Bab 42

22K 742 45
                                    

"Assalamualaikumm!!!!! Aina!!! Aina!!!"

Aina yang terdengar seperti ada seseorang memberi salam dan menyebut namanya terus bangun dan berlalu ke tingkap.Langsir diselak sedikit.Aina menekup mulutnya.Izz! Langsung tak nampak macam Izz Haikal yang dulu.Ya Allah! Nampaknya kepergian Ryna memang betul-betul menampakkan kesan kepada Izz.Aina teringatkan pesanan Ryna sebelum berlepas tadi.

'Ingat tau? Kasi surat tu kat Izz kalau dia ada datang' .Suara Ryna bermain di fikirannya.Pantas tangannya mencapai surat yang terletak di atas almari tv.Pintu di buka.Lagi teserlah keselekehan
Izz.Macam orang terabai!

"Waalaikumussalam" .

"Aina.Kau tahu tak Ryn pergi mana? Mesti tahu kan? Ke dia ada dalam rumah kau.Sayang!! Sayang!! Keluar lah! Abang kat luar ni.Sayang!" Izz semakin kuat memanggil Ryna meskipun Ryna tiada di rumah itu.Pintu pagar cuba dibukanya tetapi terhalang kerana dikunci .

"Aina!aina buka pagar ni.Aku nak jumpa isteri aku.Sayang!! Sayang!!"

"Izz! Stop it. Ryna takde kat rumah aku.Asal kau selekeh sangat ni? " suara Aina sudah naik seoktaf.Bimbang juga kalau-kalau jiran-jiran sebelah syak pape bila duk dengar jantan terpekik terlolong .

"Aku nak Ryn. Dia pergi mana? " tanya Izz dalam esakan.

"Sorry Izz.Aku tak tahu kat mana isteri kau.Cuma dia ada bagi aku surat suruh kasi kat kau.Ambik lah" .Hulur Aina.Pantas surat itu di retap.

Aina hanya menggeleng. Dalam keadaan terpaksa dia harus menipu Izz untuk ketenangan Ryna.Dia tahu Ryna memerlukan ketenangan.

Tanpa berkata apa,terus Izz masuk ke dalam kereta.Kereta nya dipecut laju.

Sepanjang perjalanan dia langsung tidak dapat menumpu sepenuh perhatian kepada memandu nya.Akhirnya dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Surat yang dihulur oleh Aina tadi di baca.

Abang.Masa abang baca surat ni kan.Ryn dah takda dekat Malaysia lagi tau.Abang tak payah susah-susah cari Ryn.Takyah risau pasal Ryn.In sha Allah Tuhan ada lindungi Ryn dengan baby kita.Abang kena kuat tau.Jangan abaikan makan minum solat pakai abang.
Jaga mata,jaga iman.Ryn janji Ryn jaga anak kita baik-baik.Terima kasih sebab pernah bahagia happykan Ryn.Lepas abang kahwin dengan Qasrina,abang jaga la dia elok-elok k? Jadi ayah yang baik and suami yang baik.Abang tak pernah hilang dalam setiap doa Ryn.Halalkan setiap makan minum pakai Ryn.Abang yang pertama dan terakhir dalam hidup Ryn.Luv u and take care.

Setelah membaca surat yang dikirim Ryna.Izz menjerit sekuat-kuatnya.Rambutnya ditarik-tarik.Ketika itu,perasaanya hanya lah mahu Ryna kembali pada dirinya.Air mata yang langsung tyidak berhenti mengalir dari tadi dibiarkan membasahi pipinya.
Dia terus memecut keretanya ke rumah mama dan papanya.
Perjalanan yang memakan masa 2 jam hanya dapat dilalui dengan masa 1 jam.Sampai sahaja di hadapan rumah Dato Arsyad,papa nya.Pintu kereta dihempas kuat.Dia melangkah masuk.Matanya melilau-lilau mencari Papanya.

"Papa!" jerit Izz.Dato Arsyad yang sibuk mengemaskini data keluar masuk syarikat terkejut dengan tepikan anaknya.

"Nak apa lagi?" tanya Dato Arsyad selamber.

Izz sudah menggempal tangannya."Kalau bukan sebab kau! Benda semua ni takkan jadi!" tengking Izz.

"Aku ke kau? Kau punca segalanya." suara Dato Arsyad sudah naik seoktaf.

"Izz! Aku nak cakap dengan kau sikit.Ikut aku" .Imran yang terdengar pergaduhan itu terus bersuara .Mengelakkan daripada masalah semakin berlarutan.

Izz menendang pasu bunga yang terletak di tepi piano .Berkecai.Kemudian langkah nya diatur mengikut langkah Abangnya.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Imran.

"Izz,asal kau jadi macam ni?" tanya Imran.Muka Izz ditenungnya.Cuba memahami keadaan adiknya.

"Kau tahu tak? Isteri aku dah tinggalkan aku? Dia dah takde kat Malaysia.Aku tak buat Qasrina mengandung pun!" .Air mata Izz semakin lebat .

"Kalau kau tak buat,habistu DNA yang Qasrina kasi tu? Gambar semua tu? Kau dah malu kan keluarga kita Izz.Macam mana kau balas jasa papa?" tegur Imran dengan suara mendatar.Tak guna menengking orang yang tengah serabut macam ni.Mengeruhkan keadaan adalah!

"Aku takk buatt! Kau faham tak!!!?? Asal semua orang tak percaya pada aku??!! Kenapa?!!" jerit Izz.Dia bangun dari sofa,dinding ditumbuk-tumbuknya berkali-kali.

"Izz Haikal! Stop it.Ni ujian rumah tangga kau.Kau kena tabah.Aku pun berbelah bahagi .Aku percaya pada kau.Tapi DNA tu pun betul.Ingat Tuhan Izz.Kau berdoa lah pada dia.Tak guna kau jadi macam ni.Menangis 24 jam.Kehulur kehilir cari dia.Tak makan.Dengan rambut kau tak urus langsung.Mana Adik aku yang dulu? Mana kau yang dulu? Kau dulu tak macam ni.Kau strong.Kau tak cepat mengalah.".Imran melepaskan keluhan.Tangannya masih memeluk tubuh Izz supaya Izz tidak menumbuk dinding lagi.

"Aku tak kuat Imran!" jawab Izz.Rambutnya ditarik-tarik.

Tubuh adiknya didakap. Cuba menenangkan.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now