ISTERI TUAN GHIBRAN | 34

18.5K 2.6K 613
                                    

His beautiful wife

Dahlia perlahan-lahan mencelikan matanya apabila terganggu dengan suara-suara di sekelilingnya. Berkerut keningnya menerima cahaya yang terang. Dia memandang sekelilingnya, tempat yang asing.

Kotor dan agak berbau busuk. Dahlia cuba bangun, namun dia rasakan satu benda menghalangnya daripada bergerak. Tangan nya terikat kemas dengan tiang yang ada di situ.

"Nak buat apa dengan perempuan ni?" Tanya salah-seorang lelaki yang bertopeng muka. Seperti joker pun ada. Teruk bebenor topeng muka mereka, dah rosak tapi masih dipasangkan di wajah mereka.

Ingin menghalang orang untuk mengenali siapa mereka.

Macam lah tuhan tak tau kau siapa.

"Aku rasa bos nak jadikan budak tahanan. Stok dekat Thailand pun bukan nya banyak lagi." Balas rakan lelaki bertopeng itu. Si botak.

"Budak tu?"

"Bunuh. Bukan nya dapat apa-apa kalau jual dia, masih mentah." Dahlia baru teringatkan Yusuf, dia memandang setiap pelosok gudang itu. Matanya terhenti melihat sekujur tubuh budak di ikat di salah satu tiang, mulut Yusuf pula ditutup. Namun air mata Yusuf tidak henti-henti keluar.

"Yusuf!" Jerit Dahlia lantang. Yusuf mulai meronta-ronta kembali, ingin melepaskan rantai besi yang mengikat tangan nya. Lelaki bertopeng itu memandang dengan pantas ke arah Dahlia.

"Lepaskan aku!" Dahlia berkali-kali cuba melepaskan rantai besi yang mengikat tubuhnya. Lelaki bertopeng itu mendekati Dahlia.

PANG!

Terteleng kepala Dahlia ke kiri menerima tamparan yang cukup kuat daripada lelaki bernama botak itu.

Dahlia mendesis kesakitan. Berdenyut-denyut dia rasakan pipinya. Ni bukan tamparan malaikat, ni tamparan syaitan.

"Jangan rosak kan dia. Nanti bos marah." Dahlia memejamkan matanya. Sakit yang sukar untuk di tafsirkan. Kau tunggu jantan.

"Dah lah botak, kaki pukul, gigi kuning, tak hensem, busuk ada hati nak tampar aku!"

Rasakan tembakan ayam kenit.

Botak sekali lagi ingin memberikan tamparan kepada Dahlia. Namun rakan nya sempat menahan.

"Kau–"

"Aku apa?! Kalau aku kena ikat macam ni kau boleh lah lawan. Kenapa taknak lepaskan aku takut? Kecut sangat lah kau ni. Jangan jadi penjenayah lah kalau setakat main ikat macam ni. Kalau macam ni, jiran aku pun boleh." Botak menghela nafasnya kasar, sakit menusuk kalbu. Dahlia tersenyum sinis. Koyak lah tu.

"Kau jangan sampai aku bunuh kau dekat sini."

"Uh takutnya kita, takutnya.." Ejek Dahlia. Botak lagi sekali ingin mara ke hadapan, namun ditahan.

"Jangan nak dekat-dekat lah, kau ni bau bangkai. Kau pun satu, kata penjenayah paling berjaya tapi topeng muka pun tak mampu nak beli. Macam lah aku tak nampak gigi kau hitam." Satu-persatu kena dengan Dahlia. Dia sengaja mengalihkan perhatian mereka, tangan nya cekap membuka ikatan di tangan nya.

Sah lah penculik ni noob, ikat macam aku ni tak reti nak membuka ikatan.

"Kau diam sebelum aku bunuh budak tu. Kenapa lah dalam banyak-banyak perempuan kau juga aku jumpa!" Botak mengosok dengan kasar kepala nya.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now