Bab 33

19.9K 635 7
                                    

Aina menekan hon kereta.Minah ni,kalau bersiap mengalahkan mak datin.

Pingggggg!!!! Pingggggg!!!!

"Ryna cepat laa wey.Tadi cakap lepas pergi klinik nak pergi tengok diorang decorate dewan.Kalau lambat-lambat malangnya tak sempat kau nak complain lah weeyy!!!". Jerit Aina dari dalam kereta.Kepalanya dikeluar ikut tingkap.Tangan kirinya mula tidak henti-henti menekan hon.

"Yeeeee! Im coming" Ryna berlari anak .Pintu rumah dikunci nya.

Aina menepuk dahi dengan tingkah laku Sahabatnya.Tengah-tengah sarat boleh dia berlari.Adeeehhh.Ni kalau Izz tengok,aku yang kena nih.Hesshh.

"Woii Ryn,ingat sikit anak dalam perut tu.Kau tak payah nak berfeeling feeling nak lari macam orang slim tak mengandung la.Karang kalau Izz tengok ni,masak aku kena" .Aina menggelengkan kepalanya.

"Kau undur la kereta dulu! Aku nak pesan dekat Pak Samad!" laung Ryna.Dia berjalan ke arah pondok keselamatan.

Author note: Pak Samad memang tak wujud kan selama ni? So,sekarang tiba-tiba wujud.Mesti u guys pelik.Oke,sebenarnya Pak Samad ni pekerja baru.Lepas ni,watak Pak Samad akan tetap ada.Pak Samad baru sahaja diambil bekerja .Itupun atas paksaan papa Izz.Oke dah sampai situ je.

Continue reading guys .

"Pak Samad! Ryn nak keluar ni.Maybe Ryn Balik malam kut.Pak Samad tengok-tengokkan rumah eh.Kalau ada apa-apa,Pak Samad terus call Ryn tau." pesan Ryna panjang lebar.Ye lah,bimbang juga.Kemungkinan hari ini dia akan pulang lewat ke rumah atas tujuan nak siapkan dewan untuk birthday party Izz,suaminya esok malam.

"Oke Ryn,jaga diri .Ingat kamu tu dah sarat.Jangan buat kerja berat."Perihatin Pak Samad memesan.Setahu Ryna,Pak Samad ada ikatan hubungan dengan keluarga suaminya .Bedasarkan cerita yang dicerita oleh Izz lah,Pak Samad mempunyai anak seramai enam orang.Semuanya masih di alam persekolahan.Tambahan,hanya Pak Samad yang mencari rezeki untuk menampung keluarga.Isteri Pak Samad pula sudah lama meninggal dunia akibat sakit jantung.Sebelum ini,Pak Samad hanya mengambil upah memotong rumput di rumah-rumah orang.Itupun memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Papa Izz,terjumpa Pak Samad di pasaraya .Tanpa sengaja dia tertanya akan kerjaya Pak Samad.Pak Samad hanya tersenyum hambar dan mengucapkan yang dia hanya mengambil upah memotong rumput dari rumah ke rumah.
Pak Samad mempunyai seorang anak gadis berusia 18 tahun.Tapi malangnya,dia sudahpun berhenti sekolah demi membantu ayahnya,Pak samad mencari sesuap nasi.

*betul² dah terlajak story nih.Hohohoho.Mcm buat karangan pun ada.*

Kereta swift yang dipandu oleh Aina kian jauh meninggal perkarangan rumah banglo 2 tingkat yang mewah itu.

"Kau ni kan,suka hati je tekan hon aku banyak-banyak kali.Aku tak pernah tekan macam tu kuat sekali" .Ryna bercekak pinggang.Tangannya mula mengajuk perbuatan Aina sewaktu membunyi kan hon.

"Alah kau ni,berkira la.So,kau nak pergi klinik mana ni? ".Mata Aina masih lekat di hadapan.Fokus .

"Klinik Muhibah la,tempat selalu" .

Aina hanya Angguk.Sebenarnya dia malas mahu berdebat dengan Ryna nih.Kalau tak,sampai esok pun tak habis.

"Eh,kau ada call Elin? Tanya macam mana kerja deco dewan tu?" tanya Ryna.Tangannya pula ligat menukar siaran radio.

"Ada,masa kau ada class tadi.Aku lepak kat bilik jap.Then dia call.Semua settle,just tinggal tiup belon,ambik kek,bawak hadiah and........ Apa hah? Aku tak ingat.Nanti kita sampai kat dewan,kita check" .Jawab Aina lagak seperti P.A Nur Arryna.

Ryna hanya menjeling.Baru umur 23 tahun,tapi dah nyanyuk.Dasyat.

Isteriku Minah Styloحيث تعيش القصص. اكتشف الآن