13 <3

29 2 0
                                    

   "Korang. Aku rasa kan macam nak makan nasi ayam." Ucap Arya lembut. Sekarang mereka sedang berada didalam wad Darrel.

   "Nak nasi ayam kat cafeteria bawah ke nak nasi ayam kat tempat lain?" Soal Farrel prihatin . Arya menggelengkan kepala.

   "Nak nasi ayam yang Alya masak." Balas Arya lembut bersama senyuman manis terukir dibibir.

   "Bolehh boleh!" Kata Alya bersemangat. Untuk ibu mengandung ni semua boleh.

   "Kalau macam tu kitorang balik dulu lah." Pamit Za'ym . Alya mengikuti langkah Za'ym keluar dari bilik itu . Kini tinggal Farrel , Darrel , Zafri dan Arya sahaja.

   "Zafri nak minta sesuatu boleh tak?" Terus pandangan Zafri dialihkan kepada Arya. Sebelah keningnya dinaikkan berkali kali.

   "Nak ayam goreng yang sedap kat cafeteria bawah tu boleh tak?"

   "Boleh ." Zafri menganggukkan kepalanya sebelum keluar dari bilik itu . Diikuti Farrel. Kini tinggal Darrel dan Arya sahaja.

   Tiba tiba Darrel bersuara.

   "Arya." Panggilnya perlahan . Arya menoleh memandangnya.

   "Kenapa?" Balas Arya pula.

   "Boleh kau tolong aku?" Arya mengangguk laju . Mestilah bolehkann. Darrel diam seketika.

   "Boleh tolong aku ingat semuanya kembali?" Pinta Darrel perlahan. Arya terkelu.

   "Boleh kot . insya-Allah." Jawab Arya lembut . Satu kucupan dihadiahkan pada pipi Darrel . Arya tersenyum manis. Bibir Darrel terangkat sedikit. Seperti sedang tersenyum .

   "Tapi ada syarat." Kata Arya memecahkan kesunyian tadi. Dahi Darrel berkerut seribu.

   "Sebelum dan masa tidur awak kena peluk saya macam semalam. Boleh?"Darrel hanya mendiamkan diri seketika.

   "Boleh." Darrel mengangguk anggukkan kepalanya . Arya menjerit gembira sambil melompat lompat.

   "Jangan lompat bahaya . Ingat sikit dalam perut kau tu ada baby." Terus Arya berhenti melompat bila Darrel menegurnya. Arya hanya tersengih memandang Darrel.

   "Bila aku boleh kekuar wad?" Soak Darrel tenang.

   "Lusa." Balas Arya lembut. Darrel mengangguk tanda faham .

   "Kau dah minum susu ke belum?" Soal Darrel prihatin. Arya menggelengkan kepala.

   Darrel mencapai satu botol yang terletak diatas almari disebelah katilnya lalu dihulurkan kepada Arya.

   "Alololo sweetnya. Ini yang saya sayang awak ni." Ucap Arya manja sebelum meneguk susu itu perlahan lahan.

   Darrel tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepalanya. Comel betul isterinya itu.

   Dua hari kemudian ...

   "Tadaaa ini lah rumah kita." Ucap Arya gembira sambil berpusing pusing. Ihh mak buyung ni kejap lagi jatuh baru tahu.

   "Arya jatuh nanti. Hati hati" Tegur Darrel lembut. Terus Arya berhenti berpusing .

   "Hehehe sorry." Ucap Arya manja . Arya tidak berhenti mengukirkan senyuman manis.

   Tangannya memeluk lengan Darrel sebelum mereka sama sama masuk ke dalam rumah.

   "Awak nak tengok saya buat house tour tak?" Soal Arya ceria.

   "Tak nak . Aku penat. Aku nak rehat." Balas Darrel tanpa riak. Terus muka Arya masam mencuka.

   "Alaaa. Awak ni tak sporting lah." Kata Arya sambil memeluk tubuhnya. Merajuk la tu.

   Dengan selamba Darrel melangkah naik keatas . Satu persatu pintu dibukanya mencari master bedroom. Setelah jumpa dia melangkah masuk . Aircond dibuka . Darrel membaringkan tubuhnya keatas katil empuk itu.

   Sedari tadi Arya hanya mengekor langkah Darrel sahaja.

   "Awak saya masih merajuk ni " Kata Arya yang masih berdiri tegak memandang Darrel.

   "Pujuk lah diri sendiri." Balas Darrel tanpa riak. Susah nak kenal pasti apa yang dirasakan oleh Darrel sekarang.

   "Tak apa la kalau awak tak nak layan saya ." Ucap Arya dengan nada perlahan . 

   "Saya minta tolong Farrel la pujukkan saya ."Kata Arya dengan kecewa lalu melangkah keluar dari bilik tidur mereka . Laju Darrel bangun dan mencapai lengan Arya . Lengan Arya ditarik hingga Arya terduduk diatas riba suaminya. 

      "Okey fine sorry." 

   "Nampak sangat tak ikhlas ." Ucap Arya kuat. Arya cuba untuk bangun tapi Darrel lebih pantas menarik Arya supaya duduk kembali . 

     "Im sorry sayangg." Bisik Darrel lembut . Betul betul disebelah telinga Arya . Arya terkedu. 

   Satu kucupan dihadiahkan pada pipi Arya . Makin terkejut Arya dibuatnya. Pipi Arya berona merah . Dada Darrel dipukul perlahan . 

   "Ish dia ni ." Ucapku lalu bingkas bangun dari ribanya menuju keluar dari bilik untuk ke dapur . 

   Darrel tergelak kecil melihat pipi Arya yang berona merah . Comel betul . 

   





Arya Amanda 2 ✓ Where stories live. Discover now