9 <3

52 7 3
                                    

   Farrel dan Zafri tiba ke hospital selang berapa minit kemudian Alya dan Za'ym pula sampai ke hospital.

   "Mana diorang?" Soal Za'ym cemas.

   "Dalam bilik operation." Balas Zafri yang sedang duduk di kerusi penunggu bersama Farrel.

   Alya menarik lengan Za'ym supaya duduk diatas kerusi. Za'ym akur.

   Farrel meraup muka. Jelas riak mukanya sedang risau. Darrel satu satunya abang yang dia ada.

   30minit kemudian

   Seorang doktor keluar dari bilik operation itu menuju kearah mereka.

   "Awak semua ahli keluarga Arya?" Laju mereka mengangguk . Masing masing bedebar menunggu berita daripada doktor.

   "Alhamdulillah Arya dan kandungan selamat. Arya pun dah stabil sekarang cuma nak tunggu dia sedar sahaja. Saya akan pindahkan dia ke wad biasa . " Terang doktor itu bersama senyuman ikhlas.

   "Alhamdulillah." Ucap mereka serentak.

   "Darrel macam mana doktor?" Soal Farrel . Hatinya berdebar kembali menunggu balasan doktor.

   "Ermm.. Darrel selamat tetapi kepalanya terhantuk kuat sehingga dia kehilangan darah yang banyak. Kami akan letakkan Darrel di wad ICU . Bila keadaan dia sudah stabil kami akan pindahkan dia ke wad biasa." Ucap doktor itu lembut.

   "Terima kasih doktor. Terima kasih banyak banyak." Doktor itu mengangguk dan meminta diri untuk beredar dari situ.

   Mereka berjalan menuju kearah bilik wad yang terletaknya Arya. Pintu dibuka. Perlahan lahan mereka menapak masuk kedalam.

   Muka pucat Arya dipandang. Luruh hati mereka melihat keadaan Arya begitu. Dengan kandungannya yang sudah mencecah 4 minggu.

   Alya duduk dikerusi bersebelahan katil Arya. Rambut Arya diusap lembut.

   "Bangun lah Arya . Semua tunggu Arya bangun. Kuat untuk kami . Tapi kalau kau tak mampu kuat untuk kami. Atleast kuat lah untuk anak yang ada dalam kandungan kau ni." Bisik Alya perlahan ditelinga Arya. Matanya teralih kearah perut Arya yang masih kempis itu.

   Perut itu diusap lembut. Farrel , Zafri dan Za'ym hanya berdiri melihat perilaku Alya.

   "Baby , baby kena kuat ye untuk mummy dan daddy awak . Mummy dan daddy perlukan awak."bisik Alya lembut dan perlahan . Alya tersenyum kecil membayangkan bila anak kecil itu keluar mesti lawa dan handsome. Seperti ibu dan ayahnya.

   Mereka berlalu keluar menuju kearah wad ICU pula ingin melihat keadaan Darrel.

   Kepalanya dibalut . Banyak wayar yang melekat dibadan Darrel. Mereka tidak dibenarkan masuk kerana keadaannya belum stabil.

   'Darrel kuatlah untuk anak isteri kau.' Ucap Alya didalam hati . Bergenang air matanya melihat keadaan keluarga itu . Mereka hanya mampu berdoa dan tawakal kepada Allah.

  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  

  
  

  

Arya Amanda 2 ✓ Where stories live. Discover now