Bab 14

29.5K 1K 2
                                    

Ryna menggeliat kecil. Tangannya mencapai telefon miliknya. Dilihat jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Dalam keadaan bilik yang masih gelap. Dia turun dari katil. Tapi,bila dia pijak lantai ,terasa seperti sesuatu yang bergerak. Ryna tidak menghiraukan. Tapi kenapa aku rasa tadi tinggi sikit. Sekarang rendah pula . Cepat-cepat Ryna membuka lampu. Mak ai!! Terpijak suami! Melihat Izz Haikal yang masuh nyenyak, dia hanya membiarkan dan berlalu masuk ke dalam bilik air.

Usai Solat Subuh,Ryna ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.
Tiba-tiba kedengaran suara Izz yang semakin mendekat.'Wahai Jantung,jangan kencang sangat kau berdegup tu.'Omel hati Ryna. Bimbang pula kalau Izz Haikal terasa yang badannya dipijak subuh tadi.

"sayang,abang sakit atas belakang laa" adu Izz.

Ryna semakin bimbang .Izz sakit belakang sebab dia yang terpijak tadi.Hadududu.Mati.

"emm,abang."Nak menggeliat Lidahnya. Harapkan Mama dengan Papa ada je. Kalau tak memang tak laaa nak ber abang sayang.

"Apa?"

"Sebenarnya, Ryn yang pijak abang tadi.Eh salah,terpijak. Bilik gelap. Abang pulak tidur kat bawah."Cakap Ryna dalam suara yang agak kuat.

Sepantas kilat Izz menutup mulut Ryna."Apa yang kau kuat sangat cakap ni? Nak bagitau mama papa?" Soal Izz Haikal,tangannya masih di mulut Ryna.

Ryna pula hanya menggelengkan kepala. Mau bercakap mulut di tutup.
Izz melepaskan Ryna.

"Pergi lah naik bilik dulu, nanti saya saya saya urut eh abanggg" Ryna Menanyangkan muka toyanya.

Izz Tersenyum gatal.

Usai menyiapkan sarapan, dia berlalu naik ke bilik. Kelihatan susuk tubuh Izz Haikal sedang terdampar di atas katil. Ryna mengatur langkah menuju ke almari solek nya, ubat minyak panas yang sesuai digunakan untuk mengurut dicapai.

"Mengada lah kau ni. Sikit aje pun" omel Ryna sambil melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan Izz Haikal.

"Sikit tak sikit. Kau ingat berat kau 20 kg? Kau yang pijak kau la bertanggungjawab" cebik Izz.

Elia menaikkan matanya ke atas. Minyak panas itu di sapu sedikit pada belakang tubuh Izz. Dia mula mengurut perlahan-lahan. Izz sibuk bersama telefonnya. Entah apa lah yang dibuat.

"Izz. Kau tak rasa ke kita ni terkongkong bila duduk satu rumah dengan mama papa?" Soal Ryn tiba-tiba.

"Kau tak habis habis la dengan terkongkong kau tu.  Budak sangat lah perangai kau" balas Izz Haikal sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Benci lah aku bercakap dengan kau ni" omel Ryna, tangannya sambil menepuk kuat belakang Izz Haikal.


Seperti kebiasaan,Ryna akan menyiapkan pakaian Izz.Dah menjadi satu tanggungjawabnya. Selepas Ryna menyiapkan pakaian untuk suaminya,dia ke bilik untuk bersiap ke kelas.

Tudung bawal satinnya dibaiki.
Tangannya laju mengemas barang-barangnya yang masih berselerak di atas meja study.Telefonnya di ambil dan dimasukkan ke dalam beg tangan berjenama Gucci nya.

Izz pula awal pagi sudah berangkat pergi. Terpaksa lah Ryna memandu sendiri. Kepalanya terangguk-angguk sambil turut menyanyi lagu yang dimainkan di radio.

aku jatuh cinta lagi.
untuk yang kesekian kali.
dan ku rasa tapi kali ini.
ku temu kan cinta sejati.
yang tinggal dalam kalung hati.
Mahligai cinta yang sejati,ku rasa
ku cinta mati....

Mulutnya masih terikut-ikut dengan lagu yang masih dimainkan.
Keretanya di parking di tempat yang biasa dia letak .Tangannya laju mengambil buku di seat sebelah pemandu..

Harini,dia menggayakan seluar jeans, baju kemeja bewarna biru langit dan tudung bewarna cream. Sangat sesuai dengan tona kulitnya.

Tiba-tiba satu suara yang menyampuk dari arah belakang membuatkan dia menoleh.

"Akak." sapa seorang pemuda yang tidak dikenali.

"Ye ada apa?" Soal Ryna pelik.

"Akak,Someone ada bagi akak bunga,nah" jawab student itu dengan tangannya menghulur sejambak bunga.

"Thanks." jawab Ryna sepatah. Siapa pula yang bagi bunga ni. Tak mungkin Izz Haikal.

Kakinya laju dihayunkan ke bilik kuliah.Kepalanya masih berfikir, siapa yang sering menghantar bunga semenjak dua menjak ini. Hesh. Naik pening aku .

Ryna mengambil tempat duduk baris yang ke 4 dari bawah.POOPPP!! massage whatsApp masuk.

[10.24 A.M, 12/2/15] Mamat Miang - Eh,aku lambat sikit masuk kelas harini.Aku ada hal sikit kat luar.

[10.24 A.M,12/2/15] Ryna Latiff - Buat apa cakap kat aku? Prgi la cakap kat Encik Fendy.

Poppp!!!

[10.25 A.M,12/2/15] Ryna Latiff -Tak kira,macam mana sekalipun.Pukul 10.40 pagi.Kau kena ada dalam bilik kuliah,kalau tak.Hehehe.

[10.25 A.M,12/2/15] Mamat Miang - ya ya.aku balik kolej sekarang,aku pecut jugak haaa.Demi kau.

[10.25 A .M, 12/2/15] Ryna Latiff -Bagus,ni baru suami Intan payung permata hati emas permata berlian.

[10.26 A.M,12/2/15] Mamat Miang - Kau sembang Bergegar lah minah.

Popppp!!

Ryna hanya menjeling. Malas Nak dilayan Si Mamat Miang tu. Entah kemana, dah tiba-tiba message kita bagitau dia lambat. Bukan kita yang prof!

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now