Bab 35

22.4K 686 25
                                    

Jam dinding yang terletak elok di sudut bilik di pandang sekilas.Pukul 10.30 pagi.Aina dan Elin sudah awal-awal pagi ke kolej kerana mereka ada kelas ganti memandangkan kelas mereka pada minggu lepas ditunda. Seronok gila diorang bila dapat tahu kelas ditunda.Mengalahkan dapat gelaran jutawan.Aku yang nengoknya ni jeles.Tapi ,bila dengar aje ada kelas ganti terus muka jadi macam tempoyak.
Asyik ralik dia mengemas baju untuk di pakai malam ini. Handphonenya menjerit untuk di angkat. Tertera nama contact ' Isya deco' .
Segera tangannya menekan button hijau.
Telefonnya didekatkan ke telinga.

"Hello,Assalamualaikum dik.Hah ? Kenapa? Ada problems ke?"

" Ade sikit je kak.Tapak yang akak suruh letak piano tu.Ngam-ngam lah akak.Maybe kalau ada orang nak lalu dia menghalang sikit.So macam mana ni kak?"

Ryna mengucap dagunya.Macam mana eh? Hesh.Aku pun satu.Ada ke nak letak kat tengah dewan.Nanti Izz nak masuk.Confirm la dia pelik.Kata ada kenduri.So,kenapa ada piano bagai? Tak boleh-tak boleh.

"Isya,awak bincang dulu dengan yang lain.Dalam masa 40 minit akak sampai okeh? Benda lain dah settle? Akak nak pergi pagi tadi pun rasa tak larat.Kak Elin dengan Kak Aina ada kelas." Arah Ryna.

"Oke akak.Semua dah settle.Tunggu akak datang je lah."

Perjalanan yang sebenarnya mengambil masa hanya 30 minit terasa lambat.Mungkin tidak sabar untuk melihat dewan yang sudah pun dihias.Setelah bersesak di jalan raya yang tak pernah tak jem,akhirnya Ryna sampai ke destinasinya.
Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar. Langkahnya terus di atur masuk ke dalam dewan.Perutnya diusap.

' anak mama jangan buat perangai tau? Mama sorang-sorang harini.'

Susuk tubuh seorang gadis yang di cari sudah kelihatan.

"Isya!" laung Ryna.

"Eh akak.Haaa.Tu.Piano nampak macam kritikal sangat lah.Takde ruang tempat nak lalu ke depan kan?"

"Macam ni lah,awak suruh budak-budak ni tukarkan posisi piano ni.Letak kat belakang pentas.Boleh? Nanti malam ni.Akak terus ke belakang la.Belon dah tiup ke semua?".

"Belon belum tiup kak.Kita orang baru je siap bawak turun piano ni.Tak sempat buat apa pun lagi."

"Ouh.Takpe.Kesian awak semua.Macam ni lah,belon tinggalkan aje.Nanti saya handle sendiri".

Pekerja perempuan itu hanya mengangguk.

"Isya!lagi satu.Awak semua dah makan ke belum? ".Kesian tengok budak-budak ni buat kerja.Tak rehat langsung.

"Dah akak.Sebelum datang sini.Kita orang dah singgah warung."

"Kalau macam tu,bagitau semua.Pukul 1.30 kita lunch sama-sama.Akak belanja."

"Eh akak.Tak payah kak.Bos dah bagi duit poket". Pekerja itu hanya tersenyum manis.

"Tak apa,duit yang bos awak bagi tu.Simpan.Harini akak nak belanja.Nanti akak bagitau tempat kat mana .Okeh?"

"Oke kak.Terima kasih sudi belanja kita orang.Murah rezeki akak sekeluarga.Aamin" .Senyuman manis terukir lagi di bibir pekerja perempuan itu.

"Aamin.Takpe lah Isya.Akak nak balik rumah mama akak jap.Buat kerja tau" .Ryna menepuk-nepuk belakang pekerja itu.Lagaknya seperti masih dalam kalangan remaja.Maybe dalam umur 20 .Zaman sekarang,nak cari kerja tu memang susah.Kesian dekat orang susah,hidup makin susah.

Ryna terus meluru keluar dari dewan.Kemudian dia memecut keretanya ke arah jalan yang ingin ke rumah mertuanya.
Sampai sahaja di rumah mertuanya.Kereta swiftnya diparking di bawah garaj.

Kelihatan sebuah kereta Audi R8 terletak cantik di sebelah keretanya.
'Ada tetamu ke?' desis hati Ryna.

"Assalamualaikum ".Sebaik sahaja salamnya dijawab.Terus dia meluru ke arah dapur.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now