Bab 45

25.2K 734 30
                                    

Izz menongkat dagunya .Fail kerja di hadapannya tidak dipedulikan.Fikirannya melayang teringatkan kejadian petang tadi.

'Kau pun satu Izz! Bengap sangat.Kenapa tak tegur aje dia.Kan senang' desis hati Izz.Kepalanya di angkat.

"Datang sini tujuan nak jumpa client untuk projek terbesar,alih-alih client ada emergency pastu terjumpa pulak dengan isteri".Izz tersenyum.Dia harus memaklumkan berita ini kepada Faris.

Segera phonenya dikeluarkan.Sebaik sahaja talian bersambung.

"Bro! Kau sihat?"

"Sihat" jawab si pemanggil.

"Asal ceria semacam suara kau ni" tanya Faris lagi.

"Ni lah nak mengadu sikit" .

"Apa?"

"Aku sampai sini kelmarin.Aku terus call client nak tanya harini jumpa dekat mana-mana sebelum pergi melawat tapak projek tu.Tiba-tiba dia cakap dia ada emergency.So aku pun petang tadi,alang-alang ada masa free macam ni.Pergi la jalan sekitar sini.Masa aku duk kat Taman permainan,ada sorang budak ni muka sebiji macam aku.Dia panggil aku papa" .

"Izz!" panggil Faris tiba-tiba

"Apa?"

"Maybe budak tu anak kau kut"

"Ni lah aku nak bagitau.Kau ni kan,suka sangat potong time aku tengah cerita."

"Oke oke sambung balik"

"Lepas tu mak budak tu datang .Aku tak perasan sebab aku membelakangi dia.Bila aku pusing je.Tengok-tengok perempuan tu Ryna.Aku masa tu,nak cakap tapi macam kena gam mulut.Cibai ah.Deras-deras dia bawak budak tu lari"

"Kau pun! Tak pernah tak bengap!" Faris mengutuk Izz.

"Mana lah aku tau.Mulut macam ada emas ni haaa kat dalam.Sayang nak bukak.So aku kena buat apa ni"

"Eh kau ni pun.Kalau dekat dah lama aku tonyoh-tonyoh. Pergi la cari dia lagi esok ke bila-bila.Stalk dia tinggal dekat mana.Tempat kerja kat mana."

Izz sudah tersenyum.

"Orite. Nanti aku bayar gaji lebih. Lepastu please sambungkan cuti aku lagi dua minggu.Oke tu je bai" sebelum sempat Faris menjawab apa-apa Izz sudah mematikan talian.Kurang Hasem!

Pada pagi itu,selepas menunaikan solat subuh dia ke dapur menyiapkan sarapan pagi untuk anaknya dan sahabatnya.
Dia hanya menghidangkan nasi goreng.Setelah makanan di hidang,dia ke bilik Elin.Pintu bilik dikuak perlahan.Kelihatan Rayyan yang masih lena.Elin pula memeluk erat tubuh kecil Rayyan.Ryna tersenyum.Semalam dia terpaksa tidur berseorangan kerana Rayyan yang masih merajuk. Mukanya tak alih langsung dengan papanya.Macam mana aku tak teringat dekat Izz.Perlahan-lahan keluhan berat dilepaskan.
Kain selimut yang membaluti tubuh Elin dan Rayyan di tarik .

"Rayyan.Wake Up sayang.Mama buat nasi goreng favourite Rayyan." Ryna menggoncangkan sedikit tubuh Rayyan.
Rayyan yang terdengar seperti suara mama nya terpisat-pisat bangun.

"Mama dah tak marah dekat Rayyan?" tanya Rayyan dalam suara yang masih mengantuk,

"Tak.Dah,pergi mandi siap-siap lepastu breakfast" .arah Ryna.Rayyan hanya menurut.

Usai sarapan mereka bertiga berkumpul di hadapan tv.Rayyan yang ralit menonton cerita kartun kegemarannya tidak bersuara.
Elin dan Ryna pula masing-masing bersama handphone.
Tiba-tiba Elin bersuara.

