ISTERI TUAN GHIBRAN | 20

34.5K 3.4K 162
                                    

His beautiful wife

   “Aku belum mandi tak tun tuang. Tapi masih cantik jugak tak tun tuang.” Dahlia bernyanyi kecil sambil melangkah memasuki ruangan tamu.

Sakit di bahagian kepalanya sudah berkurangan serba sedikit. Namun Dahlia adalah Dahlia, sakit pun hyper tak rilex.

“Eh puan.” Tegur Zaqiah. Dahlia menunjukan peace ke arah Zaqiah. Tudung sarung nya ditarik sedikit kebelakang kerana tudungnya hampir sahaja membuatnya tidak nampak jalan.

Coolfever yang masih melekat didahinya disentuh lalu dia mencebik dengan sendirinya. Dia ingin menanggal kan benda itu namun suaminya melarang.

“Demam puan dah kebah?” Zaqiah melangkah mendekati puan mudanya. Dahlia hanya membalas dengan anggukan. 

“Awak ada aiskrim ker?” Zaqiah mengaru keningnya, sakit-sakit pun makanan number satu. Siapa lagi kalau bukan Dahlia Umairah.

“T–takde puan. Tuan dah b–buang.” Dahlia menghela nafas kasar, tak guna tuan tua lagi pantas dari sangkaanya.

“Ala saya nak makan benda manis.” Keluh Dahlia. Dia meletakan kepalanya diatas meja yang berhadapan dengan televisyen itu.

“Puan mengandung ker?” Terbatuk Dahlia mendengar pertanyaan Zaqiah. Aku mengandung?

'Mana tau sperma aku boleh bejalan sendiri'

Ayat Emir terlintas dikepalanya.

Dahlia cuak. D–dia mengandung?

“Haah ?!" Dahlia bangun dari duduknya. Dia mengigit bibir bawahnya. Macam mana ni ?! Dia mengandung?

“Kenapa puan?” Zaqiah juga berdiri. Dia terkejut dengan tindakan mengejut Dahlia. Dahlia yang mundar-mandir itu dipandang aneh.

“Puan kenapa?”

“Saya mengandung ker?” Tanya Dahlia. Dia memegang lengan Zaqiah sambil mengoyang-goyangkanya. Zaqiah hanya mengikut arah gerakan itu.

“Mana lah saya tau, puan dah hehem ker dengan tuan?” Dahlia mengeleng pantas. Zaqiah menepuk dahinya, masa sekolah Dahlia gagal sains ker apa?

“Lah macam mana nak mengandung kalau tak buat tu lagi, lah puan tak cukup seksi ker sampai tuan taknak sentuh.” Zaqiah berbisik. Dahlia mengigit bibir bawahnya sekali lagi, bukan salah suaminya tapi salah dia.

“S–saya yang taknak.” Balas Dahlia. Zaqiah mengangguk faham.

“Saya nak tegur sikit lah, dosa tau tolak permintaan suami. Malaikat laknat sampai subuh setiap kali puan tolak ajakan suami.” Zaqiah menegur lembut, Dahlia mengetap bibirnya. Ya dia tau akan hal itu.

“Macam mana kalau s–saya tak sedia lagi jadi ibu ?” Zaqiah tersenyum.

“Ya tanggungjawab seorang ibu memang banyak, tapi andai puan diberi peluang menjadi seorang ibu. Sepatutnya puan bersyukur, sebab banyak pejuang garis dua yang masih menunggu kehadiran malaikat kecil untuk mereka.” Zaqiah jeda seketika.

“Siapa cakap jadi seorang ibu tak penat? Jadi seorang ibu lah benda yang memenatkan tapi membahagia kan. Mesti puan akan ada rasa bahagia tengok anak-anak puan membesar depan mata dengan sihat.” Dahlia mengangguk bersetuju.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now