14 <3

33 2 0
                                    

   "Awak saya nak makan brownies boleh?" Soal Arya yang sedang baring disebelah Darrel . Darrel memandang Arya dengan muka tanpa riaknya itu .

Darrel bangun dari baring .

"Saya tak nak awak beli . Saya nak awak bake sendiri ." Pinta Arya lembut . Terus berkerut dahi Darrel .

"Mana lah aku ingat . " Balas Darrel sambil menggaru kepalanya . Dia betul betul tak ingat apa apa resepi pasal brownies .

"Alaa tapi saya nak awak bake sendiri ." Rengek Arya . Darrel cuba memikirkan sesuatu .

'Apa aku nak buat ni?' Ucap Darrel didalam hatinya.

"Aku boleh buat tapi resepi aku tengok google." Ucap Darrel yakin .

"Tak nak. Dulu awak tak payah tengok Encik Google pun . Boleh je buat ." Kata Arya selamba . Makin bingung Darrel dibuatnya .

"Memang la waktu tu kan aku ingat semuanya . Sekarang ni aku tak ingat apa apa." Teranhg Darrel berharap supaya Arya suruhya untuk beli sahaja . Malas lah nak bake bagai . Bagaimana dirinya dulu boleh rajin baking .

"Kalau macam tu saya tak nak bagi awak album gambar kahwin kita." Arya mencebik . Buat brownies pun tak pandai ke .

Darrel menepuk dahinya . Orang mengandung memang macam ni ke . Dah la selalu kena morning sickness. Aku juga kena jaga .

Darrel mengeluh perlahan .

"Ha nampak tu . Awak mengeluh . Mesti awak tak ikhlas jaga saya ." Ucap Arya kecewa .

"Mengeluh pun salah ke?" Soal Darrel terkejut . Ya Allah kau kuatkan lah aku .

"Sampai hati awak ." Air matanya bergenang . Tunggu masa sahaja air matanya akan jatuh. Darrel meraup mukanya . Stress.

"Janganlah nangis .' Pujuk Darrel lembut . Teresak esak isterinya menangis .

Darrel duduk disebelah Arya . Arya ditarik masuk kedalam dakapannya .

"Okay okay aku cuba buatkan brownies untuk kau." Pujuk Darrel lembut . Rambut Arya diusap perlahan .

"Dah dah jangan nangis" Pujuknya lagi . Belakang badan Arya diusap lembut . Cuba untuk menenangkan gadis itu .

 "Arya nah cuba rasa ni." Ucap Darrel sambil menghulurkan piring yang ada brownies diatasnya . Darrel ketika itu sedang memakai apron . Comel betul.

Piring itu bertukar tangan . Arya mencapai garfu . Brownies itu dipotong sedikit lalu disuapkan ke dalam mulut .

"Sedapnya." Puji Arya dengan gembira .

"Awak dah ingat ke?" Sepantas kilat emosi Arya bertukar .

Dengan ragu ragu darrel menggelengkan kepala. Sus .

"Sedap." Puji Arya lagi membuatkan Darrel tersenyum malu . Arya menghulurkan piringitu kepada Darrel.

"Nak lagi please." Minta Arya lembut . Darrel mengangguk lalu turun kebawah untuk mengambil brownies itu lagi. Alhamdulillah isterinya suka .

Darrel membawa piring yang berisi brownies itu keatas . Sudah lima kali dia berulang alik dari atas ke bawah. Demi isterinya. 

"Saya pelik la dengan awak ni." Ucap Arya pada Darrel yang baru sahaja mauk ke dalam bilik itu.

"Pelik kenapa?" Soal Darrel pelik . Aku ke kau yang pelik sekarang ni .

"Awak sebenarnya tak hilang ingatan pun kan . Awak berkomplot dengan doctor tu kan . Awak ingat saya tak bijak ke ha?" Darrel menelan air liur payah. Macam mana Arya boleh tahu pula ni .

Ya . Kepalanya terhantuk kuat tetapi dia tidak hilang ingatan pun .

Darrel memandang Arya tanpa riak sedaya upaya dia mahu menyorokkannya .

"Awak tak boleh tipu saya . Sebab saya isteri awak." Ucap Arya lalu menyambung makan browniesnya itu.

Darrel pula masih kaku . 

"Im sorry" Akhirnya Darrel bersuara.

"Kenapa?" Soal Arya sinis. Brownies itu disuapkan ke dalam mulut.

"Sebenarnya I want to surprise u tapi awak dah tahu." Kata Darrel sambil menunduk ke bawah .

"Im sorry. Please forgive me sayang." Pujuk Darrel supaya Arya memaafkannya .

"Saya boleh maafkan awak tapi ada satu syarat."

"Syarat apa?" Soal Darrel bingung. 

Arya Amanda 2 ✓ Where stories live. Discover now