"Ryn.Aku nak tanya kau sikit" .

"Apa dia?" tanya Ryna hairan.Dia amat kenal dengan sahabatnya.Selalunya redah je.Tak minta izin pun time nak tanya.

"Kalau aku nak jual butik tu.Kau nak beli tak?" tanya Elin.Mukanya sudah berkerut.

"What? Jual? Weh.Asal? Sayang gila kut butik tu.Lagipun kan kita dapat tempahan yang kau cakap client nak lain dari yang lain tu." Ryna sudah tidak berpuas hati dengan idea gila Elin.Jual?

"Aku nak sambung belajar. Lagipun mummy aku setuju yang aku nak jual salah satu butik dia."

"Alaaa kau ni.Aku kalau banyak duit dah lama aku bayar.Kira aku beli butik tu.Tapi duit aku 50% untuk kecemasan and 30 untuk kegunaan ."

"Aku ingat kalau kau taknak.Aku nak lingkup terus la butik tu minggu depan" .

"Tak payah.Berapa kau nak jual?"

"20k siap sekali dengan barang kedai and baju semua."

"Aku ada 15k untuk kecemasan .So aku bayar dulu 10k ,balance lagi 10k aku jelaskan bulan depan.Orite?" Ryna menghulurkan tangannya pada Elin.Elin menyambut.

"Jadi butik tu dah jadi milik Arryna! Bukan jadi milik Datin Sri Nora!" Elin bertepuk tangan.

Pada minggu itu Ryna amat sibuk dengan urusan butiknya.Dia juga perlu ke Italy untuk mencari bahan yang di inginkan untuk majlis resepsi pelanggannya.Pelanggan itu menjanjikan 10k untuk segalanya. Dalam keterpaksaan,dia harus membawa Rayyan sekali. Nak tinggal pada Elin? Si minah tu dah start belajar.Nak tinggal dekat Izz? Taknak! Taknak jumpa dia.

"Rayyan! Esok lusa kita kena bertolak pergi Italy tau.Mama kena cari bahan untuk client mama.So,awak jangan nak mengada-ngada tau?" pesan Ryna sambil tangannya lincah mengubah bunga untuk butiknya.

"Ye ke mama! Nak pergi Italy? Waaa.Bestnya." Rayyan bertepuk tangan.Kamilia yang hanya memerhati gelagat Rayyan tergelak.

"Jom la Lia. Akak sponser ticket awak.Don't worry.Lagipun awak asyik tunduk aje menjahit.Sekali sekala jom la jalan-jalan cuti mata. Pasal kedai ni ,kita tutup 1 minggu.Kita pergi sana 5 hari aje."

"Takpelah akak.Saya nak kena siapkan baju gown tu." tolak Kamilia.Bukan dia taknak.Tetapi terlalu terlebih ajakan itu.Dia hanya anak orang susah.Datang ke sini untuk mencari pengalaman.Dia taknak terhutang budi pada bos nya.

"Gown tu kan akak dah kata bulan depan pun takpa.Jom.Kejap lagi akak booking ticket .So,esok lepas balik kerja kemas beg baju okeh? Pagi lusa akak pergi ambik awak dekat rumah sewa ." ujar Ryna.

Kamilia hanya mengangguk.

"Er akak! Dah pukul 12 ni.Akak cakap kena pergi make up client yang ada photoshoot harini." Kamilia memperingatkan Ryna.

"Eh Ya Allah! Lupa.Rayyan nak ikut mama or nak duduk kat butik dengan Aunty?" Tangannya lincah memasukkan handphone ke dalam handbag kemudian berlari ke arah almari make up.Beg make up di keluarkan dan di cibit.

"Rayyan duduk dengan Aunty" ujar Rayyan.

"Okey sayang.Take care.Lia jaga anak akak tau.Jangan kasi dia main kat luar" Ryna mengucup umbun-umbun anaknya.

"Okay kak"

"Bye Mama! Take care" .

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now