ISTERI TUAN GHIBRAN | 10

41.8K 3.3K 318
                                    

His beautiful wife

   "Ayam, ee ayam ni kan."Dahlia bercekak pinggang di atas pokok mangga. Dia sengaja ingin naik mengambil udara segar di atas pokok itu namun, tanpa dia ketahui musuh terbesarnya sudah berada dibawah untuk menunggunya.

Kok kok kok

"Ngak bisa yam, aku ngak bisa cakap kayak bahasa ayam sama kamu faham ngak sih ? Kok kamu buruk banget sih?"Ayam yang seperti tau dia sedang diejek. Dia melompat dan hampir mengenai Dahlia.

"ARGH !"Dahlia memandang sekeliling, tersedar akan ketelanjurannya.

Dia dan suaminya berada di kampung tika ini, kerana atok kepada suaminya menyuruhnya untuk balik ke kampung atas sebab nak menyambut cucu menantunya. Tapi dia tak tau, cucu menantunya ni lagi hyper daripada ayam.

"Ish ayam, diam nanti aku kantoi ah panjat pokok ni."Dahlia menunjukan isyarat menyuruh ayam itu diam, Dahlia mengetap bibirnya melihat pak samad datang menghampiri pokok mangga itu.

Haah sudah. Dahlia menepuk dahinya, habis lah kantoi. Suami singa nya mengamuk lagi. Dia mesti bersorok, harap-harap pak samad tak perasan.

"Kau dah kenapa jamal tercongak kat bawah mangga ni? Komariah denda kau ker apa ni?"Pak samad bertanya kepada ayam itu, ayam yang bernama jamal hanya memandang Dahlia yang berada di atas pokok. Berkali-kali Dahlia menyurunya untuk memandang ke arah lain namun ayam bernama jamal itu.

Tetap degil.

"Astagfirullah."Dahlia menutup matanya, kantoi ker?

"Sally. Kau kenapa tetiba pakai gincu ni?"Dahlia mengetap bibirnya, sapi yang bernama sally itu hanya berdiam memandang tuan nya.

Dahlia hampir melepaskan ketawanya memandang muka Sally yang menggunakan gincu. Ya itu semua kerja nya, akibat dia bosan.

"Siap pakai blusher hang nah. Hang dapat dari mano ni?"Dahlia memegang perutnya bagi menahan ketawa yang hampir terlepas. Merah mukanya menahan.

"Mooooo!"

Pak samad hanya mengelengkan kepalanya, perlahan-lahan dia meninggalkan tempat itu kerana ada kerja yang ingin diuruskan olehnya.

"Fuh lega."Dahlia duduk di dahan besar itu. Dahlia perlahan-lahan turun daripada pokok itu setelah 5 minit dia berehat. Sesampai dia dibawah dia menyapukan bekas habus yang melekat dibajunya.

Ni semua salah Jamal.

"Kamu ni Dahlia ker?"Hampir teloncat Dahlia dengan sergahan mengejut itu. Dia berpusing ke arah suara itu. 3 orang makcik yang tersenyum memandangnya

"Eh–haah. Asalamualaikum mak kick. Eh makcik. Typo-typo."Dahlia menyalam ketiga-tiga makcik itu.

"Cantik manis isteri Ghibran ni."Tersipu-sipu Dahlia mendengar pujiaan itu. Namun hanya sementara.

"Belum ada isi ker?"Soal maut sudah keluar. Dahlia tersenyum hambar lalu mengelengkan kepalanya, ketiga-tiga makcik itu menganggukan kepalanya.

"Dah berapa lama khawin?"

"6 bulan."Mereka terkejut.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now