ISTERI TUAN GHIBRAN | 35

20K 2.7K 508
                                    

His beautiful wife

    Dahlia termenung melihat langit malam yang indah, dipenuhi oleh bintang yang berkelipan mengelilingi bulan. Fikiran nya melayang. Baju yang dia guna belum di ganti, banyak mata yang memandang nya pelik tidak dihiraukan.

Dia lebih memikirkan kesihatan dua orang yang sedang bertarung nyawa di Icu. Keadaan Daus bukan nya semakin membaik tapi memburuk. Doktor sudah mengesahkan bahawa mereka tidak yakin seratus peratus yang Daus akan selamat kerana tusukan belati itu tepat mengenai organ terpenting lelaki itu.

Mereka sedaya upaya membantu jejaka itu.

“Dahlia.” Emir melangkah mendekati isterinya yang duduk seorang diri di taman milik hospital itu. Tidak takut kah wanita itu?

Dahlia menunduk mendengar suara suaminya yang semakin mendekat. Lelaki itu sudah menukar baju kepada baju yang lebih santai, seluar jeans dan baju polo. Dia balik sebentar ke rumah untuk mengantikan pakaian dan mengambil baju untuk Dahlia.

Wanita itu bertegas untuk tidak ingin balik, menunggu dua orang tersebut. Berkali-kali Emir memujuk namun hanya gelengan yang dia terima. Akhirnya jejaka itu yang mengalah.

“Ganti baju dulu.” Emir duduk bersebelahan dengan isterinya. Dahlia lantas menarik tangan jejaka itu untuk dimainkan. Emir tersenyum, dia tau wanita itu ingin menangis. Wanita itu akan mencari tangan nya setiap kali ingin menangis.

Dia perasan dengan tebiat isterinya yang satu ini sejak daripada khawin. Lebih manja berbanding mereka sebelum khawin. Dahlia menguis-nguis tangan jejaka itu. Mungkin yang halal lebih indah?

Tercebik-cebik menahan tangisan. Dia tidak boleh lemah kerana dia ultraman mabius. Takut yang dia rasakan semakin menular bersamaan dengan rasa bersalah.

Apa kata keluarga Firdayus nanti kalau Daus kerja untuk mencari rezeki untuk keluarga nya balik dengan keadaan tidak bernyawa?

Bukan kah itu sungguh sadis. Dan itu salah nya? Kerana Daus melindungi diri nya. Sepatutnya dia yang ditikam bukan Daus.

Cry again? It's okay my Dahlia. Just crying if can make you feeling better. But always remember I'm with you.” Emir mengosok perlahan belakang tubuh wanita itu, Dahlia mengeleng. Dia malu, kenapa suaminya tidak marahkan nya seperti yang lain.

Bukan kah dia membuat pekerja dan anak buah lelaki itu sampai begitu sekali. Ahli keluarga Emir semua meletakkan salah kepadanya hanya ibu mertua, adik iparnya dan Aulia sahaja masih baik dengan nya.

“S–saya minta maaf. Saya..” Emir meletakkan jari telunjuk nya dibibir Dahlia. Emir menundukkan kepalanya menyamai kedudukan wajah nya dengan wajah milik Dahlia.

“Berapa kali ni nak minta maaf? Semua dah berlalu sayang. Kau tak minta semua tu berlaku kan?” Dahlia mengangguk kepalanya laju. Dia tidak minta semua itu berlaku, semua itu berlaku luar jangkaan nya.

Tapi kenapa dia yang diberikan beban? Kenapa dia yang di hentam teruk. Sampai berkali-kali dikatakan tidak memahami perasaan seorang ibu kerana dia tidak boleh menjadi seorang ibu.

Bukan kah itu sungguh kejam? Dia tidak minta untuk mendapat penyakit sebegitu. Dia tidak minta nasib sebegitu, dia tau dia tidak sempurna untuk mendampingi seorang lelaki yang bukan sahaj mempunyai fisik yang sempurna tapi sifat lelaki itu juga.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now