Bab 6

34.4K 1.3K 26
                                    

Semenjak hari kejadian itu berlaku.Ryna tidak keluar dari biliknya mengundangkan kebimbangan kepada Dato Latiff dan Puan Rastina.

"Abang,pergi laa pujuk Ryn tu. Dah berapa hari dia tak makan.Entah apa dia buat kat dalam kita tak tahu"Pujuk Puan Rastina.Dato Latiff hanya mengangguk.

"Ryn ! Bukak laa pintu ni.Kasi mama ngan papa masuk.Please sayang.." Rayu Datin Rastina sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik anaknya.

Ryna bangun dari katilnya untuk membuka pintu.Sejak kejadian haritu,semua moodnya hilang entah ke mana.Selera makan tercampak jauh,Assignment tercampak jauh,kelas ponteng deret,termenung sana sini.

Sebaik sahaja pintu dikuak sedikit dari dalam.Pantas tangan Puan Rastina menolak pintu bilik seluas-luasnya.Dia meluru ke arah anaknya.

"Sayang.Kenapa tak keluar bilik dua tiga hari ni?" Tanya Datin Rastina lembut.Kepala Ryna diusapnya.

"Malas" jawab Ryna ringkas..

"Ryn.Papa dan mama buat ni atas kebahagiaan Ryn tau?Ryn adalah salah satunya anak kami.Papa dan mahu yang terbaik untuk Ryn.Kita orang yakin dia dapat bahagiakan kamu." Jelas Dato' Latiff .

"Tapi Mama,Papa.Ryn tengah belajar, Izz tu pun tengah belajar.Lagipun umur kita orang muda lagi.Please laa faham Ryn kali ni"Jawab
Ryna dalam nada yang kecewa..

"Sayang.Apa yang kita buat ni semua menjamin masa depan Ryn."giliran Datin Rastina pula yang memujuk.

"Ryn fikir laa dulu.Minggu depan,papa nak Ryn bagi keputusan ,kalau antara kamu salah seorang yang setuju.Dikira pernikahan kamu harus di teruskan" mendatar sahaja suara Dato Latiff.Ryna melepaskan keluhan berat.

"Mama dengan papa keluar dulu ya sayang.Kalau nak makan,Ryn turun bawah.Mama ada buat tomnyam campur" pesan Puan Rastina.

"Tak payah,dalam bilik ni dah ada dapur kan? Biar la Ryn masak sendiri.Kan tak lama lagi nak jadi isteri paksaan orang kan?" sindir Ryna.Kedua-dua ibu bapanya diam dan saling berpandangan.

Selepas kuliahnya tamat.Ryna bergegas keluar untuk ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Izz aka Mamat superduper kaki poyo,mamat kerek,berlagak macho!

"Aku nak jumpa kau ni sebab ada hal penting." Ryna mendakap tubuh.

"Apa dia??"

"Kau setuju ke nak kahwin dengan aku?" Soal Ryna dengan muka serius.

"Hahahahahahahaha? Kahwin dengan kau? Emmmm.Geli duh.Tah hadap langsung."

"Kau ingat aku hadap sangat?Cuma aku nak bagitahu.Esok,kita kena bagi keputusan depan parents kita.Ikut atas plan diorang.Kalau salah sorang setuju dengan perkahwinan ni.Automatik perkahwinan tu akan berlangsung"

"So?Kau Nak aku buat apa?Jadi gila masa hari nikah? Or buat-buat lupa ingatan time akad nikah? Macam tu?"

"Serius lah mangkuk air! Aku nak kau jawab tak setuju besok"

"Tengok la dulu macam mana.Takpelah,aku nak pergi date.Bubye.See you tomorrow My Future Wife "acah Izz.

Ryna mendengus kecil.Macam ni nak kahwin dengan kau?Mintak simpang.


Kedua-dua buah keluarga berkumpul di ruang tamu Rumah Dato Latiff.

"Kamu berdua dah buat keputusan?" tanya Dato' Arsyad

Kedua-duanya angguk.

"Apa keputusan kamu.?" tanya Dato' Latiff.

"Ryn tak setuju."

"Izz pun tak setuju."

"Apa semua ni?Kamu berdua dah besar.Dah boleh fikir sendiri.Kami buat semua ni atas sebab nak tengok korang bahagia." jawab Dato Arsyad dengan nada tegas.Teserlah kebengisan mukanya.

"Abang,bawak bersabar. Ingat,awak tu ada penyakit" Datin Zahara cuba menenangkan suaminya.

"Ryn. Kenapa Ryn tak setuju?" soal Datin Rastina.

"Ma.Berapa kali Ryn nak cakap? Ryn masih belajar. Please laa faham maa.." Ryna merayu sambil menahan esakkan.Matanya langsung dipejamkan.

"Ryn!Alasan kamu tu.Tak lojik fikiran tahuuu?" Bergema ruang tamu mewah milik Dato Latiff.

"Tak Kira Macam mana,apa yang bakal terjadi.Papa nak kamu berdua kahwin " Giliran Dato' Arsyad bersuara.Nampaknya betul-betul teguh pendirian mereka.

"Papa.Tolong,jangan buat lawak.Izz masih belajar.Umur baru 23 tahun. Hidup Izz sendiri pun terpontang panting, papa bak Izz jaga anak orang pula?"

"Tolong jangan melawan!" Jerit Dato'Arsyad.Tiba-tiba tubuh Dato' Arsyad jatuh di atas ribaan Datin Zahara.

" Dah puas hati Izz? Puas?" Marah Puan Zahara dengan menahan esakkan.

Izz mengangkat Dato' Arsyad ke kereta untuk ke Hospital.Selepas Doktor membuat pemeriksaan lanjut.Ahli keluarga dibenarkan masuk untuk menjenguk pesakit.

"Paa.Izz intak maaf Pa."tangannya laju menyalami tangan papanya.

"Bukan salah Izz,salah papa.Papa yang bodoh nak kahwinkan anak sendiri dengan orang yang dia tak cinta." Sayu nada suara Dato' Arsyad.

"Tak apaa.Salah Izz."Jawab Izz dengan tangannya yang asyik mengenggam tangan papanya.

Dato' Arsyad memandang ke arah Ryna. "Ryn.Uncle Mintak maaf."

Ryna menggeleng."Bukan salah Uncle."

"Okey. Macam nilah.Izz setuju kahwin dengan Ryn." jawab Izz dengan tenang.

Bulat mata Ryna mendengar persetujuaan itu.Bukan hanya Ryna. Yang lain juga turut terkejut.

"Betul ni Izz?" Tanya Dato' arsyad sambil mengukir senyuman.

"Ya.Tapi dengan satu syarat. "

"Apa dia?"

"Papa Kena cepat sembuh."

Dato Arsyad mengangguk laju.
Air mata Ryna mengalir laju.Kenapa semudah itu dia membuat keputusan?

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now