8 <3

44 6 3
                                    

   "Jadi kita nak pergi mana sekarang ni?" Soal Za'ym lalu menghirup air starbucksnya.

   "Balik la esok kerja." Balas Darrel tenang. Tangan isterinya digenggam erat seperti tak nak lepas.

   "Nak gerak sekarang ke?" Soal Farrel pula.

   "Aku ikut korang aje."

   "Gerak sekarang la nanti dapat rehat lama sikit." Mereka bersetuju dengan cadangan Zafri . Mereka menuju ke kereta masing masing dan memulakan perjalanan.

   "Sayang are you oke?"Soal Darrel yang sedang focus memandu.

   "Okey je kenapa?"

   "Tak ada la sayanh ada nak makan apa apa lagi tak?" Arya menggelengkan kepala .

   "Kenapa muka sayang macam resah je?" Soal Darrel yang memandang Arya sekilas lalu focus kembali.

   "Saya tak sedap hati la." Balas Arya sambil main jari jemarinya sendiri.

   "insyaAllah tak ada apa yang jadi. Sayang tidur okey." Pujuk Darrel lembut.

   Sementara di dalam kereta Arya dan Za'ym.

   "Mana ni kereta Darrel ni dah tak nampak bayang. Banyak sangat kereta ni." Kata Za'ym yang sedang focus.

   "Itulatu banyak sangat kereta. Mungkin dah kedepan kut kita kan gerak lambat sikit. " Ucap Alya tenang.

   "Lahh ni kenapa tiba tiba jam ni." Kata Za'ym tidak puas hati.

   "U , i rasa tak sedap hati la. Kalau ada apa apa jadi dekat abang i macam mana?" Soal Alya resah. Dadanya diurut perlahan ingin menghilangkan resah.

   Za'ym tidak membalas kerana dia rasa benda yang sama.

Kring kring

   Tiba tiba telefon Za'ym berbunyi.

   Hello Za'ym kau dekat mana? Soal seseorang yang berada didalam talian.

   Ada ni dalam kereta . Jam teruk dekat belakang ni.

   Kau nak tahu ke kenapa jam teruk? Soal Farrel bersama getar didalam suarnya.

   Kenapa? Soal Za'ym resah. Apa yang terjadi.

   Ada kereta dari arah bertentangan langgar kereta... Belum sempat Farrel menyambung ayatnya. Air mata Farrel mengalir deras. Sungguh dia tak kuat. Teresak esak dia menangis. Zafri di sebelah sedaya upaya memujuknya.

   Kenapa ni gila bagi jela tahu aku. Marah Za'ym .

   Dia langgar kereta abang aku. Dia tak sepatutnya ada dekat line ni sebab dia dari arah bertentangan.hiks hiks . Handphone yang berada ditangan Za'ym terlepas. Dia akan hilang orang yang dia sayang sekali lagi? Dia akan hilang Darrel macam mana dia hilang abangnya?

   Tadi ada ambulance datang ambik Darrel dengan hiks hiks Arya. Aku rasa Darrel cedera parah. Tapi aku tak tahu la ini pun aku dengan Zaf baru nak gerak pergi hospital.

   Za'ym meraup mukanya . Air mata sudah bertakung ditubir mata. Tunggu berapa saat sahaja air mata itu akan turun mengalir. Panggilan ditutup.

   "Kenapa ni?kenapa Farrel call?" Soal Alya yang sudah tidak duduk diam melihat suaminya itu.

   "Darrel dengan Arya accident dekat depan tu." Bergetar suara Za'ym menahan tangis. Alya terus menekup mulutnya tidak percaya.

   "Mana diorang sekarang?"

   "Dah ada ambulance ambil bawa pergi hospital . Farrel dengan Zaf pun on the way pergi hospital." Balas Za'ym . Aku kena kuat .

   "Jam ni disebabkan accident tu ke?" Soal Alya lagi. Matanya pun sudah berkaca. Za'ym mengangguk kecil. Sungguh mereka tak kuat . Baru aje tadi gelak tawa sama sama. Bergurau senda sama samaa .

   Air mata Alya mengalir dengan deras. Teresak esak dia menangis. Baru aje tadi dia berborak bersama Arya. Sungguh dia percaya yang Arya sedang mengandung. Tapi dia pasti yang Arya masih tidak tahu hal itu . Apa yang akan jadi pada kandungan tu? Dia tak mahu hilang abang dan kakak iparnya.

_____________________________

_____________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  

Arya Amanda 2 ✓ Where stories live. Discover now