ISTERI TUAN GHIBRAN | 41

11.5K 1.1K 113
                                    

His beautiful wife

    Elman melangkah perlahan memasuki kamar seseorang. Langkah di perlahan hingga tidak menghasil kan bunyi, dia perlu memastikan sesuatu.

Perlahan-lahan pintu kamar ditolak. Kakinya dengan cekap melangkah masuk, tidak ada sesuatu pun mengetahui keberadaan nya.

Elman memandang kamar itu. Dinding kosong yang tidak dihiasi apa-apa berwarna kelabu. Keningnya berkerut. Tidak mungkin.

Elman melangkah menyusuri setiap pelusuk kamar itu, Elman memandang ke salah satu sudut kamar itu.

Butang berwarna merah untuk apa?

Kakinya dengan pantas melangkah ke arah butang yabg tersembunyi di belakang langsir. Bodoh.

Ingat orang tak curiga ker kalau simpan dekat sini?

Click.

Tanpa melengah-lengah kan lagi Elman menekan butang itu. Dia memandang ke semua pelosok kamar, aik?

Bum!

Terhinjut bahu jejaka itu apabila dinding yang kosong daripada sebarang lukisan perlahan-lahan terbuka. Rahangnya hampir sahaja jatuh ke bawah. Tidak sangka gadis sewel tu boleh bina bilik semisteri ini.

Elman memandang jam di tangan nya. Fuh!

Tak lama lagi perempuan tu nak balik dah.

Elman dengan pantas melangkah memasuki bilik yang tersimpan di sebalik dinding itu. Dedaun pintu itu di tolak. Permandangan pertama yang menghiasi retina mata Elman membuatkan Elman hampir terjungkal.

Wajah isteri Emir memenuhi bilik itu. Setiap sudut, di meja, di kerusi apalagi di dinding. Penuh gambar gadis itu.

Darimana Dian mendapatkan gambar ini? Siapa lagi kalau bukan Elman.

Namun Elman hanya memberikan sedikit, selebihnya gadis itu dapat darimana?

Elman mengambil telefon bimbitnya lalu mengambil beberapa keping gambar. Jejaka itu melangkah mendekati salah satu gambar di mana Dahlia sedang tersenyum bermain bersama Cindy di balkoni kamar.

Namun bukan gambar itu yang menarik perhatian nya melainkan tulisan kecil yang berada di gambar itu.

'One day you will be mine Dahlia. Wait for me okay?'

"What the.." Elman memandang ke semua gambar itu secara dekat, banyak tulisan-tulisan dan kata-kata yang mengutarakan perasaan sebenar terhadap Dahlia.

"Kau tipu aku Dian.. kau nak Dahlia bukan sebab kau nak balas dendam sangat tapi kau nak sebab kau cintakan gadis tu?"

Dian lesbian?

Pak! Pak!

Bunyi tepukan tangan menarik perhatian Elman. Dengan pantas jejaka itu menoleh ke arah gadis di belakang nya. Kelihatan Dian sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.

Kelihatan wajah gadis itu sedang menahan amarah.

"What you have done Elman?" Elman tersenyum sinis memandang wajah gadis itu.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now