Bab 27

24.4K 759 31
                                    

"Kita start rancangan kita esok" sebaris ayat yang keluar daripada mulut Fir.

"Kau ingat,jangan sampai terbongkar rahsia ni tahu? " pesan Qasrina.

"Kau ingat aku bengong sangat? Nak bongkarkan rahsia yang aku terjebak sekali?"

Qasrina menjeling seakan -akan menyampah.

Usai Izz memasukkan beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta.Mereka mengatur langkah ke arah Wan.

"Wan,kami gerak dulu tau.Jaga diri nah?" .Izz menghulurkan tangannya untuk bersalam. Ryna hanya mengikut tindakan Izz Haikal.

"Ya,bawak kereta tu elok-elok.Tak sah laju-laju." Pesan wan pula.

Izz dan Ryna angguk serentak. Iyakan ajelah, nanti dah naik highway memang lepas gian lah. Mana mungkin bawak 90km/j!

Dengan lafaz bismillah, mereka memulakan perjalanan. Rumah wan semakin hilang dari pandangan mereka.

"Abang,abang rasa Qas ada kat rumah lagi tak?" Soal Ryna dengan tiba tiba membuatkan Izz Haikal berpaling.

"Tak kut,sebab haritu cakap dia nak stay sekejap aje kan? Kenapa tiba tiba Ryn tanya pasal dia?" Soal Izz hairan. Takkan lah dari tadi diam duk fikir pasal Si Qasrina. Sia sia masa betul bini aku!

"Harap harapnya begitu lah. Abang,nanti dah sampai kejutkan tau.Nak tidur jap,Pening sangat" Pesan Ryna.

Izz hanya mengangguk.

"Assalamualaikum mama!papa!kami dah balik" jerit Izz dari luar rumah.

"Ya Allah,bertuahnya .Jangan duk menjerit nanti terikut perangai anak dalam perut tu." Datin Rastina segera berlari ke arah mereka.

"Tau abang ni,umur 23 tapi perangai macam 13 tahun" usikan Ryna membuatkan Datin Rastina dan Dato' Lattif pecah ketawa.

"Dah dah. Mesti penat.Pergi naik atas.Rehat" .Arah Dato' Lattif.

Pintu bilik yang satu minggu ditinggalkan itu dikuak perlahan.

"Arghhh!! Rindu bilik ni weyy" jerit Izz .

"Abang! Dah kena sampuk ke apa??!" Batal berbentuk hati itu tepat-tepat menghempas dahi Izz.
Ryna tersengih gembira.Nasib kau lah Izz. Dah ditakdirkan bantal tu tepat kena dahi ko.

"Bia laa,orang tak kacau dia pun." Perlahan sahaja ayat itu menyusur keluar dari mulut Izz membuatkan Ryna menjenggilkan matanya.

"Hah! Menjawab lagi.Baby,jangan ikut perangai mengada papa tau?" Balas Ryna sambil mengusap perutnya. Sesekali dia melepaskan beberapa das jelingan kepada suaminya.

Izz mengangkat tangannya ke bahu dan mata ke atas.Huh! Malas layan.

Setelah cukup rehatkan diri dan menunaikan kewajipan. Tepat jam 8.30 malam,mereka turun ke ruang tamu.Kelihatan mama dan papa ..Eh jap, siapa lagi sorang?

"Hai Papa,Mama" tegur Izz.
Ryna pula hanya senyum ke arah mereka .

"Hai Abang Izz! Hai Kak Ryna" .Sapa Qasrina yang hanya berseluar pendek paras peha dan baju t-shirt yang agak sendat. Memalukan betul pakaiannya.

Ryna dan Izz saling berpandangan.
Dan akhirnya, hanya Ryna sahaja membalas.Itu pun sekadar senyuman kambing je.
Sedang mereka rancak berbual. Qasrina meminta izin untuk terlebih dahulu naik ke atas.Yang lain pula hanya mengangguk. Sempat juga Ryna menjeling sekilas ke arah Qasrina. Kecik besar kecik besar je tau aku tengok!

    Setelah 15 minit berbual menceritakan telatah Ryna di kampung dan keadaan wan, Ryna meminta izin ingin ke tandas.

"Ma,Ryn naik dulu eh.Nak gi tandas pastu tak turun dah rasanya, tak larat sangat ni"

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now