ISTERI TUAN GHIBRAN | 19

36.3K 3.1K 317
                                    

His beautiful Wife

Perlahan-lahan Emir mendekati Zaqiah yang duduk dihadapan televisyen itu. Dia melihat Zaqiah mengusap-ngusap kepala Dahlia yang sedang tidur dipangkuan gadis itu. Jatuh kesian dia melihat wajah pucat isterinya.

"Tuan." Tegur Zaqiah. Tindakannya untuk berdiri terhenti apabila Emir melarangnya untuk berdiri dari duduknya. Dia kembali mengusap kepala Dahlia yang masih dibaluti tudung, baju polis masih digunakan olehnya.

Dari mana wanita itu bedal pun dia tak tau, biasalah Dahlia memang luar biasa. Ada sahaja akalnya yang mencuit perhatian mereka.

"Aku nak ambil bini aku." Zaqiah mengangguk.

"Tuan jangan lah marah Dahlia. Kesian dia menangis lama tadi sebab tuan marah kan dia. Mesti dia bosan itulah dia nak sangat keluar tadi." Emir diam mendengar ujaran sesekali dia mengerling sekilas ke arah Dahlia yang masih pulas dalam dukungan nya.

"Puan demam tu, dia kata dia terkena hujan tadi sebab dia nak tolong makcik yang tak sengaja dia langgar tadi." Emir terkejut. Kenapa bininya tak bagitau dia?

Macam mana nak bagitau kalau kau dah melenting dulu!

"Saya minta diri dulu. Nanti saya hantar ubat dekat bilik tuan, puan tak makan ubat lagi tu. Dia degil taknak makan." Emir mengangguk faham. Dia melangkah menuju ke lift. Sesekali dia mengucup pipi tembam Dahlia.

Maaf. Aku ikut sangat amarah aku tadi.

Dahlia merengek tidak suka tidurnya terganggu. Dia mencelikkan matanya dan permandangan pertamanya wajah suaminya. Dahlia melihat kebawah, terkejut dia melihat dia berada di dukungan Emir.

Dia meneguk liurnya. Pahit.

"Turunkan saya." Emir senyap, pura-pura tidak dengar dengan arahan isterinya. Dia meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan arahan Dahlia.

Dahlia mengetap bibirnya kegeraman. Oh lepas marah kita tunjuk caring pulak. Ingat kita cair ker. Memang tak lah !

Tapi

Adalah sikit.

Sikit jer.

Emir menundukan kepalanya untuk mengucup dahi Dahlia. Pipi Dahlia usah ditanya merah bak tomato.

Tiba-tiba jadi banyak pulak.

"Aku tau kau penat. Rehat, nanti kita selesaikan masalah kita." Emir berkata perlahan. Perlahan-lahan dia meletakan tubuh Dahlia diatas permukaan katil yang empuk itu. Dalam diam Dahlia mengeluh kesyukuran.

Tak lah sakit pinggang dia.

Dahlia yang ingin bangun daripada baringnya ditolak lembut oleh Emir untuk membaringkan kembali tubuh kecil miliknya itu.

"Jangan bangun." Arah Emir. Dahlia hanya mencebik, tidak mengeluarkan suaranya. Masih terasa dengan ayat Emir.

"Pening?" Tanya Emir lembut. Dahlia membalas dengan gelengan dia menyelimuti seluruh tubuhnya lalu membelakangi Emir. Emir mengeluh, merajuk ler tu.

"Buka tudung tu dulu." Dahlia tanpa banyak suara mengikut arahan Emir. Dia membuka tudung sarung yang digunakan olehnya lalu diletakkan berdekatan dengan meja kecil disebelah katil mereka.

Dia kembali menyelimuti tubuhnya.

"Baju tu buka."

"Tak nak."

"Nak aku buka kan ker kau buka sendiri? Tapi kalau aku buka.." Emir sengaja mengantungkan ayatnya. Dahlia terus bangun dari baringnya. Dia menjeling tajam ke arah suaminya yang tersenyum gatal memandangnya

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now