suka betul Darrel sakat Arya.

   "Alaaa." Ucap Arya. Bibir dimuncungkan. Serupa mulut itik dah.

   "Muncung muncung tu nak kiss ke?" Soal Darrel bersama senyuman nakal. Membulat mata Arya dibuatnya.

   "Ishh kita dekat public ni." Marah Arya . Laju tangannya naik mencubit lengan sasa Darrel.

   "Aduh sakit la amanda." Kata Darrel sambil mengusap perlahan lengannya.

   "Amanda mana ni?" Soal Arya. Matanya tajam memandang suaminya. Berkerut dahi Darrel mendengar soalan isterinya.

   "Arya Amanda tu kan awak." Balas Darrel.

   "Eh haah la kita lupa nama kita ada Amanda . Hehehe." Kata Arya sambil membuat muka comel menahan malu. Darrel menggelengkan kepala sambil tersengih . Comel betul isteri aku ni.

   "Apa la sayang ni nama sendiri pun tak ingat. Abang rasakan mulai hari ni saya nak panggil awak dengan nama Amanda. Comel sikit." Ucap Darrel bersama senyuman manis yang paling ikhlas diberikan kepada isterinya.

   "Anything for you." Balas Arya . Senyuman manis tidak lengkang dibibir. Alangkah indah kalau hari hari begini.

   Sementara Zafri dan Farrel yang berada di tempat yang sama dengan suami isteri itu.

   "Gelinya." Ucap Farrel sengaja mukanya dibuat buat seperti mahu muntah. Eww cari cengkerang sebab nak buktikan cinta.

   "Biasalah tu suami isteri. Nanti kau dah kahwin pun macam tu juga nanti." Balas Zafri tenang.

   "Dah jom lah pergi tempat lain jangan kacau privasi orang." Kata Zafri sambil memegang tangan Farrel supaya mengikutnya. Farrel hanya akur dirinya ditarik begitu.

   "Eee diorang gay ke?" Ucap seorang gadis yang sedang berbisik kepada rakannya tapi seperti tak bisik sebab orang dengar.

   "Kalau gay pun kenapa?" Soal Farrel bersama lagak gediknya seperti perempuan. Membulat mata Zafri . Sedaya upaya mahu lepaskan tangan Farrel tapi Farrel menggenggamnya erat.

   "Euww." Ucap gadis gadis itu sebelum berlalu pergi. Orang single memang perangai macam ni ke?

   "Apa ni?" Soal Zafri kuat.

   "Kau yang pegang tangan aku dulu. Aku cuma teruskan lakonan." Jawab Farrel selamba lalu berjalan meninggalkan Zafri dibelekang.

   'Gila jantan ni.' kata Zafri seorang diri.

______________________________

______________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  

Arya Amanda 2 ✓ Where stories live. Discover now