ISTERI TUAN GHIBRAN | 25

30.5K 2.9K 150
                                    

She fell first, but he fell harder.

      “Lepas ni kau buat perangai lagi aku kurung kau sehari semalam dalam bilik kita.”

“Ngeh ngeh. Ingat kita takut lah tu dengan dia.” Dahlia mengajuk semula ayat yang di utarakan suami nya beberapa jam yang lalu. Dia berada dalam kamar Zaqiah ketika ini.

Dia tengah merajuk dengan suami nya, ada ke patut dia nak masuk kan Dahlia dalam reban milik jiran mereka. Dah lah orang takut dengan ayam.

“Puan dah lewat ni. Tak nak masuk bilik puan ker? Tuan tengah tunggu tu.” Zaqiah terus terdiam mendapat jelingan daripada Dahlia. Zaqiah bukan berniat untuk menghalau puan muda nya. Tapi tuan muda nya berpesan kepada nya untuk menyuruh isteri nya naik ke atas.

Arahan itu tidak dilayan oleh Dahlia. Malah Dahlia masih berlanding di atas katil pekerja suaminya dengan selamba.

“Biar lah dengan tuan tua awak tu. Siapa suruh nak bagi saya mati kena patuk dengan ayam. Nak sangat kan tiada saya. Ambil dia.” Zaqiah mengaru kepalanya. Ah sudah, tidak pernah dia dengan orang mati dipatuk ayam.

Ker dia tidak pernah tau?

“T–tapi tuan suruh..” Dahlia mengisyaratkan supaya Zaqiah diam. Serta-merta kata-kata Zaqiah yang ingin meniti di mulut nya terhenti.

Tok!tok!

Ketukan pintu kedengaran. Zaqiah dan Dahlia saling berpandangan.

“Zaqiah mana isteri aku?” Suara yang amat dikenali kedengaran. Dahlia mengisyaratkan supaya Zaqiah tidak memberitahu kehadiran nya di kamar itu. Zaqiah serba-salah. Dia memandang pintu dan Dahlia bersilih ganti.

“Zaqiah?” Dahlia menutup seluruh tubuhnya menggunakan selimut. Zaqiah teragak-agak.

“P–puan? Takde tuan.” Zaqiah membuka sedikit pintu kamarnya dan mengeluarkan sedikit kepala nya. Emir menaikan alis sebelah kiri nya. Dia baharu sahaja bertanya kepada Daus dimana keberadaan isteri nya. Dan jawapan Daus adalah di kamar Zaqiah.

Dan sekarang Zaqiah kata tiada pulak?

Mana satu yang betul ni.

“Aku tau isteri aku ada kat dalam.” Emir berbisik perlahan. Cuak wajah Zaqiah. Aduh kantoi pulak. Dia memberikan ruang kepada Emir untuk masuk ke dalam kamar nya bagi mendapatkan isteri yang sedang merajuk itu.

“Zaqiah cakap, saya balik rumah mak saya lepastu tak nak kawan dia dah. Lepas ni suruh jer Daus teman dia tidur.” Dahlia yang menyangka kan Zaqiah yang duduk diruangan sebelah kanan nya berkata perlahan. Dia masih berselubung dengan selimut.

“P–puan.” Teragak-agak Zaqiah menegur. Aduh mak. Kenapa lah dia tersepit sesi pujuk memujuk ini. Dia melangkah keluar apabila Emir mengarahkan nya menggunakan isyarat mata.

“Zaqiah dengar tak?” Dahlia bertanya setelah beberapa minit mendiamkan diri. Aik Zaqiah ni pekak ker apa? Dari tadi dia tak menyahut. Dia mengeluarkan kepalnya sikit ingin mengintai keadaan.

Dan permandangnya yang pertama adalah...

“Argh!” Suara jeritan nya memenuhi segenap kamar itu. Emir terus menekup mulut isteri nya menggunakan sebelah tangan nya. Jam sudah menunjukan pukul dua belas, nanti orang fikir apa kalau isteri nya menjerit-jerit tengah malam pula kalau dibiarkan.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now