ISTERI TUAN GHIBRAN | 36

21.1K 2.3K 170
                                    

His beautiful wife

    Pengebumian Daus berjalan dengan lancar, Dahlia masih merenung tanah yang masih merah. Dia sudah penat menangis, dia sudah penat meraung. Namun rasa bersalah tidak dapat di hapuskan.

Melihat puan Maryam yang jatuh pengsan membuatkan rasa bersalahnya mengunung tinggi. Sudah pasti sakit hilang anak yang di lihat membesar depan mata dengan keadaan yang tragidis.

Faiq merenung sama ke arah tempat yang Dahlia lihat. Faiq mengengam tangan nya membentuk penumbuk, urat di sekitar lengan dan leher nya jelas terlihat.

Telinga nya kian merah dan wajah nya sama.

Aku akan pastikan dalang di sebalik kematian kau melutut merayu depan kuburan kau Daus. Aku janji.

Kasyaf melihat sekeliling tanah perkuburan itu, mata nya terhenti di salah-sebuah kuburan di situ. Dia melihat seorang gadis yang masih duduk berteleku merenung kuburan di hadapan nya.

Gadis itu tidak dapat dikenal pasti kerana gadis itu duduk membelakangi mereka.

Orang beransur pulang daripada situ, Emir masih berdiri di tempat nya sejak dari tadi iaitu belakang Dahlia. Dia memakai kaca mata hitam dan memakai kurta berwarna ungu gelap.

Tidak dinafikan kekacakan yang terpancar walaupun hanya menggunakan baju yang sangat ringkas.

“Dah?” Dahlia mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah Emir. Dahlia mengelengkan kepalanya, tidak. Dia masih tidak boleh terima kenyataan.

Siapa lagi nak bergaduh dengan nya selepas ini? Siapa nak berebut tuan tua selepas ini? Siapa yang nak dia buli selepas ini?

Dahlia mengelengkan kepalanya berkali-kali. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar.

Semua kena menerima kenyataan yang Daus pergi meninggalkan mereka.

“S–sakit. Sakit sangat, hilang kawan baik tuan. Saya tak ada kawan selama ini, Daus jer lah yang pertama jadi kawan saya. Sudi nak berkawan dengan saya, tapi..” Dahlia mengelengkan kepalanya. Emir, Faiq dan Kasyaf diam mendengar luahan Dahlia.

Dahlia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia tidak sanggup mengatakan bahawa Daus sudah pergi.

Pahit menelan kenyataan ini.

Emir tunduk menyamai kedudukan Dahlia. Dia duduk di samping Dahlia sambil mengusap kepala gadis itu, memujuk hati kecil gadis itu.

Dia juga tidak percaya Daus pergi sekelip mata tapi mereka tidak boleh nak menolak kenyataan itu bahawa Firdaus Ar Rizqi sudah meninggal dunia.

“Tak boleh macam ni Dahlia. Kita tidak boleh meragui setiap perancangan yang telah di susun oleh Allah. Ingat. Mati itu pasti. Daus dah tenang dekat sana, kita pula juga perlu merelakan pemergian dia.” Sambil tersenyum Emir berkata. Nadanya kedengaran seperti memujuk, Dahlia diam.

“Tak baik tangiskan orang yang telah pergi.” Pujuk Emir lagi. Dahlia mengangguk faham, Emir tersenyum.

“Lepaskan Faiq.” Ujar Emir. Dia tau Faiq sedang memendam segalanya ketika ini. Lihat sahaja lah wajah lelaki itu, merah menahan tangisan bercampur marah.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now